Pages

Friday, February 19, 2010

Jahiliah Kurun ke-20

sumber: dlm laptop sendiri.

Setengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum Islam di Semenanjung Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi,masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.

Sesungguhnya Jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta sistem tanzimi yang menolak dengan pemerintah dengan apa yang diturunkan oleh Allah :

افحكم الجاهلية يبغون ومن احسن من الله حكما لقوم يوقنون

Ertinya : “Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin”.

(Al-Maidah : 50)

Rasulullah SAW pernah menyebut beberapa pengertian Jahiliyyah di antaranya :

عن جابر بن عيدالله قال : كنا مع النبى فى الغزاة فكسع رجل من المهاجرين رجلا من الأنصار فقال الأنصار – يا الأنصار وقال المهاجرين : يا للمهلجرين فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما بال دعوى الجاهلية؟ قالوا يا رسول الله تسع رجل من المهاجرين رجلا من الأنصار – فقال دعوها فانها منتنة

(رواه البخارى ومسلم)

Berkata Syeikh Islam Ibn Taimiyyah :

كل ما خرج عن دعوى الاسلام والقوان من نسب أو بلد أو جنس أو مذهب أو طريقة فهو من غزاء الجاهلية

Ibn Qayyim berkata : “ Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyyah seperti panggilan kepada qabilah-qabilah dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab-mazhab, golongan-golongan, tuan-tuan guru, melebihi setengahnya ke atas setengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah…….”.

LEMBARAN SEJARAH TENTANG JAHILIYYAH

Jahiliyyah dan iman memiliki sejarah lama di muka bumi yang kembali kepada Adam dan anak-anaknya. Kedua-duanya kembali kepada tabiat kepada kemanusian sebenarnya pada percampuran dan penerimaan kesesatan atau petunjuk dari Jahiliyah atau makrifah.

ونفس وما سواها فالهمها فجورها وتقوها قد افلح من زكاها وقد خاب من دساها

Ertinya: “ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”.

(As-Syams : 7-10)

وهديناه النجدين

Ertinya : “ dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).

(Al-Balad : 10)

انا هديناه السبيل اما شاكرا واما كفورا

Ertinya : “sesungguhnya Kami telah manunjukinya jalan yang lurus ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir”.

(al-Insan : 3)

“Huda” ialah makrifah Allah dan mengikut petunjukNya dan Jahiliyah ialah kejahilan terhadap Allah dan menjauhi petunjukNya.

Semenjak perkembangan kehidupan dan kelahiran aqidah yang thabitah dengan perubahan syariah berdasarkan kesesuaian manusia sehinggalah kesempurnaan Islam pada sudut aqidah dan syariah sebagai satu agama yang datang dari sisi Allah. Maka berterusanlah manusia terbahagi kepada dua golongan, tiada yang ketiga, Muslimin atau Jahiliyyin.

Adapun Jahiliyyah moden adalah hasil penerusan Jahiliyyah di zaman pertengahan yang mempunyai akar umbi yang mendalam di dalam tanah Eropah dan di dalam lubuk sejarah.

i. Jahiliyyah Yunaniyyah :

- Ia menyucikan akal lebih daripada pengiraan roh.

- Dikira untuk menzahir imej, kesucian, kepositifan (Ijabiyyah), ketinggian martabat, ketinggian intipati dan ketinggian nilai manusia di dalam kehidupan.

- Akal adalah kemampuan kemanusiaan yang besar dan memainkan peranannya yang sempurna di dalam menthabitkan kewujudan manusia pengibatan dan ijabiyyah manusia di alam ini yang ada padanya keraguan, tetapi beriman dengannya semata-mata atau beriman dengan lebih daripada pengiraan roh ialah penyelewengan Jahiliyyah yang mengecil kerana inilah manusia pada akhirnya ketika menjadikan manusia ialah binatang berakal semata-mata.

ii. Jahiliyah Romaniyyah :

- Jahiliyyah kebendaan dan pancaindera.

- Penyelewengan yang paling besar ialah keimanan yang paling kuat dengan kebendaan yang mengatasi pengiraan roh.

Kewujudan ialah kewujudan kebendaan dan kewujudan yang dapat diketahui oleh pancaindera. Adapun yang tidak diketahui oleh pancaindera sesuatu yang tidak wujud…….

- Membentuk keadilan semata-mata untuk orang Rom sahaja.

iii. Jahiliyyah zaman pertengahan :

- Berkata Daryber – seorang Amerika di dalam kitabnya (النزاع بين الدين والعلم), kesyirikan dan keberhalaan telah masuk di dalam agama Nasrani dengan kesan orang-orang Munafiqin yang memegang jawatan-jawatan penting dan jabatan-jabatan yang tinggi di dalam kerajaan Rom dengan bermuka-muka dengan agama Nasrani, sedang mereka tidak mementingkan urusan agama dan tidak ikhlas untuk agama satu hari daripada hari-harinya. Begitu juga berlaku di Costantinople. Ia telah menghabiskan masanya dengan kezaliman dan kejahatan dan tidak terikat dengan perintah-perintah, pihak gereja (Nasrani) melainkan sedikit pada akhir umurnya – 337 M.

Meskipun, pihak gereja menguasai kekuasaan di Eropah pada zaman pertengahan tetapi syariat tulen tidak dilaksanakan melainkan daripada undang-undang kekeluargaan (الأحوال شخصية ).Adapun pada realiti kehidupan yang besar tidak terlaksana padanya syariat Allah. Sesungguhnya dihukum dengan undang-undang Rom.

iv. Jahiliyyah Moden :

- Kebangkitan Eropah Moden lahir daripada suasana yang jauh dan bermusuhan dengan Ad-Din – permusuhan terhadap Islam, hasil daripada ketaasuban melulu yang sangat memuncak di masa peperangan Salibiyyah. Adapun permusuhan dengan agama yang melahirkan di dalam diri orang-orang Eropah – kebodohan pihak gereja. Gereja yang memerangi ilmu kerana kejahilan merupakan sandaran yang paling besar untuk memelihara kekuasaan pada orang ramai.

- Eropah telah hidup berkurun-kurun dengan keperibadian yang berteraskan keberhalaan Yunan dan Rom dengan mengubah setiap ketamadunan yang datang daripada hadarah dan keilmuan Islam.

- Ketika sejarah Eropah mengenali nama Gerakan Islah Dini (pembaikan agama) yang sebenarnya bercorakkan Jahiliyyah iaitu pemisahan aqidah daripada syariat dan syariat lain daripada Allah memerintah waqi’ kehidupan. Pembaikan agama dari sudut dhamin tidak pada alam reality kehidupan. Ketika ini lahirnya kapitalisme mengubah muka bumi di atas asas-asas yang tidak Islam.

- Ittijah ini menuju kepada sekularisme di dalam segala aspek keidupan dan jauh daripada agama.

- Pada kurun ke-19 berlaku peristiwa besar di dalam sejarah Eropah. Di antaranya :

i- Darwinisme – ancaman di alam teori dan pemikiran.

ii- Perbahan perindustrian – ancaman terhadap dunia tatbiq.

- Jahiliyyah moden tidak terhad di Eropah kerana Eropah telah berulang alik ke seluruh dunia dengan cengakaman penjajahan di seluruh tempat. Jahiliyyah moden menjadi pihak berkuasa di seluruh dunia, khususnya selepas kejatuhan Kerajaan Othmaniyah 1926.

JAHILIYYAH MODEN

PERTAMA :

Jahiliyyah ialah penyelewengan daripada peribadatan yang sebenar kepada Allah. Peribadatan ini terlaksana dengan penghakiman Allah sahaja di dalam seluruh urusan kehidupan. Aqidah ialah penyusun hubungan, ikatan, tasawur dan pemikiran manusia. Apabila betul aqidah, luruslah imej dan langkah-langkah manusia. Arab Jahiliyah beriman dengan kewujudan Allah.

ولئن سألتهم من خلق السموات والأرض ليقولن الله.......

Ertinya : “Demi, jika engkau bertanyakan pada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjawab : Ialah Allah”.

(Luqman : 25)

Tetapi mereka tidak mengenali dan tidak beriman dengan sebenarnya kepada Allah dan tidak menjadikan Allah sebagai hakim kepada segala urusan mereka.

وما قدروا الله حق قدره.......

Ertinya : “ dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya”.

( Al-An’am : 91)

Qadiyah syariat seperti qadiyah aqidah tiada perbezaan daripadanya sama ada menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah atau Jahiliyyah dan Syirik.

KEDUA :

Mengikut hawa nafsu bagi setiap jahiliyyah adalah lahir daripada asalnya tidak beriman dengan Allah dan Islam.

وان احكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع اهوآءهم واحذر هم ان يفتنوك عن بعض ما أنزل الله اليك

Ertinya : “ Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mereka”.

(Al-Maidah : 49)

Tapi syariat Allah terlepas dari hawa nafsu kerana Allah tidak berhajat kepada apa-apa maslahah makhluk.

ما أريد منهم من رزق وما أريد ان يطعمون

Ertinya : “ Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan”.

(Az-Zariyat : 57)

KETIGA :

Kewujudan taghut-taghut di muka bumi yang bertugas untuk memalingkan manusia daripada pengabdian kepada Allah dan pemerintah dengan syariatnya supaya berubah untuk mengabdi taghut-taghut dan memerintah dengan hawa nafsu mereka.

الله ولى الذي امنوا يخرجهم من الظلمات الى النور والذين كفروا اولياءهم الطاغوت يخرجهم من النور الى الظلمات.......

Ertinya : “ Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), dan orang-orang yang kafir, pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)”.

(Al-Baqarah : 257)

Sama sahaja taghut itu, berbentuk peribadi, puak, jamaah, adat, taqlid atau apa-apa kekuatan yang menjadikan manusia hamba kepada mereka. Manusia tidak boleh keluar daripada arahan dan perintah mereka. Taghut akan berpendirian permusuhan dengan aqidah yang sebenar kerana ia menghendaki wala’ untuknya dan kemaslahatannya bukan wala’ kepada Allah.

KEEMPAT :

Terjebak di dalam arus syahwat hasil daripada jauh dengan manhaj Allah. Syahwat ialah perkara yang dicintai oleh manusia.

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطر المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والأنعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا.......

Ertinya : “ Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis-jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia”.

(Ali Imran : 14)

Berbagai-bagai sebab yang menjadi syahwat menguasai dan menghancurkan imej manusia, di antaranya ialah kesibukan taghut yang memerintah dengan sesuatu yang lain daripada yang diturunkan oleh Allah, maka ia sebenarnya taghut. Oleh itu ia tidak menghiraukan penyelewengan manusia pada urusan seks dan tidak berusaha untuk memperbetulkannya.

Kemungkinan juga yang menjadi sebab ialah usaha taghut dengan sengaja untuk menyebarkan dan berseronok dengan keseronokan yang haram atau untuk melalaikan manusia daripada kezaliman yang berlaku ke atas mereka dengan tenggelam di dalam keenakan seks yang keji.

Ciri-ciri terpancar pada asalnya daripada ciri yang utama iaitu penyelewengan daripada pengabdian kepada Allah. Setiap jahiliyyah di dalam sejarah memiliki ciri-ciri yang khusus di samping ciri-ciri di atas. Jahiliyyah moden memiliki keistimewaan dengan ciri-ciri yang khusus selain ciri-ciri di atas :

i. Kemajuan keilmuan yang tinggi digunakan untuk menyesatkan manusia daripada petunjuk Allah dan mengenakan keburukan dan kepedihan terhadap makhluk Allah.

ii. Manusia berbangga di dalam menghadapi pencipta, dalam keadaan disamarkan dengan natijah-natijah ilmu dan kemajuan kebendaan sehingga manusia mengira bahawa tidak berhajat kepada Allah atau dia jadi seperti Allah.

iii. Teori-teori keilmuan yang berbagai-bagai yang menghadapkan manusia kepada penyelewengan sosial, ekonomi, psikologi dan semua bidang kehidupan.

iv. Fitnah dengan tatawwur atau perkembangan.

v. Kebebasan wanita.

Sesungguhnya fitnah besar di dalam jahiliyyah moden ini ialah kerana ia banyak memiliki pada sudut ilmu dan kekuatan kebendaan. Ia boleh memastikan perjalanan ketamadunan kebendaan yang banyak kepada manusia di atas muka bumi di dalam keadaan menghimpun setengahnya di atas asas kebaikan yang zahir dan manfaat kepada manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa akan terhimpun satu bahagian daripada kebaikan yang zahir di dalam diri kemanusiaan. Tetapi kebaikan ini tidak bersandarkan kepada kebenaran dan manhaj yang sohih (seperti penerapan nilai-nilai Islam) mereka akan menyelewengkan pendengar-pendengar manusia dan mereka mengira bahawa mereka bukan jahiliyyah.

ويحسبون أنهم مهتدون.......

Ertinya : “ Dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk”.

(Al-A’raf : 30)

Keilmuan, kekuatan dan tanzim adalah cirri-ciri zaman moden dan alat-alat yang dipergunakan oleh taghut pada hari ini untuk meneguhkan jahiliyyah.

Kesimpulan :

Jahiliyyah moden merosakkan segala tasawwur manusia terhadap Allah, alam, kehidupan dan manusia, penyelewengan yang menjerumuskan segala kehidupan manusia di dalam kefasadan dan kegelapan. Seorang falsafah barat berkata : “Telah tamat zaman yang dipimpin oleh (orang putih)…….”

Sesungguhnya kehancuran jahiliyyah memberi peluang kepada manusia untuk mendirikan kehidupan di atas asas kebaikan yang berpandukan manhaj Allah dan beriman kepada kebenaran daripada Allah.

Akhirnya, inilah sebahagian daripada isi-isi penting yang disinopsis daripada kitab “Jahiliyyah kurun ke-20” oleh Ustaz Mohd. Qutb yang digalakkan agar penuntut-penuntut Islam membacanya.

أستغفر الله العظيم واخر دعوانا ان الحمدلله رب العالمين

No comments: