Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
Fenomena meninggalkan solat kadang2 semacam menjadi kebiasaan bagi sesetengah manusia. Tidak dinafikan, kalau di Mesir ini walaupun majoritinya umat Islam tapi masih ada yang tidak mengerjakan solat, termasuklah rakyat Malaysia yang stdy dekat sini, walaupun dekat Al-Azhar. *sedikit info, Tanah yang didiami oleh manusia di negara Mesir hanyalah 5.5% dan daripada 5.5% kawasan yang mempunyai manusia ini 94% daripadanya beragama Islam.
Di bawah ini ada saya selitkan beberapa hadis mengenai solat dan harapannya agar saya dan para pembaca dapat menambah baik lagi solat yang kita lakukan.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang
solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa
yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan
Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat
menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan
keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti
satu bungkusan kain tebal yang buruk
Marilah kita berusaha untuk memperbaharui solat kita, xkn solat kita xnk wat betul2, xnk ke merasa syurga Allah, xnk ke merasa berada di Syurga Firdaus? di hari akhirat nanti pasti ada yang memasuki syurga dan terasa sesal di hati mereka kerana tidak dapat bersama2 berada di Syurga Firdaus, bersesuaian dgn nama lain bagi hari kiamat iaitu hari penyesalan. “ Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan.” ( QS Maryam: 39 ).
Wallahu'alam. moga menjadi pengajaran bagi diri ini dan rakan2 sekalian.
No comments:
Post a Comment