Pages

Tuesday, February 16, 2010

Dah masuk RabiulAwal.

Salam Alaik, alhamdulillah masih kita bernafas lagi pada saat ini, dan semestinya perlulah kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah swt atas nikmat yg paling penting yg masih kita rasai sekarang iaitu iman dan islam, dan pada bulan yg mulia ini, bulan yang membawa perubahan kepada dunia pada suatu ketika dahulu iaitu kelahiran junjungan besar kita iaitu, Nabi Muhammad saw. Di arena blog ini,saya akan mengupas sedikit sebanyak bagaimana caranya untuk memperingati peristiwa Maulud Nabi,InsyaAllah.

5 BENTUK PERINGATAN MAULUD NABI .

1. Hafalah ,

2. Kajian .

3. Renungan

4. Muzakarah

5. Pertandingan.

1. Pertama adalah Haflah atau ihtifal merupakan salah satu dari cara untuk memperingati Maulid nabi dan inilah yang umunya di lakukan oleh masyarakat kita sama di Malaysia atau pun di Tanah Arab. Mereka akan berkumpul dan dan berjalan serta berarak dengan membaca selawat dengan membawa sepanduk berslogan dan sebagainya. Di dalam kitab “ Al-Wafa Bil Ahwal Mustafa” menyebutkan apabila nabi di lahirkan maka ramai di kalangan masyarakat arab bergembira dan merasa takjub , lalu mereka kata ada apa ni ? lalu mereka menjawab ini lah bintang Ahmad, ramai yahudi dan majusi meerasa kagum .

2. Kedua dalah bentuk kajian , yang lazimnya di lakukan oleh para intelektul dan para ilmuan untuk membicarakan keperibadian nabi seperti seminar , ceramah dan sebagainya samaada di sekolah , di masjid mahu pun pejabat .

3. Ketiga Renungan , masyarakat kampung akan berkumpul dan membaca sirah nabi di masjid atau di rumah apa yang mashyur di sebut sebagai “Berzanji” atau “Burdah” di sesetengah tempat , jikalau di tempat saya berzanji di baca bersama terjemahan agar dapat di faham maksudnya dan merenung perjalanan hidup nabi ,

4. Keempat adalah dengan Muzakarah seperti Usrah di rumah mahupun di masjid setiap orang akan menceritakan tentang sejarah nabi , dengan ringkas mengikut kemampuan masing-masing .Si bapa akan menceritakan kepada anaknya tentang kisah nabi dan sebagainnya , begitu juga si ibu akan menceritakan kisah nabi kepada anaknya., pesan guru saya ajarilah anak-anak kamu mencintai nabi

5. Kelima selain dari itu ada juga bentuk memperingati maulid nabi dengan cara pertandingan atau uji bakat seperti bercerita , penulisan , sajak , syair dan sebagainya seperti mana yang berlaku di sekolah-sekolah, sebagai perangsang kepada anak-anak , dan ibu bapa agar sedar betapa pentingnya memperinagti maulid nabi

Jadi adalah amat melucukan dan sungguh aneh sekali jikalau amalan seperti ini di anggap bidaah oleh segolongan manusia yang jahil serta jumud yang kononya tiada dalil berkenaan dengan maulid nabi , sedangkan perkataan “Maulid” itu sendiri di sebut oleh nabi iaitu “ Hari ni adalah hari lahir ku” cuma bentuk sahaja yang berbeza mengikut kesesuaian zaman dan makan ( tempat ) . seperti yang saya sebutkan di atas.

Semoga dengan keterangan ini jelaslah memperingati Maulid nabi adalah amalan yang baik dan di sukai .Sesungguhnya umat Islam di dunia ini tidak berkumpul melakukan kesesatan walaupun telah berlaku pelbagai penyelewangan terhadap agama dan betapa teruknya lagi perkara-perkara sedemikian dilakukan sendiri oleh orang Islam,aduhai bantulah kami Ya Allah.

Waallahu ‘alam

No comments: