Salam Alaik.
Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Ok la setelah lama x update blog nih,act baru seminggu x update,kali ni nak mnceritakan apa yang terjadi dekat Mesir nih.
ok post nih ada beberapa part,mule2 sal tentera Mesir,then sal Husni Mubarak,then sal darurat pastu sal keadaan student Malaysia :)
Benarkah tentera Mesir itu hebat? Jika ditanya kepada pencitra kebangsaan Mesir, mereka tentu mengatakan "ya". Mereka mungkin akan mengatakan perihal mengenai kehebatan tentera Mesir disebutkan dalam sebuah hadis.
Sebuah hadis yang merupakan sebahagian daripada hadis panjang yang ditakhrijkan oleh Ibn Abd Hakim dalam Futuh Misra, Ad-daruqutni dalam al mu'talif wal mukhtalif dan disebutkan melalui jalan riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq dan Ibn Zulaq dalam Fadhail Misrdaripada Abdullah bin Lahi'ah daripada Al-Aswad bin malik Al-Humairi daripada Bahir bin Zakhir al-Mu'afiri daripada Amru bin Al-As daripada Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة
"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga hingga ke hari Qiamat".
Hadis ini dihukum oleh kebanyakan pengkaji hadis sebagai daif kerana kemajhulan (tidak dapat dikenali) beberapa orang perawinya seperti Al-Aswad bin Malik dan Bahir bin Zakhir.
Ada hadis yang sahih mengenai negara Mesir dan penduduknya yang disebutkan dalam Sahih Muslim. Sabda Rasulullah SAW:
إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً
"sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat"
Baik lagi pejuang Mujahidin di Afghanistan. Pejuang Hizbullah di Lubnan. Pejuang Hamas di Palestin Mereka lebih mengenal jihad berbanding tentera mesir.
Sebenarnya rusuhan 2011 ini dah dijangka dari tahun lepas lagi,dan yang ketara bila ada bombing mase last krismas,dkt Iskandariah,dan yang paling ketara sekali bila Tunisia bjaye menjatuhkan presidennye yang kuku besi dan kejam tuh.
Bila revolusi berjaya dilakukan di mesir, apa yang bakal terjadi,sedikit demi sedikit tanah palestine akan ditakluk kembali,Israel hilang kekuatannya dan Mesir berjaya membentuk kembali negara Islam yang kuat. ada hadis yang mmbawa maksud sebaik2 tentera ialah tentera mesir. tgk post atasssss sekali
Kenapa nak gulingkan Husni Mubarak? Ok la cternye panjang tapi saya bagitau secare overall lah. Husni Mubarak(HM) nih merupakan presiden mesir(taraf agong kalo kt Msia) dah memerintah selama 27 tahun. dia nih dalam cengkaman US n Israel, n dia juga ada kuasa nk melantik Sheikul Azhar. Jadi kuasa ulama seperti sedikit disekat. Kalau dlu2 Ulama Al-Azhar yang melantik PM Mesir nih.
HM telah menjadikan mesir nih negara yang mengalami korupsi yang sangat tinggi, ni yang saya dapat dpd guru bahasa Arab saya,dia bg contoh, korang tau en Terusan Suez? act laluan kt suez tuh senanya dah boleh jadikan Mesir nih negara yang maju,silap2 Msia pun kalah, kalau sapa yang kaji sal Suez nih, boleh tkejut kalau tgk masih ada rakyat Mesir yang kutip2 sampah,mengemis tepi jalan,dsb. Kalau hasil keuntungan kat suez nih digunakan untuk rakyat,sume rakyat mesir nih boleh dapat 20pound seorang for a day. bayangkan kalau sebulan leh dapat bape sorg? tapi knp ada yang fakir miskin lagi? mana pegi sume duit tuh? Rasuah? Dapat kat org2 tertentu? Kalau kat mesir nih korg leh jumpa sesetengah manusia yang alau kaya memang terlampau kaya,kalau miskin mmg terlampau miskin. Dats y diorg lebih sanggup bermatian2 tok jatuhkan HM nih.
sebab2 lain pulak sistem pendidikan yang baru,then sistem ktenteraan dsb. tu saya xboleh nk ulas panjang sbb infonya x cukup.
Ada ustaz tu tanye pakcik drebar teksi, knp korg marah dekat HM sedangkan dalam pilihan raya HM nihhhh je yang menang? so korg sokong dia lah kan? drebar teksi tu ckp tu sume tipu!
ada satu lawak nih, 2 org sahabat bertemu selepas mengundi, si A undi Husni Mubarak, si B undi parti lain, si A bagitau kat si B nih bahawe Husni Mubarak ni sangat baik bla2 sehingga membuatkan si B ni sangat menyesal sebab x undi HM sebaliknya undi parti lain, lalu si A bagitau si B tok jangan risau sebab 'nanti ada org tukarkan'
HM nih sangat berkuasa n ada tbaca dalam satu news, HM nih masih x meletak jawatan sbb dia xdpt jumpa pengganti dia, yang boleh bersekongkol dgn US n boleh baik2 ngn Israel. Boleh je nk bagi kt anak dia tapi apa yang ada kat HM nih dia ade kuasa atas tentera n sebagai general tentera,dia dapat gunakan tentera semaksima mungkin, so rusuhan kali ni mungkin memakan masa yang lama nk jatuhkan HM nih.
Skang nih HM ada kuakan statemnt yang dia akan lepas jawatan n sume2 tuh,tp pape pon wajib si HM nih melepaskan jawatannya sekarang jugak. sbbnya dalam mase beberapa bulan sebelum sept nih mcm2 si HM boleh buat,disebabkan dia nih diktator,boleh jadi dia akan tangkap sume protesters n pmbangkang n sumbatkan dalam penjara,mcm apa yang jadi kat Anwar Sadat (pres b4 HM) tapi ending Anwar Sadat nih dibunuh oleh rakyat dia sendiri,korg boleh search kt you tube cmne Anwar sadat dibunuh dalam perarakan tentera yang ketika itu HM nih duduk betul2 tepi Anwar Sadat,tp xtaw plak HM nih x reti2 nk amek pengajaran atas ape yang berlaku.
tu je kot yang dapat saya gtaw sal HM nih., korang boleh search lah apa yang berlaku,mcm mana HM nih memerintah dsb.
Kronologi Darurat
Ok la part ni nak cerita apa yang blaku masa kitorang rakyat Malaysia di Mesir.
Seriously masa awal2 darurat ramai jugak student Malaysia yang x tahu Mesir dah darurat,sbb die xleh nk tepon gtaw,xtaw bace paper arab n x ikut perkembangan semasa. Bkn saya nk mengutuk ke ape,tp ape yg saya nmpk tindakan embassy sdikit lewat,alhamdulillah ada persatuan2 yang bpengalaman sebar2kan maklumat seperti PMRAM yang buat rondaan di kawasan tmpt tinggal pelajar untuk mengarahkan sume pelajar menyelamatkan diri. Time2 mcm ni ap yg sedih ade jugak yang naik main sentimen politik,yela kalo sebut je student mesir,msti igt bnyk pembangkang,kat sini mmg 'sesetengah manusia' suke gune2 pelajar utk kepentingan politik, tp bkn ke ade plmbagaan yg melarang pelajar dpd bpolitik? kat sini 'org lain' yang bpolitik, tp saya bharap ura2 nk ckp bawak balik dak2 tertentu sahaja,awalkan yang 'tertentu' tu x betul lah en,ketepikan lah agenda politik semua2 tuh.
Firstly, masa rusuhan berlaku dalam akhir Januari, kitorg sume dalam tempoh exam,mid year exam,tp tok tanta U diorg exam lepas naik cuti. Rusuhan dah ada dah time tu tapi kecil kecilan je.masih selamat nak gerak mana2.
Dalam 25 Januari dah semakin hebat,sampai anak2 HM nih lari ke London. tapi HM masih stay.
Perintah berkurung tok kali pertama dikeluarkan masa 28 Januari bsamaan hari jumaat,n pagi jumaat tuh lepas solat jumaat dah start dah rusuhan besar-besaran dkt sume tempat.
Dlm 26-27 Jan mule2 yang kne block oleh gov mesir ialah twitter,then block facebook,then block internet,pastu block line telefon kt mesir. so hari Jumaat 28 januari pagi tuh,totally kitorg sume tputus hubungan.
Biasanya perintah berkurung strt jam 2 or 4 petang,so tentera akan ambil alih,sekarang nih polis dah hilang kuasa,yang berkuasa skang ialah polis tentera n tentera,dkt jalan2 utama bese lah kalau ada kereta kebal,kereta perisai,jalan banyak kne block dsb. perintah berkurung nih besenye stop dlm 8 pagi hari keesokannya. So lepas tu student dah boleh kua rumah tapi kne bhati2 lagi sbb skang nih banduan banyak terlepas n kene jalan bersama passport/kad pelajar masing2.
Ok masa awal2 darurat dlm 30 jan camtuh,bekalan makanan banyak gak terputus,kat kedai2 runcit banyak stok makanan asasi dah abes,kalau dak2 melayu nk beli beras maybe susah kot lepas nih. roti2 pon susah nk dapat,n harga roti naik,tp act x sume harge barang naik. sume dlm kawalan lagi,n saya rasa media malaysia kadang2 melampau,xpun anak2 pelajar kat sini saja nk cerita yang lebih2,ayam x cukup,makanan xde,bukannya mati pun kalau x makan sehari,xkan dah lupe kot,doa Rasulullah agar umatnya x mati kebuluran kan dah dimakbulkan? so kepada ibu bapa di Malaysia,jangan bimbang,insyaallah anak2 anda dapat bekalan makanan yang mencukupi.
dalam tempoh darurat,penduduk mesir akan buat mcm sekatan jalan oleh rukun tetangga diorg,so insyaallah keadaan pelajar tjage.
Ok mengenai rusuhan, tak sume tmpat merbahaya,tp still rasa tempias dia,kalau di kaherah,kawasan yang merbahaya antaranya Sayyidah Zainab,dan Abbasiyah sbb area sane tuh tlalu dkt dgn kawasan Ramsis,Tahrir yang mmg jadi pusat berlakunya rusuhan. So student yang duduk area yang merbahaya diarah berpindah ke rumah2 negeri dan dewan malaysia abbasiyah kaherah. Insyaallah sume dah pindah. kalau di Iskandariah diorg ditempatkan di rumah Mara.
Banduan terlepas? ye mmg,jumlah sangat ramai,sekarang banyak balai polis terbakar,ade kedai2 dirompak,dibakar,bank dipecah dsb, tp xde lagi la rakyat Msia yang kne rogol mcm yang ade ditulis,maybe ada tp sumber dia kurang meyakinkan. diceritakan HM sengaja melepaskan banduan2 nih sbb nak bagi Mesir nih huru hara. Tu yang bahaya, sbb rusuhan yang dibuat nih bkn nk ancam masyarakat lain,bkn nak attack stdnt Malaysia,tp bila banduan tlepas,diorg pulak amek kesempatan lagi2 polis dah xde kuasa. dats y yang mnjadikan keadaan kat mesir sangat bahaya.
Azhar cuti setahun? memang KPT Malaysia dah kuakan statement macam tuh,tapi kebanyakan kami dah contact dgn pihak universiti n diorg ckp diorg x decide pon cuti ke x, apa2 pun kene dapatkan maklumat dpd pihak universiti,kt mesir nih,kalau diorg nk buka kuliah tibe2 boleh je. diorg xde sistem yang teratur sangat.
Sekarang nih,saya jangkakan protes dan rusuuhan nih akan mengambil masa yang lama,rakyat mesir sanggup kua pg merusuh selagi HM x letak jawatan n selagi tu lah kot ktorg nih diletakkan di Jeddah, HM nih degil sangat n dia x kn turun awal2,apa2 pun ini baik untuk rakyat Mesir yang sememangnya dah x tahan dah dgn sume nih.
Ok makluman penempatan student msia kat jeddah, insyaallah esok smpai 6 feb akan ada trip mesir-jeddah oleh kerajaan msia tok bawak sume studnt g sana,ada jugak studnt yang stay kat mesir sbb kne bertugas tok jage rumah2 sewa di sini,insyaallah mereka yang bertugas nih diberi keselamatan oleh Allah Swt.
Kitorg akan stay jeddah dlm 2minggu ke sebulan then kalau mesir masih bergolak barulah akan dipikirkan langkah seterusnya samada stay lagi atau dihantar ke Malaysia. Studnt yang dah ada kt jeddah boleh je amek flight dari jeddah ke msia terus dgn duit sendiri,saya ada check tru saudi arabiya airlines,dlm rm700 jugak kos pergi ke Malaysia, so plan baik2 k.
Apa2 pun tok maklumat n update boleh klik kat blog nih
nyway sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi ada menyatakan bahawa pemuda wajib berdemonstrasi.
Inilah sensitiviti kita thadap saudara seislam kita yang lain, yang merisaukan saya takut2 negara barat mcm US akan hantar tentera diorg pg kat Mesir nih,tu dah kes perang dah tuh,gatal sgt nk masuk campur n td baru dapat berita bahawa Israel ada hantar 3 kargo senjata sbgai bantuan nk hadapi anti mubarak, adoi ade jugak pro-mubarak,ni la yang wat perang(civil war) nih,
Malaysia sangat bertungkus lumus untuk membawa rakyat Msia kua dpd mesir,cuba bayangkan bagaimana usaha kita for palestenian? nmp sgt ktia xde sensitiviti thdp saudara seagama tp hanya saudara sebangsa. Kalau ditanya, korang nak stay or join berperang? inilah masanya.
apa2 pun thanks to kerajaan Malaysia sbb membuat sesuatu untuk kami pelajar Mesir, thanks kpd kawa2 ibu bapa,saudara mara yang x putus2 kirimkan doa dan kata2 semangat kepada kami, kami sume ok insyaallah. maybe ada yang kata kerajaan ni kedekut duit,itu la ini la tp apa2 pun jangan terlalu mengeji sangat, kadang2 ada yang amek mnde ni sbgai agenda politik, ada jugak ura2 nk bawak pelajar kerajaan bagai, tapi insyaallah unsur2 nih xkan berlaku.
Sekarang 4 feb, akan ada trip ke jeddah lagi n insyaallah kalau nasib baik saya akan diterbangkan hari ini,sbb nama yang ke 90 lebih,n besenye kuota tok 60 orang,tp tgklah macam mana, yang penting,perempuan dan orang yg uzur diselamatkan dahulu.
p/s: sori bahasa cm pasar sangat sbb nk rushing,kne kunci rumah,urus macam2 , xde gambar nk upload sbb tuan kamera dah pulang ke Malaysia.
Apa2 pun nasihat saya kalau dapat makluman/berita kalau boleh pastikan kesahihan dia, n elakkan dpd buat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kerisauan yang teramat sangat. insyaallah kalau semua dah selesai saya update lagi. doakan kami semua selamat,dan doakan agar rakyat Mesir berjaya jatuhkan HM dan hilanglah Kawan baik Israel
Ini link untuk senarai nama pelajar yang dah btolak ke Jeddah,boleh la cek nama anak2 or dsb
Ketahuilah rakyat Mesir/anti Mubarak, kami bersamamu. Jihad Nyawa Allahuakbar!!!
3 comments:
baru taw cerita sebenar kat sini. hope u safe there friend.
rep!thanx 4 da infos bro..byk yg aku xtau,aku tau skunk..harap ko ngn kwn2 okay sume n boley smbung study balik..percayelah ade hikamh disebalik semue yg brlaku..korang saba dgn ujian Allah ni k..innallaha maa' sobirin..ko da smpai kat jeddah kan..?alhmdulillah...insyallah,all these will safely end soon..amiinn..
izzati: alhamdulillah kitorg ok je semua :D
farihin: welcome. lepas ni if ada mase free luang2kan la masa tuh dgn search sal mesir,xpon pemimpin2 negara arab yang lain,huu
Post a Comment