Yang pertama ialah Allah memberi apa yang kita hajatkan. Dan di sini pula terbahagi kepada dua cabang lagi. Allah memberi sebagai apa yang kita minta atau Allah memberi kejutan. Sebagai contoh, kita berdoa untuk berkahwin pada umur 30. Kita berusaha ke arah tersebut, kita merancang, mengumpul wang, Lalu Allah mengkabulkan doa tsebut. dan kita berkahwin pada umur tersebut. Ada juga yang datang dgn bukan kehendak kita. Allah memberi 'suprise' kepada kita. Sbg contoh kita x rancang pun nak kahwin, tiba-tiba mak telefon, suruh kahwin. Dan kita pun balik dan kahwin. Kita berhajat pd bkahwin dan x menyangka kita akan berkahwin pd waktu tsebut. Itulah 'suprise' yg dimaksudkan.
Seterusnya yang disebut sebagai mana' aka penghalang. Ditangguhkan. Apa yang berlaku ialah bertentangan dengan fitrah seorang hamba misalnya. Misalnya kita berhajat untuk mendapat zuriat yang soleh. Tup tup dapat anak yang nakal. Pecah sana sini. Nak dapat anak-anak yang baik. Tup tup asyik-asyik merah merah. Nak beli rumah, tapi kena tipu. Dalam hati terasa sakit. Terasa derita kerana tiada satu pun yang kita pinta dimaqbulkan. Malah yang berlaku merupakan sebaliknya.
Dua natijah ini mengajar kepada manusia bahawa mereka perlu sedar, siapa yang menguasai dan dikuasai. Manusia dikuasai. Hakikatnya setiap jejak langkah kita merupakan perancangan dpd Allah sebaik-baik perancang. Kita dikuasai oleh Allah yang maha Berkuasa.
Beza antara mukmin dan bukan mukmin, apabila kita dapat, kita bersyukur. Apabila kita tidak dapat, kita redha.
Dalam sebuah hadis (tak igt matan, igt mafhum je =.=) kenapa apabila orang kafir berdoa, doa mereka terus dimaqbulkan. Mereka benci pada golongan Islam, lalu mereka berdoa dan umat Islam ditimpa musibah. Sebaliknya apabila kita berdoa, kita merasakan seolah-olah doa kita lambat diterima, tidak diperkenankan.
Apabila manusia berdoa, doa itu akan sampai kepada Malaikat Jibril dan dibawa kepada Allah swt. Apabila seorang mukmin berdoa, Allah memerintahkan kepada Jibril untuk menahan seketika doa tersebut. Allah berfirman bahawa Allah suka akan suara hambaNya. Allah merindui rintihan hambaNya. Maka Allah mahu mendengar lagi rintihan hambaNya.
Berbeza dengan orang kafir. Apabila malaikat Jibril membawa doa orang kafir, Allah berfirman bahawa Allah tidak suka dan benci rintihan mereka. Laksanakanlah apa yang mereka pinta agar mereka tidak merintih lagi kepada Allah.
Allah itu maha Pengampun dan memberi rahmat.
Kita meminta harta yang banyak. Namun Allah menetapkan sebanyak ini sahaja untuk kita. Kerana Allah tahu, yang kita harap bukannya harta, tetapi kebahagiaan.
Kita nampak A. Tetapi Allah tahu keinginan kita sebenarnya apa. Allah mahu menetapkan hati kita sebagai Hamba yang Bersyukur. Siapa tahu kerana nikmat sementara kita akan Kufur.
Maka Allah pelihara kita dengan menangguhkan doa kita.
No comments:
Post a Comment