Pages

Wednesday, November 3, 2010

Saat hari2 terakhir hidup kita.

Salam alaik. heh malam nih terasa nk kongsi sikit pe yang terfikir sekarang nih,heh

Pernah x kalian mndgar cerita bagaimana seorg pembunuh yang membunuh 100 org yg akhirnya diampunkan dosanya dan bagaimana seorg yang kuat agamanya akhirnya ditipu dgn syaitan lalu terus masuk ke neraka? cthnye kisah seorg ahli ibadah yang dajar utk meminum arak,berzina atau membunuh lalu dia melakukan ketiga2 perkara tsebut slepas memilih utk meminum arak, cerita2 sebegini mmg membawa bnyk pengajaran,kalau yang arak nih, isi pentingnya nak bgthu bhw Arak itu ialah ibu kejahatan.

الخمر أم الخبائث
1.Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan (Riwayat At Tabarani)

Ok lah kali ni nk cuba amek pengajaran yang lain, kalau kita lihat bagaimana kehidupan ahli ibadah dgn pembunuh ni kedua2 nya ada 2 kehidupan yang berbeza,masing2 kalau kita tgk dari awal2 dgn bahasa kasarnya leh nmpk yang mane ke syurga n ke neraka en? Tp ternyata tindakan mereka pada saat2 terakhir hidup mereka yang merubah kehidupan diorg.

Yang membunuh dan akhirnya bertaubat terus diterima Allah taubatnya, MasyaAllah beruntung bukan? Kalau kita dalam golongan begitu x ke terasa mcm manusia yang paling bertuah? Tapi bukan bermakna kita tak perlu berusaha untuk membuat amal, sesungguhnya jalan ke syurga itu merupakan rahmat Allah. Andai ibadah kita 1000 tahun pun jika tiada Rahmat Allah maka tutuplah pintu syurga bagi mereka.

Manusia ni bukannya malaikat. Yang diciptakan tanpa nafsu. Semua manusia ada nafsu dan diberikan akal untuk mengawal nafsu. Semua tahu kita tak terlepas dpd melakukan dosa. Bukan maksum seperti para Nabi, tetapi jgn kita lupa bahawa jihad nafsu itu merupakan jihad yang paling besar.

Selagi kita hidup nih cariklah rahmat Allah sebanyak2nya, sedarlah kawan2,kita sebenarnya x lame lagi akan ke satu stesen ujian yang terbesar iaitu Ujian Dajjal. Jgn sampai dajjal ini yang menjadikan pengakhiran hidup kita ke neraka, Nauzubillah. Sejarah hidup kita yang lalu jgn dijadikan alasan untuk tidak boleh berubah, semua orang pernah melakukan dosa,sekecil2 dosa hingga sebesar2 dosa. Dosa sesama manusia dan dosa pada Allah, yang dah lepas kita ambil pengajaran dan Allah itu maha pengampun, lihat kembali pada kisah pembunuh tersebut, Insyaallah dgn doa kita yang bersungguh2 Allah terima taubat kita Insyaallah :)

“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari(pembalasan?)kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS.Ghaafir: 7-9).


No comments: