Pages

Saturday, June 29, 2013

Pernah.

Pernah tak,

Tengah-tengah lepak, tiba-tiba kena serang ngn sapa2 tah.

Tengah-tengah suka, tiba-tiba kne katok ngn orang.


Tengah-tengah Qiam ramai-ramai, tiba-tiba bunyi das tembakan, yang belum solat terus bertakbir, pg serbu dekat arah pemberontak. Ramai-ramai melaungkan kata-kata jihad.


Alhamdulillah, tiada siapa yang cedera. Qiam diteruskan. 


Harap-harap jalan nak p amek exam ni dipermudahkan. Takda halangan. Entah apa dah jadi dengan kuda perang saya tuh =.=



"Akan aku sapu air mata aku ketika fajar kemenangan tiba"


Hati ini perlu dibersihkan. Jangan tak sedar, syurga itu disebelah je. Rugi kalau tak bersedia :')

Friday, June 28, 2013

28

Langit pagi Rabaah 


Hari ni khatib lantang berkhutbah menceritakan bagaimana kisah Nabi Musa bersama pengikutnya ketika berdepan dengan Firaun. (Rujuk Surah asy-Syua'ara' ayat 61-68)


Panas yang terik pada harini tidak menghalang rakyat Mesir sekali lagi berhimpun di Masjid Rabaah.


Lalu khatib membacakan ayat di bawah


اْلَّـذِيْـنَ قَـالَ لَـهُـمُ الـنَّـاسُ إِنَّ الـنَّـاسَ قَـدْ جَــمَـعُـواْ لَــكُـمْ فَـاْخْــشَـوْهُــمْ فَــزَادَ هُــمْ إِيْــمَــانًــا


وَقَــالُــواْ


Sengaja khatib membaca sehingga perkataan (وقالوا) lalu disambung oleh jemaah yang hadir;


 حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ



Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung



Khatib mengulang ayat ini beberapa kali dan hadirin yang hadir menyambungnya. Semakkn diulang, semakin kuat yang menjawab.



Apa yang berlaku di Mesir bukanlah pertembungan pemikiran politik, akan tetapi ptembungan penyokong Morsi dan mereka yang menidakkan Islam sebagai ad-Din. Kalau dah melarang azan asar dan maghrib tu takkan sokong Islam lagi dak?


Pbanyakkan qunut Nazilah, solat malam. Allah jualah sebaik-baik perancang dan pelindung.


*****

Walaupun matahari tegak, khutbah dalam masa sejam, tapi hadirin yang hadir khusyuk mendengar. Beza sangat dengan khutbah di Malaysia. 


Khutbah di Mesir membangkitkan semangat Jihad. Khutbah di Msia tentang kepentingan buah-buahan tempatan =.=



Wednesday, June 26, 2013

Putih dan Hitam.

Solat subuh pagi ni macam biasa. Apa yang tak biasanya banyak kereta tersusun di depan masjid, di sepanjang jalan raya menghala ke stesen minyak. Disebabkan sbg psediaan menghadapi 30/6 nnti. 


****


Solat subuh juga spt biasa. Kebiasaannya ada seorang makmum, org arab, berkulit hitam, akan solat di tepi mimbar. Cumanya sebelum solat harini sy xnampak dia. Dok mencari-cari pun tak jumpa.


Selepas solat, baru perasan, rupanya dia di depan saya. Tak nampak sbb biasanya dia pakai jubah krim. Harini pakai jubah putih.


****


Harini kabilah arab badwi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Morsi. Jumlah mereka mencecah 30 Juta.



****


Ada seorang hamba Allah di zaman Tabi' Tabiin, bernama Mubarak (Bukan Husni Mubarak.) beliau merupakan seorang hamba kepada Musa bin Nuh. Berkulit hitam. Pd satu ketika Musa bin Nuh meminta Mubarak menjaga kebun limaunya selama 3 bulan ketiadaannya. Setibanya Musa bin Nuh selepas 3 bulan bermusafir, dimintanya Mubarak mengambilkan buah limau yang paling manis. Lalu dibawa kepada Musa bin Nuh sebiji limau. Apabila Musa bin Nuh memakan limau tsebut, ternyata limau itu sangat masam dan diminta Mubarak untuk mencari yang lain. Akhirnya selepas 3 kali dibawa limau tetapi masih masam, Musa bin Nuh bkata "Wahai Mubarak, aku tinggalkan kebun ini selama 3 bulan kepada kau. Mengapa kau masih tidak dapat membezakan limau yang masam dan manis?"


Lalu dijawab Mubarak, "Aku menerima arahan untuk menjaga kebun ini sahaja. Lantas aku menjaga kebun ini tanpa memakan walaupun sebiji limau dpd kebun ini."


****


Dizaman Rasulullah saw, ada seorang sahabat yang bernama Saad bin Muaz. Saad merupakan seorang manusia yang berkulit gelap. Ada yang mengatakan kulitnya lebih gelap dpd Sayyiduna Bilal bin Rabah.


Sampai pd satu ketika Saad berhasrat untuk bernikah, lalu dirisiknya gadis di Madinah. Ternyata ramai yang menolak pinangannya kerana kulitnya yang gelap. Hal ini diceritakan kepada Rasulullah saw. Lalu Rasulullah menjamin Saad bin Muaz. Baginda Rasulullah saw memanggil para sahabat untuk berbincang dan menunjukkan di manakah rumah gadis yang paling cantik. Akhirnya Rasulullah meminta untuk para Sahabat yg lain menghantar rombongan meminang gadis ini.


Setibanya di rumah gadis tsebut, rombongan tsebut disambut oleh ayah wanita tsebut. Ayah wanita tsebut menyatakan kegembiraannya kerana menyangka bahawa Saad bin Muaz mewakilkan Rasulullah saw untuk meminang anaknya. Sifat jujur yang ada pada Saad bin Muaz membuatkan beliau menceritakan hasrat yang sebenar. Ayah gadis tersebut terus memarahi Saad bin Muaz lantas Saad terus melarikan diri utk mengadu dengan Rasulullah saw.


Gadis tsebut menegur ayahnya kerana tindakannya memarahi Saad bin Muaz. Anaknya mengingatkan bahawa Saad bin Muaz telah dijamin oleh Rasulullah saw dan pastinya Saad bin Muaz adalah yang terbaik utk dirinya. Lantas ayah gadis tersebut mencari kembali Saad bin Muaz utk meminta maaf.


Lalu persiapan perkahwinan dijalankan. Ada sahabat menyumbang sejumlah wang kepada Saad bin Muaz untuk dibelanjakan bg perkahwinannya.


Ketika mencari kelengkapan untuk pernikahannya, seruan Jihad berbunyi lantas Saad menggunakan wang yang ada untuk membeli kelengkapan perang. Dan pada hari peperangan Saad berpakaian lengkap hingga tiada sahabat yang mengenalinya. Dan dalam peperangan itu Saad bin Muaz telah terbunuh. Syahidlah seorang pencinta syurga.


Saad bin Muaz menganut agama Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37 tahun menjadikan tempoh beliau menganut dan menyumbang kepada agama Islam selama 6 tahun sahaja. Pun begitu, arasy Allah bergegar ketika kematian Saad bin Muaz


****


Dikalangan para sahabat seperti Bilal bin Rabah juga berkulit hitam. Namun lihatlah kecintaan Bilal bin Rabah kpd Baginda saw. Laungan azannya terhenti ketika menyebut nama Rasulullah saw selepas kewafatan Rasulullah saw. Seolah-olah beliau ternampak Rasulullah saw keluar dpd rumah Baginda untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid.


****


Meskipun berkulit hitam dipandang hina oleh sebahagian manusia, namun Allah mengangkat darjat mereka lebih tinggi dpd mereka yang berkulit putih. Adakah kerana mereka berkulit hitam? Tidak. Sama ada mereka berbangsa Arab, Melayu atau berkulit apa pun, apa yang dipandang oleh Allah swt adalah ketakwaan kita.


Ternyata iman mereka lebih tinggi dan terpuji berbanding kita pada hari ini. Walaupun berkulit hitam, namun mereka telah dimuliakan oleh Allah swt.


****


"Kalaulah dosa itu boleh dihidu, nescaya aku akan bersembunyi dpd manusia kerana bimbang bau busuk aku dihidu ramai"



Moga kita bertemu lagi. Yakinlah, kalau bukan aku, ada yang lebih baik untuk dipertemukan. Aku hanyalah hamba yang jaganya melambatkan kemenangan Islam, tidurnya merugikan Islam.



30


Susah.

Seorang wanita menasihati wanita lain agar melabuhkan tudungnya. Tak pakai tudung jadi ke pakai tudung. Tudung singkat dilabuhkan sedikit demi sedikit. Tak menutup dada, lepas 2, 3 bulan labuhkan sedikit demi sedikit.


Susah kalau nak berubah. Itulah bermujahadah.


Dari buat maksiat, leka dengan dunia, kemudian nak berubah memang sgt sukar. Ia memakan masa.


"Dah tu ada orang boleh je dari tak pakai tudung boleh pakai tudung labuh terus?"


Jangan kita membandingkan keupayaan orang dalam bermujahadah. Sifat macam inilah yang melambatkan kemenangan agama Islam di tanah air.

****

Pesan seseorang, lepas tgok gambar seorg wanita bertudung memegang tangan imam muda korea, apa kita buat? Adakah terus scroll gambar lain? Terus tekan butang pangkah? Atau terus kritik?

Tugas kita d Msia berat. Gerak kerja Dakwah tlalu banyak dan berat. Apa psediaan kita sebenarnya? Hukum agama yang simple pun masih ada yang xtahu. Jadi kita lah yang kena turun ke masyarakat utk menerangkan pada mereka.

Kalau kita malas, bsedialah untuk dipersalahkan nnti >.<


Huk


Tuesday, June 25, 2013

Nikmat dan Hikmah.


"Satu kerugian apabila kita tahu, dengan menyebut (سبحان الله وبحمده) sebanyak 100 kali akan menhapuskan dosa, tapi kita masih tak amalkannya"


Jalan untuk kembali kepada Tuhan sentiasa terbuka. Tak kisah siapa kita, pemerintah, pengikut, kalau kita nak kembali kepada Allah, tak da sapa boleh menghalang.


Adakalanya kita berdoa mengharapkan ehsan dpd Allah, tapi ada juga waktu kita mengambil mudah kepentingan doa. Lepas wirid, tadah tangan, baca doa tapi otak ke lain.


"Mulut kita hanya jurubahasa. Tetapi Doa yang sebenar adalah daripada hati kita"


Sebab itu ada pepatah "Pahala itu nikmat, Dosa itu hikmah"


Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik. Percakapan kita kemas, bila berjalan mata hanya membumi. Tapi kita tak sedar 'rasa' itu dah cukup membekaskan penyakit dalam hati kita. Sebab itu apabila kita terpijak duri baru kita menjerit. Kalau terpijak kemuncup, tak rasa apa.


Kemuncup ini ibarat perasaan 'rasa baik' yang timbul dalam diri. Kita tak sedar bila ia datang. Datang pula membekas titik hitam dalam hati. Kita memandang hina orang yang berkelakuan keji. Itulah kemuncup.


Dosa yang dizahirkan seperti mencuri. Ia umpama duri yang dipijak, bagi orang mukmin, umpama gunung yang sedang rebah ke atas dirinya. Ketika itu dia akan menjerit.


Ketika itulah kita akan menangis kesakitan, meraung meminta tolong. Malam yang sunyi menyaksikan kita bersungguh-sungguh bertaubat atas dosa yang dilakukan. Kerana luka yang membekas ini rasanya sakit. Pedih sgt.


Itulah maksud 'Dosa itu Hikmah' kerana Iman kita ada waktu dia naik, ada waktu dia turun. Sebab itu dalam berdoa, jangan lupa utk mendoakan agar Hati kita ditetapkan imannya. Biar terpijak duri sebelum terjatuh terus ke dalam gaung maksiat.



"Ya Allah, aku bermohon agar ditempatkan daku di tempat yang tertinggi di dalam Syurga Firdaus bersama ibu bapaku dan dengan ciptaanMu yang aku cintai"


Hari akhirat juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya yaumul Hasrah yang bermaksud Hari penyesalan.


Menyesal seorang hamba yang berdosa dan tidak sempat bertaubat.


Bagi orang yang memasuki ke syurga pun menyesal. Sebab tidak ditempatkan di Syurga Firdaus. Kerana itu dinamakan hari Penyesalan. Baik orang mukmin atau bukan, semuanya akan menyesal.


Belum terlambat untuk berubah. Siapa lagi yang kita nak harapkan kalau bukan dari diri sendiri utk berubah.

Jalan.


Jalan menuju Allah sangatlah panjang.
Dan bukanlah menjadi kepentingan untuk kamu berada dihujung jalan tersebut,
Tetapi apa yang penting ialah kamu mati semasa berada di atas jalan ini (Jalan menuju Allah)


Kita mendongak ke langit yang sama, meskipun berjauhan benua, kita akan melihat bulan yang sama. Moga kita bertemu di Jannah yang serupa :)


Beg kertas.

Kebiasaannya, untuk meluluskan sebarang program, Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) akan membincangkan ia dalam mesyuarat bulanan. Perkara yang akan dibincangkan dari segi kesesuaian program, etc, dan kewangan.


Biasanya bab kewangan ni pening kepala sikit. Sebab kami diajar untuk berhati-hati dalam meluluskan sebarang bentuk kewangan untuk sesuatu perkara. Bimbang terlalu membazir. Atau membebankan AJK program pula. Atau takut menggunakan wang persatuan secara berlebihan. Kadang-kadang decide, ok setiap AJKT kena keluar amount sekian-sekian utk kita cukupkan jadi amount sekian. Setuju?


Biasanya peruntukan kewangan dekat part hadiah kpd VIP akan dipotong (sebab VIP tu kami jugak T.T) Even peruntukan yang sedikit pun, tapi amount tu elok lagi kalau disalurkan ke unit lain.


Dan memang jadi kebiasaan dalam program, kalau hadiah untuk penceramah, moderator, dif kehormat lain akan dinampakkan hadiah tu. contoh hadiah hamper, so memang nampak la isi. Kalau frame, memang nampak frame.


Tapi kalau VIP sama ada Pengerusi, atau Naib Pengerusi atau AJKT lain yang menjadi perasmi, mesti hadiah tu akan diberi dalam beg kertas. Sebab kasi nampak berisi sikit. Tp hanya kami je tahu apa sebenarnya isi beg tu. huu



Rezeki itu milik Allah. Apa yang pada saku kita hanyalah pinjaman. 



Hari ni tiba-tiba dapat panggilan utk rasmi program Batch. Lepas program Tawaqquf dalam 2 bulan jugak, inilah program pertama yang saya kena berucap balik.


(Malu gila berucap tadi >.< disebabkan terlalu malu maka tak akan dimasukkan ke dlm blog)


Cumanya apa yang berlaku ialah ada hadiah untuk perasmi program. Dalam hati rasa "adui duit ahli ni, batch ni kutip duit ahli, lepas tu perasmi dtg siap makan free plak"


Dpt pula dlm beg kertas. (Diorg ni perasan kot bila program PERUBATAN asyik bagi beg kertas pd perasmi)


Tapi beg kertas kali ni berbeza. Ia berisi. Dan ia hasil kutipan duit ahli batch.


