Pages

Wednesday, February 17, 2010

medic dan Al-Quran.

p/s: copy paste sahaja.

Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasul Allah!

Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh. Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan di universiti yang sama.

Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian tubuh-manusia. Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga ada penerangan terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya minat kami untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan. Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan sebagai pemeriksa luar. Kami mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun yang lalu. Beliau meminta maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan tesebut tanpa satu kepastian. Setelah memeriksa kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai perkembangan embrio itu.

Kemudian kami berikan kepadanya artikel ceramah yang ditulis oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Kami bertanya jika beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab sudah tentu beliau mengenalinya oleh kerana Profesor Moore ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu.

Selepas mengkaji artikel itu, Profesor Tejasen merasa begitu takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan yang berkaitan dengan bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria mengesan/merasa yang dimiliki oleh kulit.
Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah.

Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu berminat untuk mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Quran, terdapat rujukan sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman keatas orang-orang yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu mengatakan selepas kulit mereka telah musnah sama sekali, Allah subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk mereka kulit yang baru supaya mereka boleh terus merasai azab api neraka, menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu berbunyi (maksud):
“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)

Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.
Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat itu bahawa jika seseorang itu membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan kulit yang baru.



Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah pusat kepada deria merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud:

“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)

Kami menyoal Profesor Tejasen: “Adakah munasabah ayat-ayat ini datang kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bersumberkan seorang manusia? Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin bersumberkan manusia. Jadi beliau bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam menerimanya? Kami menjawab, “Daripada Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Kuasa.” Beliau lantas bertanya lagi: “Siapa Allah itu”

Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua makhluk-makhluk. Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya datang daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jikab tuan menemui pengetahuan mengenai kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya, itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu, jika tuan melihat alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa alam ini dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji Lagi Maha Kuasa.


Gambarajah 8.1

Profesor Tejasen bersetuju dengan penjelasan kami. Beliau kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Kami dimaklumkan bahawa lima daripada pelajar-pelajarnya telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah beliau. Di Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa ceramah berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di dalam Al-Quran dan hadis.

Profesor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang mengenai fenomena sains di dalam Al-Quran dan Hadis. Di akhir perbincangan-perbincangan itu, Profesor Tejasen bangun dan berkata:

Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai berminat mengenai Al-Quran yang telah diberikan oleh Sheikh AbdulMajeed Az-Zindani. Tahun lepas saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith Moore yang diberikan oleh Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke Bahasa Thai dan memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand. Saya telah menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam video yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa yang saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) tidak boleh membaca mahupun menulis, maka Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mestilah seorang rasul yang menyampaikan kebenaran sebagaimana diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya melafazkan ‘Laa ilaaha illallah’, bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, ‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah seorang Rasul Allah

Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu ramai ahli-ahli sains baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang paling berharga yang saya dapat daripada persidangan ini ialah ‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah’ dan kesempatan menjadi seorang Muslim.

Kebenaran sememangnya dating daripada Allah subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya bermaksud:

“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Surah Saba’, 34: Ayat 6)

No comments: