Pages

Sunday, February 28, 2010

Tentang Gambar Maut.


Salam Alaik.
Kali Ini saya mengupload beberapa gambar bertujuan sbg ingatan dan pengajaran utk diri ini dan anda semua sbg pembaca.
2 daripada gambar ini merupakan kemalangan ngeri dan 1 lagi tak diketahui punca berlakunya sedemikian.


Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Surah Al-Ankabut (ayat 57)






Agak2 nya bagaimana ye mayat itu boleh terperosok hingga ke bawah tayar sedemikian?
Adakah dia masih sempat mengucap? Sempat bertaubat? Bagaimana pula kita.?










Ini merupakan kemalangan yg serius dan sememangnya bhgian kaki tersebut mungkin telah dipotong.
Boleh nmpk ag Tendons of Flexor digitorum longus. Peh.
Bole nmpk ag Phalanges, yg dekat big toe. (proximal n distal) n dkt lateral 4 toes tu ada (proximal middle n distal)
p/s : big toe xde middle.








Gambar yg ni plak menunjukkan bagaimana dia leh accident.
Sebab utama agak2 nya ape?
msti careless en?
xpun bawak laju.
Atau pun kesalahan org yg menyeret mangsa ini.
nauzubillah.


Cuba kita fikir balik apa yg Allah telah ajarkan kepada kita dalam kitab Al-Quran Al-Karim tntg beberapa perkara.

Tntg Mati.
Adakah kita semua telah bersedia utk mati?
adakah kita terfikir bagaimanakah pengakhiran hidup kita?
Adakah kita telah cukup beramal di atas muka bumi ini?


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah Al-Mulk Ayat 2



seterusnya bagaimana pula mereka yg cuai ketika memandu?
atau bagaimana pula mereka yang sering mencuaikan diri?
dalam erti kata lain merempit?
hingga mereka hilang kaki?
mengapa mereka sering mengabaikan nasihat org ramai meskipun pelbagai usaha telah dilakukan?

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Al-Baqarah (195)


Walaubagaimanapun cara kita pergi ke alam barzah, kita seharusnya bersedia dari sekarang terutamanya dari segi amalan dan bekalan kita, dgn hutang2 kita perlu lah dilangsaikan dgn segera. Segala pertelingkahan sesama manusia perlulah diselesaikan dgn segera kerana igtlah ajal maut itu tidak mengira tempat, tidak awal sesaat tidak lewat sesaat. Oleh itu ayuhlah kita berdoa sesama kita agar mendapat pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah) dan bukan sebaliknya (Su'ul Khatimah). Ameeen.

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? Surah An-Nisa' ayat 78


Wallahu'alam. ana asif anda tersalah mklumat dan sbgainya.


Barakallahufik Wassalam.

2 comments:

anatilokman said...

pning doe ak tgk gmba2 nh .

AriFrukAi!! said...

aha.kne berani,hehe