Pages

Friday, July 26, 2013

Hebat Melayu


Kota Konstantinopel berjaya ditembusi selepas Allah swt mengilhamkan kepada guru Sultan Muhammad al-Fateh mengenai solusinya. Beliau mendapati dalam mimpinya bahawa Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang Sahabat Rasulullah saw berada di atas bukit dan mengilhamkan kepadanya bahawa kapal perang milik tentera Islam perlu dibawa mengikut jalan darat dan melalui bukit tersebut. Akhirnya tentera al-Fateh berjaya menewaskan tentera Konstantinopel dan taktik ini dianggap sebagai taktik peperangan yang terbaik pernah berlaku.

Ketika perang Arab-Israel, ketika mana tentera Mesir mula buntu bagaimana ingin menembusi kubu Israel, lalu Allah mengilhamkan kepada Syeikh Abdul Halim Mahmud untuk menembusi kubu Bar Lev dengan cara menggunakan air bagi memendapkan kubu tersebut. Akhirnya kubu yang didakwa Israel sebagai kubu terkuat di dunia itu dimusnahkan begitu sahaja oleh tentera Mesir.

Banyak lagi kisah yang menunjukkan bahawa kemenangan Islam itu akan diperoleh melalui para ulama. Allah swt akan mengilhamkan kepada mereka jalan-jalan bagi menemui kejayaan.

Antara keistimewaan rakyat Malaysia khususnya pada hari ini ialah mereka mengkritik para ulama terutamanya ulama gerakan. Mereka mengejar kemenangan dunia dengan berhujahkan dalil-dalil keduniaan yang kini sedang mempengaruhi anak muda.

Hebatnya orang melayu, mereka merasakan kemenangan itu akan diperoleh tanpa bantuan ulama. Hebat hebat.

No comments: