Masih terbayang lagi ketika saat pengumuman oleh Majlis Tentera bkenaan pggantungan Plembagaan dan Peralihan kuasa Presiden. Ketika itu sebahagian rakyat Mesir (yang tolol) bersorak gembira, terpekik melolong, menjerit sana sini, bertempik seolah-olah merayakan jatuhnya pemerintah yang zalim. Ketika ini terbayang begini rupanya saat umat Islam menyambut kejatuhan Khilafah Uthmaniyah suatu masa dahulu.
Mereka dengan terang menyatakan penentangan terhadap negara Islam walaupun mereka bertudung. Walaupun Islam, mereka lebih mengagungkan sekular dan liberal. Lantas ini cukup membuktikan Bangsa tidak menjamin kedudukan Islam itu. Bangsa Arab, Melayu sama sahaja. Bezanya siapa yang nak bawa Islam?
Seorang lelaki ditembak hari ini. Dhoror apa kah ini?
Di pihak pro Morsi pula, sejurus pengumuman dibuat, ada yang terus menjerit, menangis. Kalau media Ikhwan dan Pro Morsi bergerak aktif, sejurus pengumuman dibuat semuanya terhenti. Terdiam. Semua tertanya-tanya, apa yang jadi dekat Medan Rabaah? Di Cairo University? Luluh hati. Hancur perasaan. Itulah yang dialami oleh seluruh rakyat Mesir yang mengharapkan kepimpinan Presiden Morsi terus terbina kukuh.
Setahun pemerintahan Morsi. Terasa pergi bagai mimpi. Kalau ukhuwwah Islamiyah itu terasa hangat sesama muslim walaupun berlainan bangsa. Kini kehangatan semakin mendingin. Nak sebut islam menjadi sukar. Janggut susah nak dibela. Apa lagi?
Sedikit demi sedikit, mereka memulihkan semangat, kemudian menyambung gerak kerja untuk menyebarkan apa yang berlaku sebenarnya di Mesir. Mereka mengatur langkah untuk memastikan Majlis Tentera mengembalikan Presiden Morsi yang sah.
Kalaupun 1000 nyawa dipertaruhkan, leher mereka menjadi taruhan, darah mereka sebagai nilai taruhan, mereka sanggup gadaikan ia asalkan Morsi kembali menjadi Presiden.
Antara kesilapan seorang penuntut ilmu ialah terlalu bergantung (Taksub?) kepada seorang guru sehingga meletakkan kepercayaan kepada gurunya terhadap perkara yang bukan bidangnya.
Sbg contoh, dalam bidang medic, kalau sakit jantung, kita akan refer Cardiologist. Kalau perlu untuk dibedah, kita akan rujuk Cardiothoraxic surgeon. Cardiologist tak boleh nak membedah kerana itu bukan bidang dia. Begitu juga sebaliknya.
Tak dinafikan, di Mesir kita ada ramai ulama yang mahir dalam bidang hadis, bidang fekah, akhlak, sufi dan sebagainya. Tiada masalah kalau kita ada permasalahan bidang hadis misalnya, kita rujuk para masyaikh yang alim dlm bidang tersebut. Malah wajib untuk kita merujuk. Bukan main analisis sendiri.
Menjadi masalah apabila kesemua perkara kita nak rujuk mereka. Siasah. Politik. Haraki. Kenapa perlu ditanya dan dirujuk kepada mereka sedangkan mereka bukan ahlinya.
Sheikh Hazim Solah Abu Ismail ditangkap. Begitu juga tokoh gerakan yang lain. Sejurusnya Presiden Morsi digulingkan terus ditangkap para pencinta jalan ar-Rasul
Ahli politik ditangkap. Ahli gerakan diburu. Siapa sebenarnya yang terlibat dan siapa yang tidak terlibat? Lantas kita terus pertahankan hujah para guru yang bukan ahlinya. Saya bukan nak menghina atau merendahkan para masyaikh. Tidak. Akan tetapi nilailah diri kita sendiri. Saya bimbang ada antara kita yang bercakap tentang soal keadilan, tetapi tidak adil dalam mencari ilmu. menjadi bisu bila saudara kita diuji sedemikian rupa.
Ada yang berkata, Sheikh Azhar memilih dhoror yang kecil iaitu peralihan kuasa Presiden berbanding Dhoror yang lebih besar iaitu darah umat Islam. Lalu lebih baik Pilihanraya Presiden diawalkan dpd lebih ramai nyawa umat Islam terbunuh.
Itu merupakan ijtihad asy-Syeikh dan pastinya beliau lebih mengetahui apa sebenarnya kehendak semasa.
Saya bpendapat, untuk kita melaksanakan Islam, apa yang menjamin gerak kerja Islam ialah apabila Islam berjaya memegang tampuk pemerintahan. Lantas kita bebas menyebarkan risalah Islam. Bebas berbicara soal jihad, mengamalkan sunnah Baginda saw.
Apabila Dr Morsi memerintah, beliau terus membela nyawa saudara mara di Gaza, di Syria. Ucapannya menggerunkan Israel dan Barat lantas membantutkan gerakan untuk menyembelih terus umat Islam.
Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan Syeikh Azhar kerana terlibat dalam perbincangan. Biarlah dalam perbincangan tersebut asy-Syeikh bersetuju ataupun tidak. Sepatutnya saya merasakan beliau tidak patut berada dalam perbincangan yang sememangnya sudah terancang untuk menggulingkan Dr Morsi seperti wakil parti FJP yang menolak untuk berada dalam perbincangan tersebut kerana tidak menjemput Presiden Dr Morsi.
الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله
Kebenaran tidak terletak pada seseorang. Sebaliknya kenali kebenaran terlebih dahulu, baru kita kenali siapa yang benar.
Kezaliman merupakan kegelapan di dalam neraka. Celaka ke atas mereka terlibat menjatuhkan kerajaan Mursi. Tidak kiralah siapa pun anda.
Kita sudah cukup mumayyiz untuk membezakan antara Haq dan Batil. Apakah menjatuhkan insan yang komited dengan gerak kerja Islam, insan yang mengembalikan al-Azhar pada tempatnya, insan yang melaksanakan dasar Syariah Islam, insan yang menyatakan dengan jelas tidak akan berpandukan sekular, liberal dsb, adakah jatuh insan ini merupakan dhoror yang kecil?
Saya juga tidak bersetuju sekiranya kata-kata kesat terus dihambur pada asy-Syeikh dalam keadaan beliau seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dan terlalu banyak jasanya dalam institusi al-Azhar.
Benar. Al-Azhar perlu bersikap neutral dlm segala hal. Al-Azhar dijemput untuk terlibat sama dalam perbincangan. Dan bharap keputusan yang dibuat ini menatijahkan pkara yg baik. Kalaupun bukan sekarang, insyaallah kesannya pada masa depan.
Rakyat Mesir terus bermunajat, qiamullail setiap hari agar Dr Morsi dikembalikan pd posisinya.
Sekiranya setahun yang lepas, sempat saya merasai bagaimana berada di bawah pemerintahan Islam. Kita bebas mencari ilmu. Mendengar ceramah Haraki. Bebas ke kedai buku Ikhwan. Sekarang?
. Pun begitu alhamdulillah ramai ulama al-Azhar yang turun sama berkumpul sehingga Dr Morsi kembali memegang kerusi Presiden. (Ulama bukan hanya pada jubah. Ulama dan Syeikhul Azhar ialah berbeza)
A) isu yang melibatkan pendirian syeikh al-azhar, bukanlah isu yang perlu difokuskan. ia sensitif memandangkan kita berteduh di bawah bumbung ilmu al-azhar. fokus kita adalah menyatakan sokongan dan memberikan sumbangan kepada yang hak iaitu pimpinan di bawah Dr Mursi.
B) sifat ifrat dan tafrit dalam isu syeikh al-azhar hanya melarikan fokus dan merugikan masa. mereka yang beriya-iya mempertahankan sayugia bersama dengan gerakan islam. Islam tidak atas dasar teori akan tetapi ditegakkan dengan realiti, inilah yang dipanggil haraki.
C) manakala mereka yang terlalu 'menghentam' syeikh al-azhar, jangan dilupa bahawa perjuangan islam memiliki akhlak yang terpuji. jangan dek kerana emosi, kita merosakkan kemurniaan perjuangan islam ekoran hentaman yang dilontarkan.
Hari ini lebih ramai yang dibunuh. Lebih ramai yang sudah ke syurga. Mereka bersama al-Banna dan Syed Qutb. Jom susuli mereka!
Lantas nyawa mereka yang memperjuangkan agama Allah terus diangkat ke syurga. Jadi soalan. Siapa sebenarnya yang mengikut jalan ar-Rasul? Jalan Nabi?
Para anbiya ditekan. Diseksa hingga dibunuh. Ada yang dibelah kepala mereka. Para Sahabat ada yang dipanggang hidup-hidup. Tapi hakikatnya itulah perjuangan. Itulah sunnatullah. Itulah jalan kebenaran.
Masakan tidak pernah diuji, tidak pernah ditekan boleh terus aman 'berdakwah' ?
Rasulullah saw mengumpulkan sahabat di rumah abi al-arqam. Berusrah. Selepas itu mereka turun ke medan. Sekiranya mereka terus berusrah tanpa turun ke medan, adakah Islam akan tersebar?
"Kita subuk berbicara bagaimana rambut Nabi, Nabi suka makan apa, sosok tubuh Nabi bagaimana, tapi malas nak berbicara soal perjuangan. Diakhirat nanti Nabi tak tanya bagaimana sosok tubuh baginda. Nabi tak tanya "Rambut aku macam mana?" Soalnya apa gerak kerja Islam yang telah kita buat?"
Ramadan yang kian tiba moga menjadi tanda kemenangan buat umat Islam di Mesir seperti mana Allah memberi kemenangan dalam perang Badar.
Caturan Allah itu yang terbaik. Sekarang kita tahu siapa menjadi gunting dalam lipatan. Siapa yang bersorak mahukan Islam dihina sedemikian rupa.
Tulisan ini bukanlah untuk menuding jari menyalahkan sesiapa. Ia sekadar pendapat diri seorang yang penuh duri dosa dicelahan jarinya. Kalau ada yang baca dan terasa mohon maaf ye. Dan boleh tegur diruangan komen.
Pesan Sheikh Ahmad Badie sebentar tadi di Medan Rabaah sejurus beliau dilepaskan dpd tahanan "Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bersama kami, teruskan berdoa!"
No comments:
Post a Comment