Hari ni nak bkongsi sikit tntg beberapa perkara. heh
Act hari ni ktorg mahasiswa tahun 2 ade sedikit forum yg btajuk ape tah,sy dah lupe,heh forum yang diadakan secara kecil-kecilan ini yang memberi banyak jugak input kpd kita terutamanya as medical student,lagi2 plak student Mesir. Forum ini snanye anjuran Perubatan Pusat yang mahu stdnt2 nih kenal antara satu sama lain,kirenye nk kuatkan lagi ukhwah yang telah terbina. Ok la ni nk cerita sikit ap yang saya dapat dlm program tu.
Tazkirah yang simple tapi penuh makna, hisbah? hisbah nih mcm salah laku la dlm lughah arab. untuk pngetahuan kalau di Mesir ni masa tahun 2009 peratus hisbah sbnyk 5% n tok 2010 dah naik kpd 20%! wow bnyk tuh, kalau dari mata saya sendiri,budaya berdua2an dah mula membuah di kalangan pelajar2 Malaysia nih, maklum la yang datang nih ada jugak yang xsedar2 lagi tujuan sbna dtg sini,maaf la cakap tp mmg ini hasilnya, budaya couple pon, nk ckp sal couple nih pon satu perkara, tp xde la mcm kt msia stkt nih, xjumpe lagi la skng org msia tegedik2 kat sini bduaan bajet cm romantik bagai -___-
Senanye nk ckp pasal salah laku hisbah ni terasa cuak pon ade,kadang2 kita menegur org tetapi x sedar diri bile diri sendiri pon ada buat salah.
Wahai orang-orang yang Beriman! Mengapa kamu katakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. As-Saaf ayat 2-3
Kita sebagai umat Islam menjadi suatu tanggungjawab ke atas bahu kita untuk menegur dan menyebarkan dakwah antara sesama kita, xdpt buat kat org jauh2, kita nasihat kat ahli bait kita pun dah cukup bagus. Untuk menjalankan tanggungjawab berdakwah nih xperlu gune istilah tggu masa. Mungkin ada yang berfikir dia x bersedia nk menympaikan dakwah, n senanye dakwah nih bukan disampaikan dgn care bersyarah dan sbgnya tapi kadang2 tingkah laku kita pun boleh membuat seseorg itu berfikir. Mengembalikan orang Islam yang terpesong ke pangkal jalan lebih afdal daripada mengislamkan 10 orang. *xpasti ayat hadis atau al-quran. asif
Ni satu lagi nak kongsi, teringat masa nak fly dulu,ada org ckp datang mesir jgn nk masuk persatuan itu persatuan ini, kononnya datang stdy aje! mmg btol, mmg tok stdy aje,tp berpersatuan ini pon penting jugak, dalam bahasa lain Study nombor satu tapi jgn letakkan berpersatuan itu di nombor 2.
as mahasiswa kat mesir nih,mmg tanggungjawab kita as student lah nk mnjage kebajikan rakan2 kita yang lain, dari segi keselamatan dan sebagainya, kalau perempuan yang belajar di overseas nih kalau ikut hukum kene ditemani mahramnya tapi disebabkan hujah darurat iaitu kepentingan untuk menuntut ilmu tu,maka jadi tanggungjawab kat kawan2 laki disekitar kawasan pengajian perempuan tu tok mnjage keselamatannya, bukan nk tekel or ape2 -___- so skang nih realiti kat Mesir, mmg student jugak lah yang banyak memikirkan keselamatan pelajar, susah jugak nk nampak pegawai2 kedutaan nih turun padang or wat ape2 yang bkaitan,maybe just kuakan arahan soh sume bhati2, bnyk kes2 dak pompuan kene mcm2 tp pihak kedutaan cm senyap jeh? sedangkan mereka yang berpersatuan ini lah yang banyak memikirkan bagaimana cara untuk menjaga keselamatan rakan2 kita sendiri, mereka yang berpersatuan ini juga mseorang mahasiswa,sama sahaja seperti kita, yang berpersatuan, kalau takde persatuan2 nih?
cuma yang menjadi masalah pulak bila berpersatuan nih yang mana ada ahli2nya yang tidak ke kuliah dgn alasan terlibat dalam mesyuarat2. Satu lagi masalah yang dibangkitkan tadi masa dlm forum, n alhamdulillah ada jawapannya, bagi yang bermesyuarat,kalau di waktu kelas,ambillah yang lebih wajib n fardu ain kepada kita iaitu pergi ke kelas, tapi kalau mesyuarat itu menjadi wajib tok kita,dalam keadaan kalau kita x hadir mesyuarat tu maka program or ape2 natijahnya akan jadi huru hara maka pergilah hadir mesyuarat tersebut,(petikan kitab) asif sbb lupa nama kitab tuh :(
jadi yang berpersatuan nih hadir2kan lah diri anda ke kelas,kelas pon 5 jam je per day, Allah bagi 24 jam,ada baki lagi,guna elok2 masa yang diberi:) Ibnu Rush ada menyebut belajar perubatan ni dapat meningkatkan keimanan kita pada Allah swt. Jadi as medical sdnts gne lah peluang kita belaja medic nih nak tmbh keimanan kita pada Illahi, disamping kita cuba mencedok ilmu agama yang mudah dipelajari di mesir nih.
Ok ini yang last tp bukan dpt mase forum td,tp mase borak kosong, saya ada tanya kawan kuliah saya,dia dah seminggu gak x dtg kuliah sebab terlibat dalam program Kutubb Sittah (program pembacaan hadis selama 4 hari) rakan nih menjadi ajk bahagian disiplin,xsilap ketua kot,n dia ckp dia rase bersyukur sgt sbb kene pegang bahagian disiplin,sbb ape? sbb dia lah yang paling dekat dgn2 sheikh2 yang hadir dalam majlis tu, boleh terasa sebak bila tgk cara hidup diorg yg zuhud, yang paling paling paling paling best skali,program kutub Sittah kali kedua tahun nih dihadiri oleh masyaikh yang ternama seperti Habib 'Ali Al-Jufri (ulama dari Yaman) yang mana dalam badannya mengalir darah daripada keturunan junjungan besar Nabi Muhammad saw, kulitnya juga dikatakan seperti kulit baginda rasulullah saw iaitu putih kemerah-merahan masyaallah,terasa rugi sgt xpergi kutub sittah tu. Tapi kawan saya nih walaupun xdpt pergi ke kelas,tp dia dapat jugak sesuatu yang bermakna selain mndengar bacaan hadis dpd masyaikh2 yang terkenal nih. Moga2 kawan saya nih dapat memback up balik subjek2 yang beliau terlepas nih.
Ok la daripada ponteng pastu x dpt ape -___-
Diakhir program tu ada satu kata2 yang buat saya tertarik,heh nak tau ape? "Senjata seorang pelajar ialah pen dan kertas" oh time tuh ak sedar ak x catit ape2,haha xbwk pensel ngn kertas,amek kne perli,heh
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). At-Taubah 111-112
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). At-Taubah 111-112
No comments:
Post a Comment