Pages

Friday, February 19, 2010

Jaulah Makam.


Salam Alaik,
pada kali ini,aku ingin membuat post mengenai jaulah makam yg telah kami adakan pada hari Jumaat(19feb) bersama2 ustaz Samad dan Ustaz Khairul juga bersama2 ahli bait seramai 7 org.

Sememangnya digalakkan menziarahi makam2 para nabi dan aulia pada hari jumaat atau sabtu dan beruntung juga menuntut ilmu di sini sebab terasa betapa dekatnya kita dgn Sahabat2 dan Para Ulamak serta Imam2 yg memang Mashur dan disegani.


Jejak Aulia kami bermula di Makam Imam Wakiek.(wake') Pandai2 la sebu
t,ade ejaannye dalam jawi. Beliau merupakan guru kepada Imam Shafi'e. Dijadikan cerita,pada suatu ketika dahulu, Imam Shafi'e menghadapi masalah untuk menghafal lalu die menemui gurunya iaitu Imam Wake', Imam ini bertanya apa yang telah Imam Shafi'e terlihat atau terpandang, lalu berkata Imam Shafi'e bahawa dia telah terpandang perempuan, maka itulah sebab mengapa Imam Shafi'e susah menghafal, Ilmu itu Nur,cahaya,maka semestinya kita kne jaga Nur itu daripada dicemari dgn dosa, mmg keberkatan itu penti
ng, tapi mcm mane la pulak dgn kita,hari2 terdedah dgn maksiat,aurat dan dosa,padanla susah nk mendalami ilmu, Istighfar.




Seterusnya kami melangkah terus menuju ke makam Imam Zakaria, X bnyk yg nk dikongsikan tntg beliau cume ketika beliau masih hidup baliau pernah berkata bahawa kuburnya apabila beliau sudah meninggal dunia akan dekat dgn makam Imam Shafi'e dan mmg pon makam mereka sgt dekat.




Melangkah ke hadapan dan belok ke kanan maka sampailah kami ke makam Imam Shafi'e. Di sini terdapat 3 benda, Makam Imam Shafi'e, Tempat Imam Shafi'e bersandar ketika menyampaikan ilmu dan ketiga Tapak Kaki Rasulullah SAW. Mengikut apa yang diceritakan kepada kami, Imam Shafi'e menemui Rasulullah SAW pada hari Jumaat iaitu selepas Asar. Alhamdulillah Jaulah kami pada hari Jumaat tetapi bkn pd waktu Asar.






Tapak kaki baginda Rasulullah SAW. Memang wangi selepas aku sentuhnya.


bahagian kiri ialah Jari kaki baginda dan hujung belah kanan ialah tumit Kaki Baginda. Dekatnya kami dgn Rasulullah.


Ini adalah bahagian masjid di luar makam Imam Shafi'e. Seperti yg kita sedia maklum, Imam Shafi'e mengembara pelabagai tmpt dgn beribu langkah demi menyebarkan dan menambah ilmunya, Oleh itu lambang kapal sebagai tanda bahawa beliau kuat mengmbara ke serata tempat.


Seterusnya kami ke makam Rabi'atul Adawiyah. Tahukah kamu syair taubat yg selalu alun2kan, Rabi'atul Adawiyah lah yg menciptanya.
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu,..


Kali ini kami bertuah kerana penjaga makam tersebut membenarkan kami memasuki ke ruang makam Rabi'atul Adawiyah, Alhamdulillah.







Wanita itulah penjaga makam Rabiatul Adawiyah. Beliau tak sama dengan penjaga makam yang lain, beliau tak mengharap sesen pun dari kami, kalau penjaga makam yang lain mereka mengharapkan hadiah,ikut hati masing2 la nk bagi berapa sen pun,asalkan ikhlas. Pernah ada student Msia bawak sheikh dari Lubnan pegi Mas
jid Hussein,dan sheikh itu berkata dia kira hampir terdapat 100 org wali Allah dari Masjid Azhar sampai Masjid Hussein, jaraknya macam dlm 200meter. SUbhanallah,berkatnya bumi ini,janganlah kita kerap melakukan maksiat,nauzubillah

Seterusnya kami menziarah makam salah seorang daripada sahabat Rasulullah saw, xbnyk yg dpt aku ceritakan tntg makam ini.




Kemudian diluarnya terdapat makam Sayyidatina Fatimah Husin Anuar. Tak pasti tntg sejarahnya.,




Kemudian Kami menziarahi makam Sayyidatina Nafisah. Erm Kali ini aku tak dapat nk amek gmba dkt makamnye sebab ramai org dkt sekitar makam.
Cerita tntg beliau aku tak pasti sgt tetapi dikatakan ape yang diungkapkan pleh beliau pastinya menjadi kenyataan.
Jadi ramailah orang akan berkumpul di sekitar masjid ini untuk berdoa dan Insyaallah akan diperkenankan, ameen.



Rajah Pokok mengenai salasilah Keturunan Rasulullah SAW.


SIgnboard ke Makam Sayyidatina Nafisah.


Gambar ni aku terlupa nak rotatekan, Kedudukan Sayyidatina Nafisah ialah pada nombor 27. Dekat atas sikit.


Setelah kepenatan berjalan2 mengelilingi makam di sekitar Kaherah, kami berhenti sebentar di Asir yang berdekatan, seperti biasa Asob (airTebu) menjadi menu utama.
Jus di sini memang berbeza kalau nk compare dgn jus di Malaysia. Tgkla tebunya pekat mana, Manis pon ye. Kali ini aku nk amek Tamarindi,(air Asam Jawa) tp ustaz dah terorder, so minum jela.


Perjalanan kami seterusnya adalah untuk menunaikan Solat di Masjid Sultan Hassan. Masjid yang agak lame berdiri di Sini, Kami melintasi salah satu daripada kubu Salahuddin Al-Ayubi. Kubu(Qala'ah dlm bhs arab) yang menjadi saksi kemenangan Islam suatu masa dahulu,adakah kau lupa, kita pernah berjaya...


Masjid ini juga mcm Masjid Putrajaya yang menjadi tumpuan para pelancong.


Di pintu masuk masjid.



Masjid ini mula beroperasi dari tahun 1356M. Peh,lamenye,dan cerita mengenai masjid ini, di Zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi, beliau membenarkan pengajian 4 mazhab iaitu Maliki,Shafi'e,Hanafi dan Hanbali. Jadi tidak menjadi masalah untuk umat Islam pada ketika itu untuk menuntut Ilmu dalam mana2 mazhab. Pernah terjadi pengajian keemmpat-empat mazhab dilakukan pada waktu yang sama.

Setiap penjuru terdapat Maktabah untuk keempat-empat mazhab.


Berikut ialah tempat mengambil wudhu bagi para jemaah.


Di bawah ini terdapat 3 gambar pintu daripada 4pintu yang menjadi kawasan pengajian keempat-empat mazhab, setiap pintu mewakili satu mazhab.,





Mengikut tentatif kami setelah selesai solat Jumaat kami akan menuju ke Makam Sayyidatina Aisyah ra. Namun disebabkan kekangan masa kami bergerak terus pulang ke rumah masing-masing. Ketika kami melalui di hadapan masjid Sayyidatina Aisyah yang menempatkan makam Sayyidatina Aisyah sempat untuk aku snap satu gambar.


Itulah Masjid Sayyidatina Aisyah ra.


Alhamdulillah harapan kami untuk meluangkan masa menziarah makam2 para wali2 Allah,ulamak dan sahabat berjaya juga akhirnya, untuk pengetahuan terdapat 50 makam di sekitar kaherah dan kami hanya sempat mengunjungi beberapa makam sahaja. Sebelum ini kitorg pernah mengunjungi makam sayyidaina Hussin, cucu kepada Rasulullah SAW.

Sekian sahaja untuk post kali ini, sekiranya ada kesalahan daripada sudut cerita harap dapat ditegur ya. maka berakhirlah sudah winter break kami dan selepas ini kuliah akan berlangsung seperti biasa, dan cuti selepas ini ialah pada musim panas,pernah dgr x dalam kartun doraemon,cuti musim panas?hehe, 3 bulan kot cuti Insyaallah kalau panjang umur. Baiklah bertemu lagi kita pada post akan datang. Barakallahufik Wassalam.:)

1 comment:

AtiqahHanisMustapa said...

subhanallah!
bestnye dapat peluang sebegitu..