Pages

Friday, February 18, 2011

Bukan Isu Mesir, tapi Isu bahrain juga, negara Arab, dan kita


Salam Alaik. Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Suasana Gelombang Rakyat mula merebak hampir ke seluruh negara Arab. Iye lah kalau dah pemerintahnya kuku besi, sapa suka? *kroni dia jela yang syok.

Betullah apa yang kami jangkakan, perubahan Mesir ini akan berlaku apabila dia melihat orang lain berjaya seperti Tunisia yang mempengaruhi riot yang berlaku di Mesir beberapa minggu yang lepas, dan perubahan yang berlaku di Mesir pastinya akan mempengaruhi hampir ke seluruh negara arab.

Mereka bersuara dan bergabung tanpa memikirkan fahaman agama dan kepercayaan masing2, apatah lagi fahaman bangsa.


Bercakap tentang bangsa, ta payah lah nak semangat bangsa sangat, semangat yang sia2 inilah yang telah mengakibatkan kejatuhan beberapa kerajaan, tak terkecuali kerajaan Islam yang jatuh akibat semangat bangsa ini apabila Bangsa Arab tak boleh menerima Bangsa lain(Turki) menjadi Khalifah yang mengakibatkan perpecahan antara umat Islam sendiri. Cuba korang lihat bagaimana Kerajaan Abbasiyah itu jatuh, bagaimana Eropah sengaja mengapi2kan bangsa Arab untuk menentang kerajaan Khalifah yang berpusat di Turki, bagaimana Mustafa Kamal Al-Tartuk diapi2kan dengan semangat Nasionalis untuk membenci bangsa Arab? Ya memang semangat yang membuta tuli ini juga ditiup daripada mulut-mulut yang berbau busuk, yang mempunyai hati yang busuk, yang mahu melihat Islam itu jatuh seperti jatuhnya gelas berisi air.


Bagi Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni, harmoni dalam keadaan bersama dengan kaum dan bangsa yang lain, saya tak tahulah kalau ada juga manusia yang mulutnya bernanah nak memecahkan belah perpaduan di Malaysia. Apa yang paling sedih bila orang 'Islam' di sini mengagung2kan bangsa Melayu lebih daripada Islam. Oh Melayu untuk Islam?

Bahrain-Libya-Yaman.

Berapa ramai yang kini merasai pula penderitaan rakyat Palestin? Saya nampak kini ramai 'pemimpin' dunia menunggu2 nasihat Barrack Obama, iyela dia tu macam Pusat Khalifah.

Bila seluruh negara Islam bersatu seperti dahulu,seperti zaman kegemilangan Khalifah, saya tak rasa riot ini perlu. Tapi bila 'kita' bersatu, US,Israel pulak 'kepanasan'.


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Lau Kana Baynana..

3 comments:

nuraiman imam supaat said...

mcm paham je.kau baru lps bca debat tok guru dgn mahathir eh?haha~ ni la malaysia,sibuk benor heboh kat org,Melayu dan Islam!tp~Islam kan utk semua.dah bnda ni jd berbaur perkauman.yg sepatutnya tak~

hakikat,bila ruh Islam tak dihayati,dtglah pada mereka2 ni taksub akan bangsa,berjuang pada bukan sebenar-benar perjuangn.

Memang berjaya lah org2 kafir ni menanamkn semngt nasionalisma,sejak garisan pembahagi negara2 dilakar!grrrr~
Pdhal,Muslimin seharusnya berada di bawah panji akidah Islamiyyah,yg dah tentu dpt kumpulkn potensi semua kaum tanpa sekali-kali merendahkan martabat satu sama lain.ksn2?tak ke?haisy~

p/s: pnjng aku bebel,sbb tgh mood bce psl bnda2 ni la~ hehe.phm x aku ckp ape?haha

nuraiman imam supaat said...

kan2?*

AriFrukAi!! said...

oh sal jawapan tu aku dah lama dah bace,huhu n bukan tok jawapan tun je,tp tok sesapa je la yang suke sangat menindih bangsa lain,nk mngangkat bangsa sendiri. huhu