Pages

Saturday, February 12, 2011

11 Februari. Suratan atau kebetulan?

Salam Alaik.

3 hari yang lepas,kami telah pun dibawa keluar daripada Jeddah untuk ke Malaysia selepas seminggu menetap di sana. Apa yang specialnya di Jeddah, yang saya rasa,kita boleh rasa Islam itu hidup di sana, bila azan dilaungkan,semua premis,kedai2,restoran2 ditutup untuk mengerjakan solat yang wajib dan dibuka kembali selepas selesai berurursan dengan Yang Maha berkuasa. Insyaallah kalian semua akan ke sana nanti dan merasai nikmat Islam di sana.

Jam 6.05 petang smlm(waktu Mesir) berakhirlah sudah pemerintahan diktator oleh seorang pemimpin yang merupakan bekas tentera.

Harap2 lah lepas nih "penjara Gaza" dapat dibuka dan bermulalah pembebasan rakyat Palestin daripada cengkaman Israel. Biarlah lepas ini Mesir bersih daripada unsur-unsur Israel dan US.

Biarlah penderitaan rakyat,kemiskinan tegar di Mesir dapat di atasi.

Moga Al-Azhar bebas daripada pengaruh Israel yang melantik ulama2 yang bisu.

Moga terbuka kembali laluan Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi ke Mesir.



Mungkin lepas nih banyak perubahan yang akan berlaku di Mesir,dari sekecil2 sistem hingga sebesar2 sistem. Kalau mereka yang menetap di Mesir,taw la asam garam dekat mesir,dari segi budaya,adab,dan macam2,tapi ade je kebaikannya. Antaranya yang korang boleh nmpak sekarang Rakyat Mesir nih sangat kuat. diorg boleh bertahan 18 hari untuk meng'irhal'kan pemimpin yang menjadi boneka Israel tuh.

11 Februari. Mungkin menjadi tarikh 'Cuti Umum' yang baru buat penduduk Mesir, juga adakah tarikh ini menjadi satu kebetulan? atau menjadi petanda daripada Yang Maha Mengetahui?

Tarikh yang menyaksikan pemergian Imam Hassan Al-Banna, tarikh revolusi yang berlaku di Iran, juga mangkatnya Raja Abdullah bin Abdul Aziz (raja Saudi)

Bagi mereka yang ingin mengetahui, korang search la detail sal hosni mubarak,tau macam mana dia boleh terlibat dalam politik,mcm mana dia boleh mnjadi 'pemimpin' daripada melangok dekat facebook en.

Moga-moga sinar Islam kembali tersebar secara agung di Mesir.

1 comment:

Ibnu Mutalib said...

haah,mcm2 kebetulan...