Pages

Tuesday, December 18, 2012

Malu

Sebagai pimpinan, atau pun AJKP, atau pun mana-mana sahabat yang terlibat dalam organisasi, pastinya jadual harian mereka akan diselitkan dengan meeting. Bermesyuarat. 

Bermesyuarat merupakan antara solution yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara. apabila sesuatu itu telah diputuskan, maka wajib untuk ahli mesyuarat untuk mentaati dan melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui.



Ucaplah Alhamdulillah sekiranya cadanganmu ditolak, kerana engkau akan terlepas daripada satu amanah. Beristighfarlah sekiranya cadanganmu diterima, kerana engkau akan memikul amanah yang berat atas cadanganmu sendiri.

Dalam sirah Rasulullah saw, baginda gemar memanggil para sahabat untuk bermesyuarat membincangkan sesuatu perkara. Adakalanya idea dan cadangan daripada Rasulullah saw tidak diterima dan adakalanya diterima dan disepakati oleh ahli mesyuarat.

Maka alangkah baiknya kalau kita berniat untuk mengamalkan sunnah baginda saw sebelum memulakan mesyuarat. Insyaallah hasil perbincangan kita akan diberkat ^^



Atas ni gambar orang yang tidak khusyuk solat. eh apa kaitan dengan mesyuarat?

Sebenarnya ia ada kaitan dengan saya. Dalam suatu meeting yg lepas, saya ditugaskan untuk order makanan untuk ahli mesyuarat, maka semasa perbahasan dibuka dalam mesyuarat tersebut, saya tidak dapat fokus kerana sibuk menempah nasi mandi untuk ahli meeting,


Usai menempah, saya terus mengangkat tangan untuk mencadangkan sesuatu perkara. Tiba2 kawan2 lain mula gelak, tapi saya terus mencadang sehingga habis berbahas.

Setelah habis mesyuarat, baru saya terfikir. rupa2nya ahli mesyuarat bersetuju untuk membawa cadangan ke dalam group facebook. dan saya pulak tak dengar cadangan tersebut dan terus selamba memberi cadangan >.<

entahlah. memang rasa malu. tapi tak tau la kalau orang lain rasa apa kan.


tu la, lainkali fokus dalam meeting. Jangan buat kerja lain. Kan dah malu. Malu dengan semua ahli mesyuarat yang mendengar. arghhhhhh

Tapi bila tak khusyuk dalam solat, agak2 ada rasa malu tak pada makhluk sekalian alam yang kita langsung tak fokus dalam solat?

malu >.<

Wednesday, December 5, 2012

Ajal yang menjemput


Berdepan dengan kematian merupakan perkara yang selalu menjadi tanda tanya. Adakah wajahku tersenyum melihat hamparan syurga, ataupun mataku terbeliak melihatkan seksaan yang bakal aku hadapi. Nauzubillah.

Berdepan dengan berita kematian juga merupakan perkara yang sukar dihadapi. Lebih-lebih lagi bila memegang tugas sebagai seorang doktor.


Kanak-kanak di Gaza

Tempoh hari, aku dengan beberapa rakan yang lain menghabiskan masa di hospital Hussein, sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Akram Zaki telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas cardiac arrest pada jam 5 pagi, hari yang sama.

Pada saat itulah aku melihat sendiri sekujur jenazah yang dikeluarkan daripada peti simpanan jenazah, melihat sendiri bagaimana ibu kepada arwah menangis kerana sedih melihat pemergian anakandanya, melihat seorang ayah yang akhirnya menangis sejurus anaknya dikebumikan, macam-macam lagi saat kesedihan yang aku kira aku pun tak mampu untuk menghadapinya.

Jenazah dimandikan oleh sahabat handai, dikafankan bersama, dibawa pulang ke dataran hayyu asyir dan akhirnya dikebumikan di bumi Mesir juga sebelum waktu Maghrib. Talkin dibacakan dalam bahasa arab. Maka bergetarlah diri aku bila mula membayangkan nasib diri di alam barzakh kelak.

Kawasan perkuburan Syuhada berdekatan bukit Uhud

Aku mula scroll kembali wajah-wajah pejuang gaza yang syahid, ada juga jenazah-jenazah yang masih elok selepas digali. kain kafan masih merah berdarah tanda mereka masih hidup di syurga persinggahan.

Antara mereka yang syahid

Hebat betul mereka. sudah merasai kesusahan dan kesengsaraan hidup di dunia, kini masa mereka di balas dengan kesenangan yang kekal selamanya. tetapi aku masih lagi mempunyai sedikit sifat cinta akan kesenangan di dunia. kenapa dengan aku nii >.<

Baru demam sikit, meeting banyak tak pergi. Program pun dah tak nampak muka. Teringat ayat kak ina(penyelia asrama) masa dekat sepintar dlu.. "Dekat SEPINTAR ni ada 2 orang yang jarang sakit. Tapi kalau sakit, macam dah nak mati, sorang Kucai, sorang lagi 'Arif Rukaini"

 SEPINTAR semarak namamu~

ye memang macam nak mati dah sekarang .____.

Saturday, December 1, 2012

Banyak cakap



Melihat keadaan dan senario baik di Mesir atau Malaysia, hampir sahaja keadaannya. Medan fitnah menfitnah mula terbentang luas. Semua orang bebas berkata sesuatu.

Seorang blogger bebas menghina alim ulama. Seorang lepasan ijazah bebas mengutuk pimpinan yang hebat.
Semua bebas bersuara, umpama tidak punya perasaan malu terhadap diri sendiri.

Maksud hadis Nabi saw yang pernah dibacakan oleh TGHA :

" سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ , وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ ، قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قَالَ : الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ "

Akan datang kepada kamu tahun-tahun yang menipu, tahun-tahun yang kamu keliru, orang yang bohong dikatakan benar, orang yang benar dikatakan bohong, orang yang amanah dikatakan khianat, dan pengkhianat diberi amanah, dan orang-orang Ruwaibidoh bercakap besar.

Para sahabat bertanya, apa itu Ruwaibidoh wahai Rasulullah?

Rasulullah menjawab, Orang awam yang tak tahu apa, bercakap tentang perkara-perkara khusus(Besar) dalam agama.

Kadang-kadang kita terlalu bebas berkata-kata terhadap gerak kerja atau hasil kerja orang lain tanpa melihat susah payah mereka. Mereka telah banyak bkorban, menggunakan masa peribadi mereka,wang mereka dan kita mudah-mudah sahaja mengadili mereka tanpa usul periksa.


walhal kita banyak goyang kaki sahaja. :o


Ada baiknya kalau kita muhasabah balik diri kita sebelum berkata sesuatu. Banyak diam, makin banyak aib kita yang tertutup :)




Tuesday, November 27, 2012

Cara membeli Tanah Palestin


المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يسلمه

”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak boleh menzalimi dan membiarkannya (dizalimi)” (HR. Muslim, At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).



Memboikot barangan Israel membawa maksud kita tidak memberi apa-apa bentuk kewangan ataupun support kepada israel melalui ekonomi terutamanya, Memboikot McD misalnya, kita tidak membeli McD lantas memelihara harta kita daripada terus disalurkan kepada Israel untuk memajukan ekonominya.

Logik akal, barangan yang diboikot itu rata-ratanya produk yang kita boleh dapatkan dgn alternatif lain. Makan Burger Mcd, boleh je makan Burger Ramli misalnya. Sebelum membeli barangan Boikot, cuba berfikir, "Burger kau boleh buat sendiri kot o.O"

Rindu ramly burger. Macam nak balik Malaysia >.<

Saudara kita dizalimi. Bukan sahaja di Palestin, cuba kita lihat Di Syria, Di Thailand, Di Arkan, dan seluruh tanah umat islam di atas muka bumi ini, lihatlah bagaimana mereka dizalimi sedangkan kita pula sedang menzalimi diri sendiri. Mana rasa cinta kita terhadap sahabat-sahabat dan saudara kita yang lain?


مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتواصلهم كمثل الجسد الواحد, إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالحمى والسهر

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal cinta dan kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota badan akan merasa demam dan susah tidur”


Di saat akhir pemerintahan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah, datang menteri Luar Britain(Seorang yang berbangsa Yahudi) *Kalau x silap* menghadap Khilafah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid 2.

Sultan Abdul Hamid 2

Datangnya MB ini dgn tujuan untuk memberi tawaran kepada Kerajaan Islam pd ketika itu dalam keadaan Kerajaan Turki Uthmaniyah menanggung beban hutang yang banyak.

MB Britain tersebut berhajat untuk membeli tanah Palestin dengan harga yang sangat tinggi. *Dalam keadaan Kerajaan Britain tidak mempunyai duit sebanyak itu akan ttapi MB ini yakin, sekiranya dana dikumpulkan untuk membeli Tanah Palestin, maka pasti ummat Yahudi akan berpusu-pusu memberikan sumbangan demi mengembalikan tanah Palestin kepada bangsa mereka.

Cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdul Hamid 2 dengan berkata, Tanah Palestin ini bukan milik aku, tetapi ianya milik Umat Islam secara kseluruhan. Maka hasrat MB Britain untuk membeli Tanah palestin gagal.


Tetapi, hari ini, Yahudi sedikit demi sedikit telah pun mengambil tanah palestin ini sedikit demi sedikit hingga akhirnya tinggal cebisan-cebisan tanah untuk umat Islam. Yahudi tidak dapat membeli tanah Palestin, lalu mereka merampasnya tanpa membayar sesen pun kepada mana-mana pihak.


Sudahlah Yahudi tak bayar, Umat Islam juga yang menyumbang kepada Israel. Negara Arab juga yang menjual minyak kepada US. Kita juga yang melanggan barangan Israel. Sedar atau tidak, kita dengan MB Britain tiada bezanya. Kita juga membeli Tanah palestin untuk Israel Laknatullah 'alaih.


Palestin, Baitul Maqdis merupakan tanah yang diberkati Allah swt sehingga dinukilkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Isra' pada ayat yang pertama. Dari segi kedudukan atas peta dunia juga sangat strategik. Makanya tanggungjawab kita semua untuk sama-sama cakna dengan Isu yang berlaku ke atas Tanah Kita ini.

Benar, umat Melayu ni sekejap je bising-bising. Nanti senyap balik. Daripada kita senyap terus, lebih baik kita bising sekejap-sekejap. dan yang sudah cakna sekejap-sekejap, jom cuba cakna dengan lebih kerap lagi. Ini isu Aqidah. Isu saudara kita. 

Jadilah orang mukmin yang berguna, yang berfikir. Bukannya Mukmin yang mandom.



لاّ تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الاَخِرِ يُوَآدّونَ مَنْ حَآدّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوَاْ آبَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya sekalipun orang-orang itu adalah bapak-bapak atau anak-anak atau saudara-saudara atau keluarga mereka” [QS. Al-Mujaadalah : 22]



#eh?

Sunday, November 25, 2012

berehatlah


Dalam Al-Quran, ataupun hadis2 nabi banyak mengisahkan kisah2 utk kaum bani Israel, dan juga beberapa nama yang disebut seperti Abu Lahab yang dilaknat oleh Allah swt scr direct. Maka ayat2 yang dibaca ini haruslah kita mngambil intipati sedalam-dalamnya agar pkara itu tidak berulang ke atas diri kita.



Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man, ada mengingatkan kpada kita agar tidak sesekali memandang sesuatu ayat yang diturunkan kpd kaum2 tertentu tidak terpalit kepada kita. Benar, hukuman dan laknat Allah itu kepada Bani Israel, kepada Abu Lahab, akan tetapi tidak wajar untuk kita menghela nafas lega, menidakkan ayat2 Allah dgn bermonolog "Bukan aku yang disebutkan" sehingga kita selangkah demi selangkah mula mengIdolakan umat2 yang dibenci Allah ini.

Kehidupan ini sperti roda. Ia berpusing, ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah. Roda ini berputar di atas muka bumi, melalui jalan-jalan yang sudah dilalui oleh roda-roda yang lain. Maka tidak mustahil untuk kita juga melalui jalan-jalan yang dibenci oleh Allah. Maka itu kita diberi peluang untuk meneruskan perjalanan atas jalan-jalan yang murni, yang pernah dibajai dengan kisah-kisah teladan agar kita mengambil ibrah dpd apa yang berlaku.


Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan kehidupan di dunia, sbg contoh, kita menguruskan program. Kita yang memerah otak, kita yang melaksanakan, kita yang merancang, maka sehingga satu tahap, kita terlalu sibuk dan mula meremehkan ibadah2 sunat. Kita bkerja, tapi mana dhuha kita? mana witir kita? mana Qiamullail kita? Sehingga Allah menegur kita dalam ayat berikut (Mereka telah melupakan kepada Allah, maka Allah melupakan mereka) rujuk surah At-Taubah, ayat 67


Maka sebelum terlambat, sesibuk mana pun kita, ambillah satu malam, untuk kita berehat. Rehat kita bukan dengan perkara-perkara yang lagha, menonton wayang, bermain game, makan puas2, akan tetapi, sebagai pejuang dan tentera Allah, rehat kita ialah sujud di atas tikar sejadah sebagai satu makanan rohani kita.

Masih belum terlambat untuk kita kembali kepada Dia agar Dia terus membimbing kita ^^ Lebih baik juga untuk kita mempunyai tanggungjawab lalu kita menyusun masa kita berbanding kita ditipu dengan masa lapang seterusnya roda kehidupan kita kembali melalui jalan jahiliyah >.<


Saturday, November 24, 2012

Puisi Cinta


Memahami cinta merupakan perkara yang sukar diungkapkan. Kadang-kadang manusia menjadi buta kerana cinta.

Terdapat kisah di mana seorang lelaki yang sangat mencintai kekasihnya lalu dirinya seolah-olah dirasuk jin, hinggakan sanggup mencium tiang besi kerana teringat akan kekasihnya.



Perbuatan lelaki ini benar-benar mengganggu seorang lelaki yang sedang menunaikan ibadah solat di kawasan yang berhampiran, lalu seusai solat, lelaki itu menegur lelaki tersebut, "Celakalah engkau kerana meletakkan cinta terhadap seorang wanita melebihi daripada segalannya"

Lalu lelaki yang kemaruk cinta itu menegur lelaki yang baru sahaja selesai menunaikan ibadah solat, "Engkau mengaku bahawa engkau mencintai Allah, sedangkan ketika engkau menghadapNya engkau masih terganggu kerana aku? Cinta kepada Tuhan yang bagaimana engkau cuba maksudkan? Bukankan itu munafik?"

Tidak khusyuk dalam solat. Ya, benarkah kita sudah mencintai Allah dan Rasulnya sedangkan kita masih lalai dalam ibadah?






Rasul Bersabda: ” Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya”
Sahabat bertanya : ” Apa itu memaniskannya ya Rasulullah? ”
Ia berkata : ” Dia akan memberi ia petunjuk untuk melakukan kebaikan saat menjelang ajalnya, sehingga tetangga(orang sekelilingnya)akan meredhainya” (HR. Al Hakim)

Maka pupuklah hati ini untuk terus mencintai Allah dan rasulnya ^^

Ya Aziz,
Jika Cinta Adalah Menawan,
Maka tawanlah Aku Dengan Cinta KepadaMu
Agar tidak ada apa lagi yang mampu Menawanku selain Engkau.

Ya Rohim,
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun KeputusanMu

Ya Robbii,
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu KepadaMu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai Muara Pertemuanku DenganMu

Ya Robbii,
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan PesonaMu
Agar Damai Senantiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat DariMu

Ya Allah,
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu Untuk-Mu

Ya Allah,
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu


Ya Ar-Rahman,
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Aku tembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya

Ya Ar-Rahhim,
Berikan Alas Kaki Buat Hamba
Agar Jalan Yg Ku Lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sadar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.


Moga cinta aku bukan atas dasar Nafsu yang menyesatkan anak Adam~ Menggapai Jannatullah dengan Cinta

Friday, November 23, 2012

Memegang pintu Jannah dengan Taubat



Manusia ini tidak dapat tidak, pasti akan melakukan kesalahan.
Pelajar yang bijak pun paling tidak pasti pernah melakukan kesalahan.

Apatah lagi manusia yang mempunyai nafsu. Tambah pula dengan bisikan syaitan yang didengari oleh mata hati.

Kerana inilah, nabi berpesan ;


كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُونَ

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat.” (H.R. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya)

Kadang duduk sendirian, hati mula berbolak balik, datang pelbagai bisikan syaitan, mulalah hati mengorak langkah mendahului nafsu dengan membelakangkan akal. Allah Allah, aku tersungkur lagi.

Kerana tsungkur aku merayu-rayu agar diampunkan. Kerana berdosa aku menjadi lemah

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)

Sekali lagi aku tersungkur dalam medan jihad ini. bukan jihad menentang Zionis, akan ttpi jihad menentang diri sendiri. Aku mahu kembali ya Rabbi, menghadapmu dengan sepenuh pasrah dalam diri, agar taubatku ini diterima. Aku hambaMu yang lemah..


َللهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ إِذَا اسْتَيْقَظَ عَلَى بَعِيْرِهِ قَدْ أَضَلَّهُ بِأَرْضِ فَلاَةٍ

 “Sesungguhnya Allah sangat gembira terhadap taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali.” (H.R. Muslim no. 2747)


Dalam hati terasa malu sangat, bila mana banyak Hadis2 Qudsi yang menyebut bahawa Allah amat gembira thdp hambanya yang melakukan taubat. Ya Rabbi, masih adakah pintu keluar untuk aku terus lari daripada bisikan syaitan ? Tunjukkan daku ruang untuk aku berlari dan terus memeluk rahmatMu :'(


إِنَّ اللهَ تَعَالى يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مَسِيءُ النَّهَارِ وَ يَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (H.R. Muslim no. 2759)
Setiap daripada kita pasti akan melakukan kesalahan, kerana Allah itu maha pengampun, maka Dia membuka seluas-luasnya pintu taubat buat kita, siapa kata kita sudah terlambat?




مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ
“Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah akan menerima taubatnya.” (HR. Muslim no. 2703)

Friday, August 31, 2012

Sabun basuh tangan


Disebabkan ada orang nak bertandang ke rumah, jadi aktiviti gotong royong secara bsendirian diadakan, dan akhir skali, sampailah kpd part membuang sampah2 yang pehhh saya pun xtahulah kenapa diorg biarkan tong sampah ni berair -.-


Lepas tu, saya pun basuh tangan saya ala kadar, dan tiba2 terfikir, sampah td berair, kena pakai sabun sikit, jadi saya pun ambil span basuh pinggan untuk basuh tangan ni, terfikir plak, sampah tadi tu dah lama, kena tambah sabun sikit, maka berbuihlah tangan saya seperti kanak-kanak yang baru jumpa bath tab.


Tiba-tiba terfikir, kalau saya melakukan dosa, lalu saya bertaubat, adakah taubat saya itu mampu membersihkan dosa saya? adakah taubat saya x sekuat sabun tadi untuk menghilangkan kotoran nafsu yang ada dalam hati saya ini?

Bila hati terkenangkan maksiat lalu, aku takut kalau-kalau aku terjatuh balik ke kancah maksiat, benar Allah menyebut dalam hadis Qudsinya bahawa Dia mengampunkan dosa-dosa hambanya yang setelah bertaubat, masih melakukan dosa dan bertaubat kembali. Tapi tergamakkah aku untuk terus melakukan maksiat? Taubat itu mahal nilainya, bukan mudah untuk mndapatkan Taubat nasuha T,T



Ya Allah, bersihkanlah kotoran pd hambaMu ini, andai dosa ini boleh dihidu, nescaya aku malu untuk hidup bersama masyarakat, kerana pastilah aku yang paling busuk sekali T.T


Sunday, August 26, 2012

Bujang bukan bererti sendiri.

Lumrah manusia itu berpasang-pasangan.
Maka jangan cuba bersendirian.
Kerana mudah dipegang syaitan.

Alhamdulillah, bulan syawal, yang mana sunatnya untuk mengadakan walimah pada bulan ini menyaksikan ramai sgt rakan2 yang mendirikan rumah tangga, membuka seluas-luasnya pintu rezeki masing-masing.

Bagi yang bertunang, mohon dirahsiakan pertunangan itu, percepatkanlah pernikahan kalian.

Kita yang masih belum berpunya ini, teruskan bersabar, dan jangan terlalu asyik dibuai dengan angan-angan, terlalu memikirkan siapa bakal imam/makmum nya hingga kewajipan sebagai seorang ummah terabai. Cukup mudah melihat manusia ini digoda dengan bisikan halus, kalau ada yang hanyut dalam is couple, tak kurang juga mereka yang hanyut dengan angan-angan kosong.


Tidak berpunya bukan bererti kita harus berseorangan. Bergaullah dengan masyarakat. Cuba dekati rakan-rakan yang baik akhlaknya, kerana berjemaah itu lebih disukai, dan serigala mana yang tak suka kalau kambing itu bersendirian? kan begitu.

Tak pandai untuk mengungkapkan bait-bait cinta, hanya mampu mencuba untuk melafazkan cinta pada Tuhannya, pada Rasulnya, pada Agamanya dan pada keluarganya :)

Saturday, August 25, 2012

Sedih. [Luahan Hati]

Kalaulah rakan-rakan yg saya kenali di Malaysia, mereka yang tidak boleh melihat kesatuan yang dibina ini dipecah-pecahkan sesuka hati, lalu mereka yang mempunyai hati yang mulia thadap sahabat2nya dibawa ke Mesir, dan diperlihatkan kezaliman mereka terhadap mahasiswa di sini, pasti hati mereka juga turut bertaut dan bersatu bagi menyatakan rasa kesal juga marah terhadap tangan-tangan kotor dan jijik yang dari dulu hingga kini cuba melekeh-lekehkan kesatuan yang ada.

Di Mesir, Isu hak mahasiswa sering dicarik-carik maruahnya. Kalau dahulu, ustaz Alang yang berada ditahun akhir, tiba-tiba sahaja dibuang daripada darul Ifta', kemudian sahabat2 yang ditarik pinjaman mereka,ditarik zakat mereka, kemudian isu Badan Kebajikan Anak Negeri pula dicabar, seolah-olah mereka ini tidak pernah berjasa kepada sesiapa pun. Kini Anak-anak Johor menangis merayu kepada Yang Maha Adil utk membantu mereka yang kini dipermainkan oleh tangan-tangan yang kotor.

Dulu saya seorang yang berfikiran melibatkan diri dalam persatuan ini seolah-olah membuang masa. Menggadaikan masa depan dan lain-lain. Tanggapan2 ini timbul dalam hati ini kerana ketika itu saya masih tidak mempunyai asas yang kukuh iaitu FAHAM. Apabila kita tidak tahu, maka yang dibisikkan dalam hati ini pastilah bisikan Syaitan. Kerana kita bukannya Nabi dan Rasul, mendapat wahyu dan karamah. Sebab itu tanggapan tanpa ilmu ini kadang kalanya jahil. Apatah lagi tanggapan ini terbit dpd hati yang gemar kepada maksiat. Nauzubillah.


Setelah faham, barulah saya tahu abang2 dan kakak2 yang berkecimpung dalam persatuan ini ternyata menyumbang masa dan waktu hanyalah untuk memastikan hikmah dan kebaikan dapat dicapai. Mereka lah ahli yang selalu cakna terhadap masalah rakan-rakannya, merekalah yang menjadi bahu untuk ditangisi, merekalah yang menjadikan bumi Mesir ini subur dengan majlis-majlis ilmu untuk sahabat2 yang lain turut menjengah ke taman2 syurga ini.

Tergurislah hati ini apabila kali ini kesatuan kita selaku mahasiswa dicabar lagi. Anak Johor diuji. Berkali2 ayat cinta Allah swt diperdengarkan iaitu ayat 2 surah Al 'Ankabut. Benar kalimah ini, dan kerana itu kami sentiasa menangis kepadaMu kerana bimbang sekiranya kami futur dan kufur kerana tidak terdaya menahan ujian ini.

Kadang-kadang, saya melihat, wajah tenang abang2 di sini, adakalanya menjadi marah, kerana tangan2 yang kotor ini sudah mencapai tahap yang terlampau zalim. Adakalanya abg ini terus berdoa kepada Allah agar Laknat Allah terus ke atas mereka yang jahat ini. Kalau mereka sudah berdoa sedemikian, pastilah mereka sudah kelihatan sangat terluka hatinya diperlakukan sedemikian.

Kami mahasiswa. Kalau rasa diancam, kami tidak punya senjata fizikal dan material untuk melawan kalian. Kalian perlakukan kami seperti ini atas dasar apa sebenarnya? Apakah ada ganjaran dpd sesiapa untuk usaha kalian sebegini. Kami tidak kisah untuk melihat diri kami disakiti, hati kami dilukai, perasaan kami dirobek sesuka hati. Akan tetapi kami risau, sangat takut sekiranya nanti kami diperlihatkan balasan dpd Yang Maha Berkuasa thadap mereka yang bersikap sedemikian, yang suka merobohkan kesatuan yang ada, yang menzalimi penuntut ilmu, dan macam2 lagi. Kami takut kerana termaktub ayat sangat menggerunkan jiwa ini dalam Ayat CintaNya, Fainnallaha Syadidul 'Iqab :(

Salam sayang buat kali ini.

Friday, August 3, 2012

Gagal bukan bererti Gagal


Kebiasaannya, di Mesir ni, selepas subuh insyaallah akan ada sedikit bacaan kitab2 Hadith oleh mana2 masyaikh yang berkelapangan. Alhamdulillah, kalau dkt area madinat Nasr ni kami ada Syeikh Rifa'at. Antara muhaddis yang 'alim.

Sekarang, As-Syeikh sedang membacakan kitab Riyadh-Assolihin, alhamdulillah pagi ni saya sempat mndengar satu hadis yang menarik.




Hadis di atas adalah hadis yang ke 524 dalam bab Qana'ah (Puas dgn apa yg ada dan masih berusaha) Wal 'Afaf (Dan tidak suka meminta-minta)

Terjemahan untuk hadis ini adalah seperti berikut.

523. Dari Abu Burdah dari Abu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Kita semua keluar bersama
Rasulullah s.a.w. dalam melakukan sesuatu peperangan. Kita semua ada enam orang banyaknya -
yakni yang menyertai Nabi s.a.w. itu, di antara kita ada seekor unta yang kita gunakan untuk ganti berganti
menaikinya. Maka berlobang-lobanglah kaki-kaki kita, juga kakiku pun berlobang-lobang
pula dan jatuhlah kuku-kukuku. Oleh sebab itu kita lalu membalutkan beberapa helai kain pada kaki kaki
kita itu dan dengan demikian peperangan itu dinamakan perang Dzatu riqa' - mempunyai
beberapa balutan kain, karena kita membalutkan beberapa helai kain pada kaki-kaki kita tadi."

Abu Burdah berkata: "Abu Musa menceriterakan Hadis ini, kemudian ia merasa tidak senang
dalam menguraikannya itu dan ia mengatakan: "Apa yang dapat saya lakukan dengan menyebut nyebutkannya itu?" Abu Burdah melanjutkan katanya: "Seolah-olah Abu Musa itu tidak senang kalau
menyebutkan sesuatu amalannya, lalu disiar-siarkannya." (Muttafaq 'alaih)

Maksudnya: Oleh sebab adanya bala' sampai kaki-kaki menjadi rusak dan kuku-kuku lepas itu
adalah semata-mata urusan antara manusia dengan Tuhan, maka menurut anggapan Abu Musa r.a.
tidak perlu diterang-terangkan, supaya tidak dianggap sebagai memamerkan jasa atau amalan."

p/s : Image dan terjemahan hadis ini saya ambil dari Terjemahan ke dalam Bahasa Indonesia. Rasanya boleh faham kan :)

Pengajaran yang saya rasa kita semua boleh dapat dpd hadis di atas, antaranya bagaimana para sahabat Rasulullah saw mengalami kesusahan dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Kalau pada zaman Rasulullah, seruan Jihad menjadi kebiasaan. Maka pada zaman ini, jihad itu bukanlah terbatas pada mata pedang semata-mata, kalau kita bersungguh dalam bidang yang kita ceburi pun dikira sebagai Jihad. Cthnya kita study, bila kita study, kita buat dengn Itqan (Bersungguh-sungguh) Bukannya dipenuhi dgn perkara2 yang melalaikan etc2

Antara pengjaran yang utama, bagaimana para sahabat tidak suka apabila kesusahan dalam perjuangan itu diceritakan kepada orang lain. Seolah-olah nak menceritakan kepada orang bahawa kita ini termasuk dalam golongan yang diuji dan beriman, walhal kita pun tak tahu status iman kita yang sebenarnya.


Sbgai seorang pelajar, ujian dalam Imtihan itu menjadi kebiasaan dan perkara normal pd setiap kali imtihan. Ujian kegagalan dalam beberapa subjek, tidak mendapat mumtaz, itu semua mnjadi perkara biasa. dan juga biasa apabila kita merasakan bahawa kita ini sudah berusaha bersungguh2, amalan sunat dilipat gandakan, doa tidak pernah putus2, akan tetapi masih diuji. 

Para Sahabat juga diuji dan kita juga kalau beriman pasti diuji. Dan adakalanya, menjadi kurang senang kalau kita sudah faham konsep ujian ini, lalu kita mnceritakan dkt org lain bahawa kesusahan yang kita hadapi.

"Tahun ni aku diuji" "Kawan2 lain semua lepas" "Aku dah cuba yang terbaik" dan bg saya memadailah kalimah2 ini bermain dalam hati dan perasaan kita sahaja, mungkin kita terlepas cakap apabila kerap menyuarakan rasa sedih kpd org lain hakikatnya Allah swt sdg menguji kita dgn Ujian sebegini.




Takut juga, bila kita diuji, kita bertambah riak, kita mnceritakan kpd org lain kesusahan kita akan tetapi kita sebenarnya mahu disanjungi kerana kesusahan kita. Kena muhasabah balik, mengapa selepas gagal, kita masih lagi gagal :)

Tidaklah seseorang itu mendapat musibah melainkan jarak dirinya dengan Allah hanya beberapa langkah berbanding ketika mendapat nikmat, Berhati-hatilah dengan kesenangan, kerana mungkin itu Istidraj, Lantaran itu para auliya suka untuk memilih musibah~

Terus berusaha, dan berdoa, untuk tidak terjatuh lagi, para ulama dahulu diuji dengan pelbagai ujian, mereka jatuh, dan kemudiannya iman mereka bertambah dan mereka berjaya naik bertingkat-tingkat, jadilah seperti mereka :)

Wednesday, June 27, 2012

Mata manusia, Blackberry dan Hot dog

Pagi ni lepas berdhuha dan sebagainya, aku mmg plan nak pergi city star(nama mall dkt sini, mcm pavillion la gak #eh) pun. target nak pergi beli hot dog. sekarang ni ktorg mmg x masak dkt rumah. so ambe pun jenis tak suka masak lauk2 ni kalau nak makan sorg2. nanti membazir. bukan sbb tak sedap, tapi sebab masak banyak.
Antara masakan bujang aku.

Lepas habis beli barang dapur, timing mmg baik,azan zohor mula bkumandang, alang2 semayang jela dkt masjid tepi city star tu. nak dipendekkan cerita,lepas habis solat Qabliah, dtg sorg pakcik arab ni, solat sunat Qabliah gak,sebelum solat dia silentkan henfon dan lepaskan handphone dia dkt lantai,lalu mengangkat takbir.

Aku bukan apa, tengok pergh dia campak2 je. dah la blackberry. dalam hati mcm2 pkir,istighfar balik.

Kemudian Imam pon Qamat, dan kebetulan aku semayang tepi dia, dia boleh lg sepak2 blackberry dia. dalam hati aku,ish pakcik ni, mesti x kisah kalau BB dia rosak.

Ini Blackberry kan?

Kemudian habis solat,ktorg pon berwirid,masing2 berwirid, dan satu yang aku nak puji pakcik ni ialah, lepas berwirid dia berdoa. yes. dia menadah tangan dan berdoa.

Kalau dkt egypt ni, mmg xde wirid lepas solat,masing2 wirid la sndiri, kebiasaannya, diorg tros bangun dan keluar masjid, biasanya mcm tu la,tanpa berwirid dan tnpa berdoa.

Ok jum kita amek al-quran bukak mukasurat 474, ayat 60 surah ke 40, surah al Ghafir, Allah menyebut


" Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina."


Bahasa yang mudah, siapa yang tak berdoa, dia org yg sombong. Terus beristighfar. aku mungkin dah memandang pakcik tadi dgn sebelah mata walaupun aku ni bermata 4.

Igt pesan Habib Ali Al Jufri bagaimana kita memandang orang lain. boleh tgok dkt youtube.




so hari ni alhamdulillah aku diperingatkan, jgn rasa diri kita ni baik dan org lain tu tak baik. kalau rasa diri ni baik takut nnti Allah hantar kita satu godaan dan ujian yg kita pun x mampu lawan lalu kita pun futur nauzubillah

jom masak.

Dr Morsi, Kedatangan Dajjal

Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat
Presiden Mesir yang kelima

Kemenangan Dr Mursi sekaligus membuka mata umat Islam khususnya bahawa Janji Allah itu benar, pd akhir zaman nnti slepas melalui zaman pemerintahan kuku besi, maka akan naik pula pemerintah yang adil lagi saksama.

Saya yakin, perkara ini akan berlaku di Malaysia,dan kerajaan yang sedang memerintah sekarang ini patut sedar bahawa mereka sudah banyak melakukan kezaliman di negara Malaysia. Ya ada pihak yang menyokong kerajaan sekarang ini, mereka mnuduh pembangkang x mengenang jasa, lupa diri dan sebagainya. Tak hairan pun sbb di mesir pun Dr Mursi menang tipis ke atas lawannya dgn perbezaan undi dalam 1.3% shj.

Gambar Dr Mursi semasa di University of Southern California 

Semua dah arif kot siapa itu Dr Mursi, apa itu FJP, apa manifesto dia dan apa pula halangan dia dsbg. Dalam pd masa yg sama ada juga suara2 sumbang yang mengkritik perjuangan Ikhwanul Muslimin, maksod saya orang Melayu >.<

Saya mengambil sikap Husnuzzon dgn berpendapat bahawa mereka yang suka menimbulkan kontroversi di Facebook terutamanya mempunyai masalah yg perlu dirawat. Oleh itu kita seharusnya membantu mereka, bukan mengkeji mereka.

Saya tertarik utk share dalam post kali ni, apakah yang akan terjadi selepas ini? Kita makruf dah, lepas ini pastilah Kiamat menjelma. Bawah ni saya pastekan kajian yang mahasiswa Mesir lakukan bdasarkan pjalanan akhir zaman.

Athar Abu Hurairah RA menceritakan :

Sebelum kemunculan Dajjal, Mesir ketika itu diperintah oleh seorang pemerintah kuku besi, yang bernama Ham (Ha dan Mim, ada yang berpandangan Ham itu ialah Husni Mubarak), dan selepas kejatuhannya, akan digantikan dengan seorang pemerintah yang adil.

Apakah yang terjadi selepas itu?

1. Kembalinya sistem khilafah
2. Berlakunya peristiwa berdarah di musim haji
3. Kemunculan Imam Mahdi (diserang oleh tentera Sufyani)
4. Kemunculan Dajjal
5. Kemunculan Nabi Isa AS
6. Dunia menjadi aman
7. Kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang merosakkan dunia
8. Dunia kembali aman setelah Yakjuj dan Makjuj dihapuskan oleh Allah
9. Manusia hidup dengan senang dan aman
10. Manusia semakin lupa dan kembali sesat
11. Matahari terbit arah barat
12. Muncul Daabbatul Ardh
13. Keluarnya asap Dukhan
14. Orang beriman dimatikan oleh Allah
15. Terkeluarnya api yang besar, yang menghalau semua manusia ke Syam
16. Berlakunya kiamat, kehancuran yg total
17. Semua mati - sangkakala pertama
18. Semua hidup - sangkakala kedua
19. Semua manusia ke Tanah Mahsyar
20. Dihitung, dihisab, ditimbang...
21. Samada syurga atau neraka

(cadangan rujukan : al Isya'ah Li Asyratis Sa'ah, karangan al Barzanji)

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
BA, Uni. al Azhar

Hosni Mubarak. Firaun Moden.

nampak bukan perjalanan hari-hari terakhir kita di dunia ini. dan saya berharap kita tak sempat pun sampai pada waktu kedatangan Dajjal. Dajjal ini ialah sebesar2 ujian kpd ummat manusia. Bagaimana saya nak berdepan dgn Dajjal kalau sekecil2 ujian pun saya tak boleh lawan lagi >.<

Untuk ulasan di atas, Mesir pernah diperintah oleh HAM. Dan sekarang naik pula pemerintah yang adil. maka kenapa kita masih leka dgn urusan dunia? org lain sibuk berjuang aku sibuk berjiwang dkt facebook, mengarut dkt twitter.

Apakah usaha kita yg telah kita sumbangkan untuk Islam? Jadilah penyumbang pd gerakan Islam yg telah Allah janjikan pd mereka kemenangan. Jadilah penyumbang. Bukannya suara sumbang yang mengkritik perjuangan ini.



Wallahu'alam

Thursday, June 21, 2012

Baca Al-Fatihah, Ringtone dan Topi.

Kebiasaaannya, orang arab akan terus menuju ke masjid ataupun mana2 tempat yg sesuai untuk mendirikan solat apabila masuknya waktu solat. Walaupun mereka sedang mengajar, ataupun bekerja, insyaallah solat akan diutamakan.

Masjid Nabawi. Madinah

Kalau di Saudi, cth di Masjid Nabawi misalnya, tepi tu ada deretan gerai. apabila azan dilaungkan, maka semua premis akan ditutup sementara waktu bagi menunaikan salah satu kewajipan dalam Islam.

Bg rakyat Mesir yang mempunyai telefon bimbit, mereka akan mengenakan ringtone yang pelbagai dan volumenya tu saya kira di tahap maksima, mana tak nya bunyi tu rasanya dah pecah speaker dah tuh =.=

Bunyi yang terlalu kuat ini selalunya terbawak2 ke dalam masjid, lagi2 bila solat berjemaah. kalau di masjid Rabiatul Adawiyah ni, setiap waktu sebelum solat, Imam akan menasihati para makmum untuk meluruskan saff dan menutup henset.

Paling tak bestnya, bila rakaat pertama, baru shj Imam selesai baca Al-Fatihah satu persatu bunyi henset kedengaran =.=

Henfon zaman muda. tiga tiga sekupang

Pernah satu ketika *dalam minggu ni jugak selepas solat Imam terus ckp Arjuukumm! 3 kali dia ulang. dia merayu sgt henset tu silent la =.= kemudian kami pun bangun untuk solat jenazah *dkt masjid Rabiatul Adawiyah ni mmg selalu solat jenazah, setakat ni paling bnyk jenazah disembahyangkan dalam satu solat fardhu masa Zohor Isnin lepas, 9 Jenazah.

Tiba2 masa solat Jenazah tu pun bunyi lagi ringtone henset =.=

Dalam solat, wajib kita untuk membaca Al-Fatihah, kerana ia termasuk dalam rukun solat. tetapi wajib atau x kalau kita jadi makmum utk membaca al-fatihah?

Kalau yg saya belajar, ada pendapat kata wajib, ada kata wajib kalau mcm ni, ada kata tak perlu kalau mcm ni etc2.

Pendapat tak perlu bca Fatihah itu disokong dgn satu hadis, tak igt matan dan perawinya, tp maksud hadis tu, semasa Rasulullah saw menjadi Imam dalam solat, ada seorang sahabat juga turut membaca Fatihah dan selepas solat Rasulullah ckp bacaan sahabat tadi mengganggunya. Jadi tak perlu baca Fatihah. p/s: korang jgn x baca pulak lepas ni, ngaji dlu sbb apa kne baca dan apa yg mmbolehkan utk x baca ye ^^

persoalannya, kalau ada Handphone masa zaman Rasulullah saw, agak2nya Nabi kata apa ye? kalau bacaan Al-Fatihah pun dah mengganggu kekhusyukan, apatah lagi bunyi henfon speaker pecah =.=

Saya mencadangkan kepada majlis fatwa Malaysia khususnya untuk mengenakan tindakan undang2 ke atas mereka yang tidak mensilentkan henpon mereka sewaktu solat.

Masa di Gereja Cordova (dahulunya Masjid Cordoba, tetapi ditukar menjadi Gereja) kami diarahkan untuk membuka penutup kepala, masa tu saya pakai topi. Lepas tu saya pakai balik, dan polis tu dtg kat saya suruh saya tanggalkan. *dalam hati suka hatilah ni masjid! bukan gereja! :3

Masjid Cordova. Cordova Sepanyol.

Nak ckp, dalam gereja pun diorg suruh kita hormat, takkan dalam masjid sendiri kita boleh redha bila orang mengganggu kita solat? ^^

p/s : Imtihan tak habis lagi dan tahun ni memang susah sgt. mohon doa kalian untuk mendoakan kejayaan kami mahasiswa di sini. kalau nak bertawassul,amalan baik takda, dosa adalah T.T

wallahu'alam

Thursday, May 24, 2012

Mereka idolaku






Mungkin sahaja ada antara kita tergila-gilakan salah seorang daripada mereka ini. untuk mereka yang tak tergila-gilakan mereka, mereka ini ialah artis daripada 1001 artis yang lain. memang kini artis itu tumbuh mcm cendawan. banyak sangat. dan inilah yang menjadi idola buat umat islam khususnya. khusus lagi buat rakyat Malaysia.

Ada yang menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk membeli tiket ke konsert mereka, membeli album-album*kalau xleh donlod atau pun menghabiskan masa untuk mengkhatamkan lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.

Pertumbuhan yang pesat dalam industri musik tanah air telah membawakan pelabagai rancangan2 realiti, rancangan untuk menggilap bakat hiburan yang ada dalam diri masing-masing, dari sekecik2 manusia sampailah ke mereka yang sudah ke hujung usia,  untuk kanak2 kita ada Idola Bintang Kecil, kalau untuk remaja pun ade Mentor, Raja Lawak, yang utk tua pun ada, Kilauan Emas, aduhai

Bukannya x boleh berhibur, boleh, Islam pun ada cara nak berhibur. kalau di zaman Rasulullah saw antara jenis hiburan ni seperti puisi, dan orang arab memang gemar berpuisi, kalau di Mekah mereka ada Hasan bin Tsabit, kalau di Madinah ada Abdullah bin Abi Rawaahah, mereka ini juga penghibur dikalangan para sahabat. Boleh berhibur tapi bukan menjadikan hiburan sebagai makanan kita seperti sekarang, aduhai

Bagi mereka yang tergila-gilakan Kpop, artis Bollywood, Melayu dsb, yang meletakkan mereka sebagai idola, ingatlah pada saat hari kebangkitan nanti, seluruh manusia dikumpulkan bersama-sama idola-idola mereka semasa mereka hidup di dunia, Lalu Allah berfirman, "Hai Si Fulan, semasa di dunia engkau telah mengidolakan dan mengagungkan orang ini, maka mintalah syafaat kepadanya agar kamu terlepas daripada azabku " 

Kalau mereka boleh membantu kita, membebaskan kita, maka x salah untuk kita meletakkan mereka sebagai idola kita. teruskan berhibur