Pages

Tuesday, November 9, 2010

Ajakan yang dipermainkan.

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Salam alaik.

Hurm alhamdulillah kita masih lagi diberi 2 nikmat yang terbesar iaitu iman dan islam. ok la cume malam ni just nk share sumthng.

Dalam kita melakukan suatu tugas,pasti ada halangan dia dan apa jua halangan tu apa yg kita perlu titik beratkan bgaimana nak atasi halangan tu, n tu snanye ujian dpd Allah tok hamba2Nya yang beriman. dlm sirah Rasulullah saw ketika mnyebarkan syiar Islam mmg diketahui bnyk sgt dugaan yang baginda lalui, kalau nk dibandingkan dgn apa yg saya lalui 2 3 hari ni mcm x setanding sgt dgn apa yg Rasulullah saw lalui.

Dalam ketika saya cuba membawa rakan2 yang mmg alpa, yang mungkin xpaham2 lagi tugas mereka sbg seorg pelajar,dlm mengingatkn mereka tntg maksud amanah, apa yang cuma mereka tahu kebebasan untuk bersuara, untuk membantah, untuk menentang, mula mnampkakkn tanda2 x puas hati? kesal jugak bila mereka mempersoalkan maksud amanah, mempermain2kan kalimah amanah, walaupun begitu yang pntg teguran mesti diberikan walau teruk sekali ancaman yang diberikan.

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:
“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Ya Allah Kuatkan dan teguhkanlah diri ini untuk aku memikul amanah yang diberikan ini. Wallahu'alam

No comments: