Salam Alaik.
Korang semua pernah dgar x kisah Thalut dan Jalut? Mesti tau jugak la en xpon pernah dengar la en word thalut n jalut nih.
Act ni antara salah satu kisah yang Allah nukilkan dalam AL-Quran Al-Karim dalam surah Al-Baqarah ayat 246 hingga ayat 251.
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Surah Al-Baqarah ayat 246-251)
Jalut jahat dan Thalut ni baik. Jalut merupakan raja yang zalim dan telah mengusir sebilangan penduduk dari perkampungan mereka. diceritakan pada ketika itu iaitu zaman Nabi Seth(kalau x silap) memimpin penduduk pada ketika itu yang diusir seramai sejuta orang lalu diajak mereka untuk berperang untuk mengalahkan si raja Jalut nih,
Mereka segera meminta agar dilantik seorang panglima yang dapat memimpin tentera mereka untuk melawan tentera Jalut. Mereka ingat, kuasa,harta,pangkat lh yang menentukan siapa yang layak untuk menjadi panglima perang,akan tetapi semua tanggapan mereka itu dipatah2kan apabila Nabi Seth membawa seruan Allah swt untuk melantik Thalut sebagai panglima perang mereka. Thalut yang takde ape2. miskin, tak punya kuasa akan tetapi Thalut nih mempunyai akal yang bijak.
Ayat "illa Qolilan" dalam surah Al-Baqarah ini menunjukkan bilangan sebanyak 10 percent. Dalam perlantikan Thalut sebagai panglima perang, lalu daripada sejuta pengikut hanya 10% je daripadanya yang mengikut. tu pun bila ayat Allah turun memerintahkan mereka pergi berperang, dari sebelum ayat Allah turun ada sejuta,bila suruh beperang tinggal 100 ribu, bila Thalut menjadi panglima perang yang tinggal hanyalah 10 ribu.
Dengan kekuasaan Allah swt, akhirnya tentera Thalut mencapai kemenangan dan Jalut akhirnya dibunuh sendiri oleh nabi Daud pada ketika itu baru je berusia belasan tahun,dalam bahasa lain pada ketika itu masih remaja.
Dalam pada itu,Thalut tahu bahawa dia dan tentera mereka akan diuji dengan sebatang sungai di mana mereka x boleh meminum air daripada sungai tuh kecuali dengan menggunakan sebelau tapak tangan jeh,dalam keadaan yang panas terik,mana tak terasa en nak minum air,akan tetapi Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya dengan memberi ujian sebegitu rupa. okeh bayangkan daripada 10 ribu yang mengikut selepas sejuta penduduk,hanya 10 percent jeh yang ikot,iaitu dalam 800-1000 je yang ikot.
Aha selepas melalui ujian ini lalu bertemulah mereka dengan tentera Jalut yang bilangannya tak terkira! Ok la bila dah kne lawan dgn bilangan yang ramai gilak nih maka Illa Qolilan, 10 percent yang tunggu iaitu hanya 313 sahaja tentera Thalut yang bersedia dan yakin dengan pertolongan Allah swt. *313 sama dgn bilangan ahli perang Badar :D
Banyak betul pengajaran yang kita boleh ambil. antaranya korang tengoklah kalau pemimpin yang mempunyai harta benda yang melimpah ruah,agak2 boleh tak nak mntadbir negara secara adil atau secara fully islam? amek contoh Si Hosni Mubarak la,harta berbillion USD tapi si rakyat tpaksa mencari rezeki dalam sampah!
Bantuan Allah dalam menegakkan agama Allah, ayat2 Allah banyak memberi peringatan, bahawa Allah sentiasa bersama dengan mereka yang berjihad,mereka yang bersabar, apa lagi yang kita tak yakinnya?
Pengajaran yang paling penting, Macam mana Nabi Daud menggunakan masa mudanya? Baginda pergi berperang. Time muda2 la nak pergi berjihad, nak bangun Qiamullail,nak pergi berperang, cuba kita muhasabah bagaimana umur kita yang belasan dan puluhan tahun nih kita gunakan?
Syabab sekarang pembentuk ummah masa depan.
fikir2kan lah rakan2 syabab sekalian. cuba tengok bagaimana syabab mesir menggulingkan presiden mereka tuh? bagi saya lah,apa yang saya lihat di mesir tu mereka mampu untuk menjatuhkan kerajaan setelah apa yang mereka lalui selama 30 tahun, bagaimana kekuatan Islam di sana juga menjadi kunci kekuatan mereka untuk terus berdiri hingga Mubarak digulingkan!
Bukan nak berpolitik,tapi kalau dalam facebook tu ade certain2 profile yang memberi peringatan kepada kerajaan sekarang bahawa rakyat Malaysia bakal bertindak sedemikian, tapi bagi saya, rakyat Malaysia tak mampu nak berprotes seperti yang berlaku di Mesir. percayalah..
Tahukah anda US menyalurkan bantuan sebanyak 50 Billion dolars kepada unit polis Mesir yang sememangnya pro-Mubarak tuh? US dan Israel dah memang terang lagi bersuluh bermusuhan dengan Islam, tak perlulah nak bangga bila US puji Malaysia merupakan sebuah negara Islam..
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment