Pages

Sunday, November 7, 2010

Pemimpin

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.

Salam Alaik.

Hari ni nak post berkaitan pemimpin. Banyak jugak tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh seorg ng bergelar pemimpin hinggakan pelbagai azab dan jaminan ke neraka telah Allah firmankan dalam Al-Quran yang menjadi kunci jalan yang lurus bagi ummat manusia.

Dan (ingatkanlah perkara yang berlaku) semasa orang-orang yang kafir dan yang menderhaka berbantah-bantahan dalam neraka, iaitu orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) berkata kepada pemimpin-pemimpinnya yang sombong takbur: “Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut-pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian daripada azab neraka ini?” Al-Ghafir ayat 47


Banyak perkara2 yang berlaku pada hari ini berkait rapat dgn kezaliman seorg pemimpin, kita pun xtahu sama ada pemimpin kita itu berlaku zalim atau tidak kerana dalam masa yang sama jugak berlakunya pelbagai fitnah pada masa kini. kalau dekat facebook tu xpyh ckp aa,betapa bnyknye profile yang diwujudkan untuk menfitnah pemimpin masing2. contoh yang paling dekat kita boleh ambil dekat Malaysia. Haa skang nih dah xjadi cter pasal pemimpin kejap. cter pasal perpecahan yang berlaku terhadap ummat Islam nih, apetah lagi jika berkait dgn pemimpin2 mereka, kita ambil contoh terdekat di Malaysia. Org Melayu yang dikatakan Islam itu bergaduh sesama sendiri,bnyknye demi kepentingan politik, kalau di paper aau kat blog2 nih bnyk yang menceritakan bergaduh dan bertikam lidah disebabkan politik gara2 nak jadikan pemimpin kita tu sebagai ketua di Malaysia, ada x org bukan Melayu aka Islam bergaduh sesama sendiri? Even diorg x dpt mcm2 keistimewaan dkt Msia tapi teruk x diorg bergaduh?


`Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa: "Satu hari Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam sampai di masjid Bani Mu`awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.

Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah subhanahu wa ta`ala:

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

2. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh `alaihi salaam). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah subhanahu wa ta`ala.

3. Aku telah bermohon kepada Allah subhanahu wa ta`ala supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Hadis yang disebutkan di atas dah cukup untuk menjadi peringatan kepada kita bahawa Allah dah memberitahu 1400 tahun yang dahulu bahawa kita semua akan terlibat dalam peperangan dan perselisihan faham sesama kita dan perkara ini patutnya menjadi peringatan kepada kita, peringatan untuk kita mengambil langkah-langkah yang selamat demi menghindarkan daripada berlakunya perpecahan antara kita lagi2 di Malaysia.

Kita yang Melayu kononnya semua Melayu ialah Islam ni mungkin x sedar2 lagi pergaduhan dan persengketaan kita selama ini lah yang membuat kita atau golongan Islam di Malaysia ini semakin diancam,contohnya IFC, pertubuhan yang mintak benda2 mengarut daripada kerajaan, yang main point dia nak jatuhkan Islam di Malaysia. *rasanya dah tau en ape tu IFC? dengan keadaan umat Islam kat Msia ni yang dah berpecah lagi la senang ideologi mengaru pertubhan2 mcm nih nak tersebar luas dan diterima dkt Msia, kita nih ble dah ditarik nikmat kot baru nak terasa.Bila masjid atau surau dirobohkan baru nak membantah2 bagai. Sedar x bape waktu sgt yang kita peruntukkan untuk pergi berjemaah? kalau dibulan Ramadhan tu tarawikh kita bersemangat pergi ke masjid untuk berjemaah, tetapi sedarkah kita bahawa kita mengutamakan amalan sunat dpd wajib? tahukah itu adalah 40 ciri golongan munafik? tahukah golongan munafik ini berada di neraka yang lebih bawah dpd org kafir?? Nauzubillahiminzalik.

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” Al=Baqarah ayat 124

Bila pemimpin itu yang berpakat untuk menempis segala unsur menfitnah nih, Insyaallah apa yang kita panggil sebagai Negara Islam itu dapat diwujudkan. tp bila pemimpin itu yang bersifat zalim, sebab itu Allah banyak memberi amaran kepada mereka yang bergelar pemimpin ini, Allah itu maha mengetahui tentang sesuatu perkara dan sebab itu sesiapa yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah ini sebagai madah kehidupan dia akan terjamin keselamatan dunia akhirat, tp adakah kita aka pemimpin2 kita menggunakan keseluruhan isinya?

Sesungguhnya banyak pemimpin2 yang terdahulu yang Allah dah jadikan peringatan kepadakita untuk kita jauhi daripada contoh kpd kita, cth paling dekat dgn saya nih kalau kat mesir, Firaun..

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini – akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya? “Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya? “(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik – derhaka. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa). Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. Az-Zukhruf ayat 51-56


Dalam konteks kita memimpin, xkisah lah pada organisasi yang besar atau kecil,menjadi amanah kpd kita untuk mengelolai sesuatu organisasi tersebut menjadikan natijah yang baik dan diberkati Allah, pemimpin jugalah yang menjadi contoh kepada pengikutnya untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sebelah kaki kita di Neraka dan sebelah lagi di Syurga, andai kita berjaya menjadi contoh kepada pengikut kita maka ke syurgalah kita,andai sebaliknya, Nauzubillahiminzalik.

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (Bukhari)


Ya Allah. jadikanlah aku sebahagian daripada mereka yang berjaya memimpin dan dipimpin, jgnlah kau jadikan perlantikan ini sebagai satu cabang aku ke nerakaMu tetapi jadikanlah ia jalan Syahidku ke SyurgaMu. Barakallahufik Wassalam.

No comments: