Pages

Friday, July 26, 2013

Hebat Melayu


Kota Konstantinopel berjaya ditembusi selepas Allah swt mengilhamkan kepada guru Sultan Muhammad al-Fateh mengenai solusinya. Beliau mendapati dalam mimpinya bahawa Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang Sahabat Rasulullah saw berada di atas bukit dan mengilhamkan kepadanya bahawa kapal perang milik tentera Islam perlu dibawa mengikut jalan darat dan melalui bukit tersebut. Akhirnya tentera al-Fateh berjaya menewaskan tentera Konstantinopel dan taktik ini dianggap sebagai taktik peperangan yang terbaik pernah berlaku.

Ketika perang Arab-Israel, ketika mana tentera Mesir mula buntu bagaimana ingin menembusi kubu Israel, lalu Allah mengilhamkan kepada Syeikh Abdul Halim Mahmud untuk menembusi kubu Bar Lev dengan cara menggunakan air bagi memendapkan kubu tersebut. Akhirnya kubu yang didakwa Israel sebagai kubu terkuat di dunia itu dimusnahkan begitu sahaja oleh tentera Mesir.

Banyak lagi kisah yang menunjukkan bahawa kemenangan Islam itu akan diperoleh melalui para ulama. Allah swt akan mengilhamkan kepada mereka jalan-jalan bagi menemui kejayaan.

Antara keistimewaan rakyat Malaysia khususnya pada hari ini ialah mereka mengkritik para ulama terutamanya ulama gerakan. Mereka mengejar kemenangan dunia dengan berhujahkan dalil-dalil keduniaan yang kini sedang mempengaruhi anak muda.

Hebatnya orang melayu, mereka merasakan kemenangan itu akan diperoleh tanpa bantuan ulama. Hebat hebat.

Monday, July 22, 2013

Dunia

Dalam bab kedua dalam kitab Tazkiyatul anfas, karangan Imam Said Hawa, ada sub topik solat. Sub topik yang pertama.


Solat merupakan salah satu dpd 13 cara untuk kita membersihkan hati. Dalam kitab ini ia lebih menceritakan bagaimana solat (tasawwuf) iaitu secara sesempurna mungkin dari segi rohani dan bukannya pbincangan fekah dapat merawat hati.


Ketika kita mengangkat takbir, seolah-olah tangan yang sdg menggenggam bumi ini dibuka dan dilepaskan segala bumi dan isinya ketika solat dimulakan.


Jelas perbahasan yang panjang ini begitu menekankan bagaimana dunia pada hari ini menjadi darah daging buat kita sehinggakan kita masih bertuhankan dunia di dalam solat #nauzubillah


Sungguh, dunia ini terlalu sukar untuk dilepaskan ketika takbir diangkat. Martabat khusyuk itu adalah nikmat yang perlu digapai dengan hati yang bersih.


"Kalaulah dunia itu mempunyai nilai disisi Allah swt hatta senilai sehelai sayap nyamuk sekalipun, nescaya tidak akan diberi makan dan minum untuk orang kafir" nak cakap dunia ini langsung tiada nilai disisi Allah swt.


"Dunia umpama bangkai. Dan mereka yang mengejarnya umpama anjing yang mengejar bangkai"


Satu demi satu ungkapan yang menceritakan bagaimana sebenarnya Dunia. Hebat sgtkah dunia yang kita dambakan, bernilai sgtkan dunia yang kita mahukan ini?


Pesan murobbi, 


Jika sekiranya kamu merasakan perjuangan Islam yang kamu dokong ini perjuangan yang pendek, (hari ni berjuang, esok menang, hari ini berperang, esok dapat harta ghanimah), Nescaya akan ramai orang yang mengikut kamu wahai Muhammad. Tetapi perjuangan Islam yang digerakkan oleh baginda Saw merupakan yang jauh. Yang sukar! (Tadabbur ayat 42, surah at-Taubah)


Ulama menyimpulkan, ada 5 mehnah dalam perjuangan yang wajib kita lalui.

1) Penjara

2) Dibunuh

3) Dibuang daerah

4) Terlalu jauh

5) Terlalu sukar perjalanan yang bakal ditempuh.


Allah menyoal kita dalam ayat 38 surah at-Taubah.

Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia ini? Belum sempat kita menjawab, Allah terus menekan kita, nilai kenikmatan di Dunia dengan Hari Akhirat tersangatlah sikit manfaatnya.


Kita sudah lari dari matlamat. Dunia yang menjadi R&R tiba-tiba kita ubah menjadi tempat kita bermukim


Dush

Saturday, July 20, 2013

Colek terlebih malas.

Arif, tlg buatkan colek malas.

Potong bawang, udang. Tup tup. 30 minit lg nak berbuka. Tapi kalau ikutkan kne biar sejam dulu utk kembang. 



Colek ni mmg malas sgt. Hasilnya terlalu memalukan utk diupload =.=

P/s: colek malas tu cucur udang. Selamat berbuka


Kehendak.

Sebagai seorang manusia, menjadi sunnatullah untuk kita bergantung harap pada yang maha Pencipta. Apabila kita mula berharap, kita akan berdoa. Dan selepas berdoa akan menatijahkan 2 perkara.


Yang pertama ialah Allah memberi apa yang kita hajatkan. Dan di sini pula terbahagi kepada dua cabang lagi. Allah memberi sebagai apa yang kita minta atau Allah memberi kejutan. Sebagai contoh, kita berdoa untuk berkahwin pada umur 30. Kita berusaha ke arah tersebut, kita merancang, mengumpul wang, Lalu Allah mengkabulkan doa tsebut. dan kita berkahwin pada umur tersebut. Ada juga yang datang dgn bukan kehendak kita. Allah memberi 'suprise' kepada kita. Sbg contoh kita x rancang pun nak kahwin, tiba-tiba mak telefon, suruh kahwin. Dan kita pun balik dan kahwin. Kita berhajat pd bkahwin dan x menyangka kita akan berkahwin pd waktu tsebut. Itulah 'suprise' yg dimaksudkan.


Seterusnya yang disebut sebagai mana' aka penghalang. Ditangguhkan. Apa yang berlaku ialah bertentangan dengan fitrah seorang hamba misalnya. Misalnya kita berhajat untuk mendapat zuriat yang soleh. Tup tup dapat anak yang nakal. Pecah sana sini. Nak dapat anak-anak yang baik. Tup tup asyik-asyik merah merah. Nak beli rumah, tapi kena tipu. Dalam hati terasa sakit. Terasa derita kerana tiada satu pun yang kita pinta dimaqbulkan. Malah yang berlaku merupakan sebaliknya.


Dua natijah ini mengajar kepada manusia bahawa mereka perlu sedar, siapa yang menguasai dan dikuasai. Manusia dikuasai. Hakikatnya setiap jejak langkah kita merupakan perancangan dpd Allah sebaik-baik perancang. Kita dikuasai oleh Allah yang maha Berkuasa.


Beza antara mukmin dan bukan mukmin, apabila kita dapat, kita bersyukur. Apabila kita tidak dapat, kita redha.





Dalam sebuah hadis (tak igt matan, igt mafhum je =.=) kenapa apabila orang kafir berdoa, doa mereka terus dimaqbulkan. Mereka benci pada golongan Islam, lalu mereka berdoa dan umat Islam ditimpa musibah. Sebaliknya apabila kita berdoa, kita merasakan seolah-olah doa kita lambat diterima, tidak diperkenankan.


Apabila manusia berdoa, doa itu akan sampai kepada Malaikat Jibril dan dibawa kepada Allah swt. Apabila seorang mukmin berdoa, Allah memerintahkan kepada Jibril untuk menahan seketika doa tersebut. Allah berfirman bahawa Allah suka akan suara hambaNya. Allah merindui rintihan hambaNya. Maka Allah mahu mendengar lagi rintihan hambaNya.


Berbeza dengan orang kafir. Apabila malaikat Jibril membawa doa orang kafir, Allah berfirman bahawa Allah tidak suka dan benci rintihan mereka. Laksanakanlah apa yang mereka pinta agar mereka tidak merintih lagi kepada Allah.



Allah itu maha Pengampun dan memberi rahmat.


Kita meminta harta yang banyak. Namun Allah menetapkan sebanyak ini sahaja untuk kita. Kerana Allah tahu, yang kita harap bukannya harta, tetapi kebahagiaan.


Kita nampak A. Tetapi Allah tahu keinginan kita sebenarnya apa. Allah mahu menetapkan hati kita sebagai Hamba yang Bersyukur. Siapa tahu kerana nikmat sementara kita akan Kufur.


Maka Allah pelihara kita dengan menangguhkan doa kita.


Sunday, July 14, 2013

Mata

Makhluk lain diciptakan berkali ganda saiznya. Namun matahari masih setia kekal berada pada paksinya. Bumi patuh mengelilingi matahari. Kesemuanya patuh pd yang Maha Pencipta. 


Dikala makhluk di langit dan bumi bertasbih memuji kebesaran Allah, masih ada makhluk yang bersaiz kecil tunduk pada suruhan nafsunya. Itulah manusia.


Sekecil-kecil manusia masih lagi berani mengingkari suruhan Tuhannya. Apa pula kata makhluk di sekeliling kita?


Kalaulah mereka mampu berkata, pastinya hanya cacian yang dihamburkan pada diri ini :(


****

Bila seorang wanita menangis, kebiasaannya mereka akan menangis sambil menutup mulutnya. Berbeza dengan lelaki. Lelaki akan menutup matanya bila mereka sedang menangis. Kalau tak caya cuba try 👍


Apa yang nak disampaikan ialah, tanda kedua dua jantina ini menutup pada anggota yang berbeza ialah kerana dosa seorang perempuan kebanyakannya dtg dari mulut mereka. Lelaki pula datang dari mata mereka.


Dari mata turun ke hati. Kalau pandangan tak dijaga, maka rosak lah hati. Sekiranya al-Quran yang dibaca, kaabah ditenung, wajah ibu bapa ditatap maka hati akan bercahaya.


Dari mata turun ke hati.

Friday, July 12, 2013

Mahkota

Dalam bulan Ramadan ni, kebiasaannya PERUBATAN akan menganjurkan program yg dinamakan IHRAM (Ihya Ramadan) dan diselitkan dalamnya pelbagai program dan aktiviti. Disebabkan pd tahun ni berlaku beberapa peristiwa di Mesir yg menyebabkan kawalan keselamatan perlu ditingkatkan, maka kekerapan program perlu dikurangkan.


Alhamdulillah dpt la jugak AJKP susun program daurah kitab. Antaranya At-Tibyan fi adabul Hamlatul Quran.


Satu hadis yg dibacakan bkenaan kelebihan orang yang membaca dan beramal dengan al-Quran ialah Allah akan memakaikan Mahkota kepada kedua ibu bapanya di akhirat kelak.




Bagi org yg syahid, Allah akan memakaikan mahkota juga kepada mereka di akhirat nnti. Pada mahkota itu dihiasi dengan permata. Dan nilai bagi setiap permata itu lebih baik dpd segala apa yang ada di langit dan bumi ini.


Xtau mahkota tu sama ke tak dengan mahkota dlm hadis d atas ni*


Hebatnya orang yang membaca dan beramal dengan al-Quran. Moga para Hamlatul Quran dpt memberi manfaat kepada ibu bapa mereka sama ada yang masih hidup mahupun yang telah pergi;)


****


Hari ni ada sahabat yang balik Msia. Setiap kali orang balik sebenarnya membuatkan diri ni rasa lemah sgt. Teruji kot >.<


Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini atas jalan agamaMu T.T


First batch


Mamat ni bukannya boleh percaya, entah-entah balik kahwin. Dah la bertunang tak bagitahu.

"La btunang kan kena rahsiakan"


Memang la rahsia, tapi at least cakap la, 'aku dah bertunang'

Kalau mcm tu dah tak merahsiakan la tu.


Bla bla


*2 ahli beit sedang bertekak tntg isu bertunang. Tu la balik senyap-senyap lagi

Donat. Tapi rasa cakoi. Kaya pulak rasa ikan goreng. Apa boleh buat, bujangg :)


Makin hari, makin ramai yang balik. Sekali sekala mesej dengan ayah, mesti ayah tanya "kompem ke tak balik ni?"


Kalau tak dapat jumpa raya ni, insyaallah kita jumpa di Syurga ayah :')


*****

Pernah satu hari, 2 orang sahabat bertemu menemui Rasulullah saw untuk memeluk Islam lalu kedua-dua mereka memeluk Islam pada hari yang sama.

Seorang dpd nya berusaha lebih dalam medan jihad lalu menemui syahid. Seorang sahabat lagi menemui ajal(bukan syahid) setahun selepas itu. 

Thalhah bin Ubaidillah ra bermimpi. Dia menemui kedua-dua lelaki tersebut di hadapan pintu syurga lalu lelaki yang menemui ajal setahun kemudian dimuliakan dgn dimasukkan ke syurga lebih awal dpd sahabatnya yang syahid. Kemudian barulah sahabatnya yang syahid dibenarkan memasuki ke Syurga.

Malaikat berkata kepada Thalhah untuk beredar dulu kerana belum tiba masanya lagi.

Perkara ini memberi 1001 pertanyaan kepada Thalhah, apakah maksud yang cuba disampaikan? Lalu beliau berjumpa dengan Rasulullah saw untuk menanyakan hal ini.

Rasulullah memberi jawapan bahawa orang yang kedua itu menemui bulan Ramadan lalu memanfaatkan bulan tsebut dengan sepenuh-penuhnya. 

****

penting sgt kah untuk menjadi yang pertama ke syurga?

Sedangkan kalau hal dunia pun org berebut-rebut untuk menjadi yang pertama. Sanggup bermalam di pawagam untuk jadi orang yg ptama tgok movie tu. sanggup bermalam untuk jadi yang ptama beli iphone.

Batch yang pertama ke Syurga wajah mereka berseri-seri seperti bulan purnama. Batch yang seterusnya bercahaya seperti bintang yang berkerlipan.

Manfaatkan Ramadan yuk :)



Wednesday, July 10, 2013

Fitrah

Alhamdulillah peperiksaan berakhir sudah. Seperti insan yang lain apa yang diharapkan adalah kejayaan. Kalau sebelum sesi kuliah bermula, saya meletakkan target untuk Mumtaz. Masuk Winter, harap Jayyid Jiddan jelah. Sehari sebelum exam, harap lulus jelah T.T


Antara perkara yang agak kekok dilakukan sebelum menjelangnya 1 Ramadan ialah membeli barang keperluan bayi. Pg usha dkt pampers, ada jenis-jenis dia. Pg dkt bedak, ada pulak jenis kulit, pegi dkt baju, ada plak mcm-mcm size. Segan pun ada jugak bila makcik-makcik kt situ pandang pelik =.=



Salah cara pegang baby ni. Jgn tiru


Lepas ziarah, baru perasan yang baju baby yg baru dibeli ni besa gedabak. Tahun dpn la baru ammu nampak 'ulya pakai baju ni T.T


Moga Ramadan kali ini dapat membersihkan dosa kita sepertimana sucinya seorang bayi yang baru dilahirkan.


12 bulan umpama 12 orang anak Nabi Yaakub. 11 dpd mereka melakukan pelbagai kerosakan. Kerana doa seorang dpd mereka (Nabi Yusuf) akhirnya kesemua mereka diampunkan. Begitu juga dengan Ramadan.


*****


Tragedi Subuh. Ketika solat subuh di hadapan bangunan Hirs Jumhuriyah mereka telah ditembak oleh askar. Angka yg syahid mencecah 70 orang. Antara yang syahid ialah sekujur tubuh yang mulia berbaju biru. Dialah murobbi kami. Profesor Biochemistry kuliah kami.


Wahai Azhariyyun, persiapkan diri. Satu masa nanti, anak-anak murid ini akan mengikut jejak langkah guru mereka.


Al-Fatihah

Sunday, July 7, 2013

An-Nasr

Apabila kita menumpukan Putrajaya melebihi kemenangan Islam, apabila kita mempertaruhkan yang haram bagi merealisasikan kemenangan sementara sedangkan kita sebenarnya tiada beza dengan rejim yang sebelumnya.

“Syed Qutb menulis kitab tafsir-nya “في ظلال القرآن” ketika beliau di dalam penjara. Dlm satu petikan beliau menafsirkan kisah “Ashabul Ukhdud” yg terdapat di dalam surah al Buruj, tetapi tafsiran itu dibuang dalam cetakan kitab tafsir-nya.

Syed Qutb kemudian memindahkan tafsiran surah al Buruj itu di dalam kitab terakhir beliau “معالم في الطريق”, dalam bab terakhir kitab itu “هذا هو الطريق”.

Inilah kesimpulan yang terakhir dalam kitabnya;

“Sekiranya kita menilai usaha ghulam (budak) itu, rahib yang beriman, menteri yang beriman dan orang-orang beriman telah mati dibunuh oleh rejim tirani. Penilaian dunia melihat mereka telah KALAH. Tetapi penilaian akhirat sebenarnya adalah kemenangan iman ke atas kekufuran.”

“Kemenangan yang al Quran terapkan kpd umat Islam adalah kemenangan Iman ke atas toghut. kemenangan iman tidak semestinya diraih ketika di dunia, apa yg penting kita kekal dengan prinsip Iman walaupun harapan menunggu selepas itu adalah maut.”

Syed Qutb menulis hal ini dalam kitabnya, kemudian dia dihukum gantung oleh kerajaan Mesir pada zaman pemerintahan Anwar Sadat.”

Abnaul Harakah mesti memahami kenapa kita terlibat dalam gerakan Islam. Ada yang mengatakan ahli gerakan ini jumud. Sempit. Soalnya apakah yang dimaksudkan dengan jumud dan sempit? Sekiranya kerana kita membuat keputusan berdasarkan dalil al-Quran, atau sekiranya tindakan kita berdasarkan usul 20 itu kita digelar jumud, maka terpulanglah gelaran apa sekalipun. Sekiranya itu dinamakan jumud, maka aku lebih sanggup menjadi jumud berbanding bertopengkan sosialis dsb.


4 hari Dr Morsi digulingkan. 4 hari ini sudah banyak topeng-topeng yang tercabut dpd wajah setiap pemerintah. Takdir Allah untuk membersihkan kerajaan Mesir mungkin? ;)

7 Julai. Kertas terakhir. Bismillah


Saturday, July 6, 2013

3 hari selepas

Masih terbayang lagi ketika saat pengumuman oleh Majlis Tentera bkenaan pggantungan Plembagaan dan Peralihan kuasa Presiden. Ketika itu sebahagian rakyat Mesir (yang tolol) bersorak gembira, terpekik melolong, menjerit sana sini, bertempik seolah-olah merayakan jatuhnya pemerintah yang zalim. Ketika ini terbayang begini rupanya saat umat Islam menyambut kejatuhan Khilafah Uthmaniyah suatu masa dahulu.


Mereka dengan terang menyatakan penentangan terhadap negara Islam walaupun mereka bertudung. Walaupun Islam, mereka lebih mengagungkan sekular dan liberal. Lantas ini cukup membuktikan Bangsa tidak menjamin kedudukan Islam itu. Bangsa Arab, Melayu sama sahaja. Bezanya siapa yang nak bawa Islam?


Seorang lelaki ditembak hari ini. Dhoror apa kah ini?

Di pihak pro Morsi pula, sejurus pengumuman dibuat, ada yang terus menjerit, menangis. Kalau media Ikhwan dan Pro Morsi bergerak aktif, sejurus pengumuman dibuat semuanya terhenti. Terdiam. Semua tertanya-tanya, apa yang jadi dekat Medan Rabaah? Di Cairo University? Luluh hati. Hancur perasaan. Itulah yang dialami oleh seluruh rakyat Mesir yang mengharapkan kepimpinan Presiden Morsi terus terbina kukuh.

Setahun pemerintahan Morsi. Terasa pergi bagai mimpi. Kalau ukhuwwah Islamiyah itu terasa hangat sesama muslim walaupun berlainan bangsa. Kini kehangatan semakin mendingin. Nak sebut islam menjadi sukar. Janggut susah nak dibela. Apa lagi?

Sedikit demi sedikit, mereka memulihkan semangat, kemudian menyambung gerak kerja untuk menyebarkan apa yang berlaku sebenarnya di Mesir. Mereka mengatur langkah untuk memastikan Majlis Tentera mengembalikan Presiden Morsi yang sah.

Kalaupun 1000 nyawa dipertaruhkan, leher mereka menjadi taruhan, darah mereka sebagai nilai taruhan, mereka sanggup gadaikan ia asalkan Morsi kembali menjadi Presiden.


Antara kesilapan seorang penuntut ilmu ialah terlalu bergantung (Taksub?) kepada seorang guru sehingga meletakkan kepercayaan kepada gurunya terhadap perkara yang bukan bidangnya.

Sbg contoh, dalam bidang medic, kalau sakit jantung, kita akan refer Cardiologist. Kalau perlu untuk dibedah, kita akan rujuk Cardiothoraxic surgeon. Cardiologist tak boleh nak membedah kerana itu bukan bidang dia. Begitu juga sebaliknya.

Tak dinafikan, di Mesir kita ada ramai ulama yang mahir dalam bidang hadis, bidang fekah, akhlak, sufi dan sebagainya. Tiada masalah kalau kita ada permasalahan bidang hadis misalnya, kita rujuk para masyaikh yang alim dlm bidang tersebut. Malah wajib untuk kita merujuk. Bukan main analisis sendiri.

Menjadi masalah apabila kesemua perkara kita nak rujuk mereka. Siasah. Politik. Haraki. Kenapa perlu ditanya dan dirujuk kepada mereka sedangkan mereka bukan ahlinya.


Sheikh Hazim Solah Abu Ismail ditangkap. Begitu juga tokoh gerakan yang lain. Sejurusnya Presiden Morsi digulingkan terus ditangkap para pencinta jalan ar-Rasul

Ahli politik ditangkap. Ahli gerakan diburu. Siapa sebenarnya yang terlibat dan siapa yang tidak terlibat? Lantas kita terus pertahankan hujah para guru yang bukan ahlinya. Saya bukan nak menghina atau merendahkan para masyaikh. Tidak. Akan tetapi nilailah diri kita sendiri. Saya bimbang ada antara kita yang bercakap tentang soal keadilan, tetapi tidak adil dalam mencari ilmu. menjadi bisu bila saudara kita diuji sedemikian rupa.

Ada yang berkata, Sheikh Azhar memilih dhoror yang kecil iaitu peralihan kuasa Presiden berbanding Dhoror yang lebih besar iaitu darah umat Islam. Lalu lebih baik Pilihanraya Presiden diawalkan dpd lebih ramai nyawa umat Islam terbunuh.

Itu merupakan ijtihad asy-Syeikh dan pastinya beliau lebih mengetahui apa sebenarnya kehendak semasa. 

Saya bpendapat, untuk kita melaksanakan Islam, apa yang menjamin gerak kerja Islam ialah apabila Islam berjaya memegang tampuk pemerintahan. Lantas kita bebas menyebarkan risalah Islam. Bebas berbicara soal jihad, mengamalkan sunnah Baginda saw.

Apabila Dr Morsi memerintah, beliau terus membela nyawa saudara mara di Gaza, di Syria. Ucapannya menggerunkan Israel dan Barat lantas membantutkan gerakan untuk menyembelih terus umat Islam.

Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan Syeikh Azhar kerana terlibat dalam perbincangan. Biarlah dalam perbincangan tersebut asy-Syeikh bersetuju ataupun tidak. Sepatutnya saya merasakan beliau tidak patut berada dalam perbincangan yang sememangnya sudah terancang untuk menggulingkan Dr Morsi seperti wakil parti FJP yang menolak untuk berada dalam perbincangan tersebut kerana tidak menjemput Presiden Dr Morsi.

الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله

Kebenaran tidak terletak pada seseorang. Sebaliknya kenali kebenaran terlebih dahulu, baru kita kenali siapa yang benar.

Kezaliman merupakan kegelapan di dalam neraka. Celaka ke atas mereka terlibat menjatuhkan kerajaan Mursi. Tidak kiralah siapa pun anda.

Kita sudah cukup mumayyiz untuk membezakan antara Haq dan Batil. Apakah menjatuhkan insan yang komited dengan gerak kerja Islam, insan yang mengembalikan al-Azhar pada tempatnya, insan yang melaksanakan dasar Syariah Islam, insan yang menyatakan dengan jelas tidak akan berpandukan sekular, liberal dsb, adakah jatuh insan ini merupakan dhoror yang kecil?

Saya juga tidak bersetuju sekiranya kata-kata kesat terus dihambur pada asy-Syeikh dalam keadaan beliau seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dan terlalu banyak jasanya dalam institusi al-Azhar.

Benar. Al-Azhar perlu bersikap neutral dlm segala hal. Al-Azhar dijemput untuk terlibat sama dalam perbincangan. Dan bharap keputusan yang dibuat ini menatijahkan pkara yg baik. Kalaupun bukan sekarang, insyaallah kesannya pada masa depan.


Rakyat Mesir terus bermunajat, qiamullail setiap hari agar Dr Morsi dikembalikan pd posisinya.

Sekiranya setahun yang lepas, sempat saya merasai bagaimana berada di bawah pemerintahan Islam. Kita bebas mencari ilmu. Mendengar ceramah Haraki. Bebas ke kedai buku Ikhwan. Sekarang?

. Pun begitu alhamdulillah ramai ulama al-Azhar yang turun sama berkumpul sehingga Dr Morsi kembali memegang kerusi Presiden. (Ulama bukan hanya pada jubah. Ulama dan Syeikhul Azhar ialah berbeza)


A) isu yang melibatkan pendirian syeikh al-azhar, bukanlah isu yang perlu difokuskan. ia sensitif memandangkan kita berteduh di bawah bumbung ilmu al-azhar. fokus kita adalah menyatakan sokongan dan memberikan sumbangan kepada yang hak iaitu pimpinan di bawah Dr Mursi.

B) sifat ifrat dan tafrit dalam isu syeikh al-azhar hanya melarikan fokus dan merugikan masa. mereka yang beriya-iya mempertahankan sayugia bersama dengan gerakan islam. Islam tidak atas dasar teori akan tetapi ditegakkan dengan realiti, inilah yang dipanggil haraki.

C) manakala mereka yang terlalu 'menghentam' syeikh al-azhar, jangan dilupa bahawa perjuangan islam memiliki akhlak yang terpuji. jangan dek kerana emosi, kita merosakkan kemurniaan perjuangan islam ekoran hentaman yang dilontarkan.




Hari ini lebih ramai yang dibunuh. Lebih ramai yang sudah ke syurga. Mereka bersama al-Banna dan Syed Qutb. Jom susuli mereka!

Lantas nyawa mereka yang memperjuangkan agama Allah terus diangkat ke syurga. Jadi soalan. Siapa sebenarnya yang mengikut jalan ar-Rasul? Jalan Nabi?

Para anbiya ditekan. Diseksa hingga dibunuh. Ada yang dibelah kepala mereka. Para Sahabat ada yang dipanggang hidup-hidup. Tapi hakikatnya itulah perjuangan. Itulah sunnatullah. Itulah jalan kebenaran.

Masakan tidak pernah diuji, tidak pernah ditekan boleh terus aman 'berdakwah' ?

Rasulullah saw mengumpulkan sahabat di rumah abi al-arqam. Berusrah. Selepas itu mereka turun ke medan. Sekiranya mereka terus berusrah tanpa turun ke medan, adakah Islam akan tersebar?

"Kita subuk berbicara bagaimana rambut Nabi, Nabi suka makan apa, sosok tubuh Nabi bagaimana, tapi malas nak berbicara soal perjuangan. Diakhirat nanti Nabi tak tanya bagaimana sosok tubuh baginda. Nabi tak tanya "Rambut aku macam mana?" Soalnya apa gerak kerja Islam yang telah kita buat?"

Ramadan yang kian tiba moga menjadi tanda kemenangan buat umat Islam di Mesir seperti mana Allah memberi kemenangan dalam perang Badar.

Caturan Allah itu yang terbaik. Sekarang kita tahu siapa menjadi gunting dalam lipatan. Siapa yang bersorak mahukan Islam dihina sedemikian rupa.

Tulisan ini bukanlah untuk menuding jari menyalahkan sesiapa. Ia sekadar pendapat diri seorang yang penuh duri dosa dicelahan jarinya. Kalau ada yang baca dan terasa mohon maaf ye. Dan boleh tegur diruangan komen.

Pesan Sheikh Ahmad Badie sebentar tadi di Medan Rabaah sejurus beliau dilepaskan dpd tahanan "Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bersama kami, teruskan berdoa!"

Wednesday, July 3, 2013

Jatuh.

Kain kafan sebagai simbolik penyokong Morsi untuk bsedia menjadi syahid


3/7/2013. titik hitam buat Demokrasi di Mesir. Puak sekular mengangkat sistem Demokrasi kononnya ia adil buat sesebuah kerajaan. Tapi apabila Islamist yang memenangi hati rakyat melalui demokrasi lantas mereka mengkhianati demokrasi dengan perancangan yang sangat jijik dan jahat.


Lepas solat Isya di masjid, tiba-tiba arab disekeliling ni bersorak. Membunyikan hon tanda kegembiraan. Dalam hati berdebar-debar. Apa petanda semua ini? 


Rupa-rupanya Presiden Morsi digulingkan oleh Majlis Tentera. Perlembagaan digantung. Pilihanraya akan diawalkan.




Ketika awan mendung berkepul-kepul dilangit, kaum Bani Israel bersorak kerana sangkakan hujan yang akan turun. Siapa tahu rupanya ribut yang datang hingga menjahanamkan mereka.


Arab mesir bersorak apabila Morsi dijatuhkan. Mereka dibutakan dengan nilai material pembangkang akhirnya membawa bencana kepada negara.


Dulu presidennya menginap di rumah sewa. Akan datang presidennya suka mendiami Istana. Dulu presidennya suka menajmu selera di rumah sewa. Akan datang presidennya suka bermewah di restoran yang mahal. Dulu presidennya melangkah kaki ke masjid untuk solat subuh. Akan datang presidennya kaki betina.


Buat Morsi, moga Allah pelihara anda dan IM. Buat rakyat Malaysia, sila berhati-hati. Kita tak tahu apa yang bakal menimpa kita selepas ini.


HasbunaAllahu wa n3malwakeel



Ujian.

Puak Tamarrud masih dengan kedegilan mereka. Kerana kuasa, mereka rakus menggunakan nama rakyat. Kononnya demi keadilan dan masa depan rakyat.


Kadang-kadang rasa nak bertekak mulut je dgn golongan mcm ni. Tapi bila kumpulan Tajarrud pun meraikan mereka, (kalau kita belasah diorg, jd sama jela kita dengan diorg. Takde beza)




Malam ni Dr Morsi sekali lagi berucap. Dengan nada tegas beliau memastikan akan terus memelihara perlembagaan. Biarpun dengan darahnya sekali pun.


Imam Hassan al-Banna ditembak.

Syed Qutb juga dibunuh. Asy-Syahid digantung.


Sebahagian rakyat Turki berkata "Kami tidak akan membiarkan perkara yang sama menimpa ke atas Presiden Morsi."


40 tahun bergelumang dengan kerakusan pemerintah. Korupsi yang berleluasa.


Akhirnya presiden kesayangan ini diuji dari segenap penjuru. Russia, USA, Israel, hatta KDN Mesir, Tentera apatah lagi rakyat sendiri juga menentang dia. Dari segenap penjuru makhluk ciptaan Allah cuba menjatuhkan dirinya.


"Ketika Nabi Musa bersama pengikutnya terkepung, di hadapan mereka laut sedangkan di belakang mereka segerombolan tentera Firaun, lalu mereka berkata kepada Musa, 'Sesungguhnya kita sudah terperangkap'.


Hasil tarbiyah dan didikan yang telah Allah berikan kepadanya, Musa menjawab 'Tidak. Sesungguhnya Allah bersama aku dan Dia akan membantu aku'


Lalu Allah mewahyukan kepada Musa untuk memukul laut tersebut dengan tongkatnya lalu terbelah lautan yang didakwa milik Firaun itu."


Sikap kaum bani Israel memang agaknya terpalit pada sebahagian rakyat Mesir. Lalu lahirlah golongan Firaun dan mereka yang terlalu baik seperti Nabi Musa.


Penyokong Morsi sebentar tadi berikrar untuk terus berhimpun sehingga mereka mencapai kemenangan ataupun syahid di medan.


Moga Ramadan yg bakal menyapa ini memberikan khabar gembira buat Morsi dan pendokong Islam.


****

Bergerak untuk mencapai kemenangan. Namun igt, jalannya sangat panjang dan jauh.



Monday, July 1, 2013

Setahun

Sanah helwah ya rais :) Kullu 'am wan anta bikhoir :D


Rakyat menyambut setahun Dr Morsi memerintah di depan rumah thehehe


Setahun pemerintahan Dr Morsi. Doakan agar beliau terus thabat dan segala perancangan musuh digagalkan serta merta.


"Golongan Fundamentalis, mereka lah yang akan membangunkan pembangunan rohani, pmbentukan dari dalam diri, membangunkan 'solah' sedangkan dunia sedang dimomokkan untuk mengangkat golongan modenis. Golongan yang hanya mengambil nilai Islam tanpa keinginan utk mengamalkannya. Konspirasi yang penuh licik" 


****

Exam wo exam weh T.T