Pages

Friday, February 26, 2010

12 Rabiul'Awal 1431

Dari Anas bin Malik r.a dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda,
"Tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada pada dirinya, ia akan dapat kemanisan iman :
Menjadikan Allah dan Rasul-Nya yang paling ia cintai daripada yang lainnya, mencintai seseorang,
tidak mencintainya kecuali kerana Allah,
dan membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana ia membenci untuk dilemparkan ke Neraka."

(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)




Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....




"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2 . Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3 .Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"


Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Btw kalau di Mesir,
Sollu Ala Nabi.
mlm 12 RabiulAwal 1431H kali ini di sambut dgn turunnya rahmat Allah iaitu hujan di malam hari diiringi ketulan ais seperti salji. Kebesaran Allah swt jgn sesekali anda cuba pertikaikan. Wallahu'alam.