Keluarga kami menetap di kediaaman perumahan kastam, kuarters di kelana jaya semenjak tahun 2004 lagi, dan di situ adik saya dapat kenalan yang sgt ramai, berbeza pula dgn sy kerana pada ketika itu sy tidak selalu berada di rumah menyebabkan sy kekurangan kenalan di kawasan perumahan sy.
Antara kenalan rapat adik sy ialah seorg gadis kecil yg bakal menduduki PMR pada taun ini, panggilannya, syasya. dan ayah dia bernama Ahmad Sarbani Mohamed. Kalau kalian tahu hal yang terjadi di Malaysia, apa yang sy boleh bgtahu tntg kata hati sy bahawa arwah mungkin dianiaya.
Arwah tak punya apa2. tak ada rumah besar, tak ada kereta besar, yang ada mungkin semangat untuk ke surau pada tiap2 malam. semangat dalam dirinya untuk mngerjakan ibadah haji pd akhir tahun ini. Tapi tak semena2nya arwah ditahan oleh SPRM pd 1April yg lalu(kalau tak salah). Sy nak tanya, kenapa Sorg Datuk dlm kastam ditahan oleh SPRM tetapi dibebaskan tanpa ikat jamin sdgkn yang susah dan tak punya apa2 ini seperti arwah perlu diikat jamin?
Kalau dahulu bila kita baca berita tentang kematian seseorg, mungkin ade jugak rasa geram pada pelakunya, tetapi bila berlaku pada jiran tetangga, geram dia,perasaan amarah dia sgt berbeza. Bg sy arwah tak akan membunuh diri. ini kata2 saya,dan kalian boleh lah baca apa yang diperkata2kan oleh rakan2 arwah tntg arwah (link).
Doa saya agar kes ini dapat dibela walau apa jua cara sekali pun, yang hidup perlu meneruskan perjuangan, yang sudah pergi pasti sudah ada kejayaan yang dicapai.
Al-fatihah.
2 comments:
takziah pada keluarga arwah.semoga segala kebenaran terbukti.mesti ada konspirasi di sebalik kejadian.sama-sama berdoa roh arwah tenang di sana dan pembunuhnya akan reput di neraka jahanam
innalillah.
takziah.
kau mesti rapat dgn arwah tu kan.
yang hidup pasti akn mati.itu pasti.
selebihnya wallahu 3a'lam.
Yang benar pasti akan timbul.
Post a Comment