Aha ni sorang lagi. Akhi. Saya seorang pelajar dan bukannya agen pembangkang mahu pun kerajaan.Saturday, February 26, 2011
Bila pemimpin itu menunjukkan 'kepandaiannya'
Aha ni sorang lagi. Akhi. Saya seorang pelajar dan bukannya agen pembangkang mahu pun kerajaan.Sunday, February 20, 2011
Pelajar Malaysia Pelajar Palestin
Saturday, February 19, 2011
Solat Jumaat di Tahrir
Beliau yang menghafal Al-Quran semenjak umurnya 9 tahun lagi, kembali menjadi ulama' yang tersohor untuk kembali berbakti dan menyebarkan ilmunya di tanah airnya sendiri.Friday, February 18, 2011
Bukan Isu Mesir, tapi Isu bahrain juga, negara Arab, dan kita




Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi
Wednesday, February 16, 2011
Abu Hakim dan Abu Jahal
Jahiliyyah pd bahasanya bermaksud bodoh. Tetapi pd istilahnya bkn bodoh semata-mata. Jahiliyyah ini disebabkan 'makhluk' tersebut tak nak menerima Islam. Kalau haram dia nak halalkan, kalau hukum Allah dia nak pinda, pokoknya dia xnak Islam.Monday, February 14, 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Saturday, February 12, 2011
Kisah Thalut,Jalut dan Mesir
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Surah Al-Baqarah ayat 246-251)

Dalam pada itu,Thalut tahu bahawa dia dan tentera mereka akan diuji dengan sebatang sungai di mana mereka x boleh meminum air daripada sungai tuh kecuali dengan menggunakan sebelau tapak tangan jeh,dalam keadaan yang panas terik,mana tak terasa en nak minum air,akan tetapi Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya dengan memberi ujian sebegitu rupa. okeh bayangkan daripada 10 ribu yang mengikut selepas sejuta penduduk,hanya 10 percent jeh yang ikot,iaitu dalam 800-1000 je yang ikot.
Dengan kekuasaan Allah swt, akhirnya tentera Thalut mencapai kemenangan dan Jalut akhirnya dibunuh sendiri oleh nabi Daud pada ketika itu baru je berusia belasan tahun,dalam bahasa lain pada ketika itu masih remaja.
11 Februari. Suratan atau kebetulan?
Jam 6.05 petang smlm(waktu Mesir) berakhirlah sudah pemerintahan diktator oleh seorang pemimpin yang merupakan bekas tentera.Friday, February 4, 2011
gambar sepanjang darurat di mesir.










Mesir dan Pelajar Malaysia

"sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat"