Nak tolak, takut kata menghina program. AJKT lain bersusah payah, tapi ambe lepas merasmi, dpt makan free. ada hadiah pulak tu. Sebak ku dalam senyuman *ceh 


Tengok wajah adik-adik sorg2 ni, semua happy. Yela, dah habis imtihan. 2/7 dah ada yang balik. Happy lettew :P


Apa pun tahniah sbb dah habis imtihan, tahniah dah habis tahun 1, tahniah juga sebab dpt buat program yang gempak ni.


Buat adik-adik tahun 1, janganlah jadi mcm abg korg yang sorg ni. Jadilah yang lebih baik dpd dia. Doakan biar semua najah dan dpt scholar ye ;)



Hadiah perasmi Malam Tautan Memori


Abang, apa program masa Puasa?

Abang, kalau kena mengulang macam mana ya?

Abang, kalau kena bla-bla?


Untung adik-adik. Sekarang dah ada senior. Dulu saya tak tahu nak tanya soalan2 gini kat siapa .__.


Terima kasih buat frame ni. Maannajah!


Monday, June 24, 2013

Handbag.

Masa di Paris setahun yang lalu, sempat menelefon mak yg di Msia. Then cerita la sikit apa yang ada di sana. Mak saya ni jenis suka shopping barang dkt Sogo je. Memang berbaloi katanya. Kalau membercard sale tu xyah ckp. Keluar pagi, malam balik dgn plastik2 yg pelbagai size.


Kdg-kdg sy tegur mak saya. Kita beli banyak-banyak ni mmg la sale. Tp x rasa membazir ke? Bknnya pakai semua. Pd awal mak sy mcm xlayan teguran tu. lepas 9 dpd 10 pasang kasut rosak cmtu je, akhirnya mak saya pun dah bjimat bila beli brg di Sogo 😭


Ok balik cerita di Paris. Sengaja la cte dkt mak bkenaan beg yg branded2 ni. Tup tup mak tanya "eh along, ada x beg yang branded tp murah-murah?" Kebetulan time tu tgh sale. So bnyk la yg murah. Dlm hati berazam nak p area outlets dkt Paris tu keesokannya. Takkan nak borong magnet peti ais je kan 😅



Penulis bersama rakan-rakannya bergelak sakan di bumi orang.


Esok (Ahad), masih di Paris. Time tu ribut salji sampai masuk CNN kot 😅. Tp alhamdulillah, tgahari cmtu dah reda dah. So p kua mencari beg. Rupa-rupanya, hari Ahad di Europe ni mmg diorg cuti sungguh. Supermarket mcm Carrefour pon boleh tutup. Highway kosong. Outlets tutup.


Maka berakhirlah pencarian beg untuk mak di Paris (sbb nak kne p Swiss plak)


****


Dipendekkan cerita, hari ni berazam nak carikan satu untuk mak. Kebetulan kawan kat Paris tu nak balik bercuti. Sempat la tanya dkt adik, cmne taste mak,


"Kalau nak beli utk ma, cari yg simple, jgn serabut sgt, tp jgn common sgt"


So pencarian bermula kembali. Surf dkt internet. Tanya pendapat member-member. Then jumpa la design-design yg mcm kena dgn taste mak.


Usha harga plak.


: 1,500 $


Ni cover suit zakat setahun lebih kot. #Menangis 😭😭😭



Who say money can't buy happiness? Of course it can! By spending it on others! :)


Turunlah duit dari langit. Keh3


Sunday, June 23, 2013

Nur

Q: Kenapa Al-Quran mendatangkan kalimah 'kegelapan' (الظلمات) dalam bentuk jama' (banyak) dan kalimah 'cahaya' (النور) dalam bentuk mufrad (satu/single/tunggal) ?


Ans: Ibnu Qayim menjawab, "Inilah mukjizat al-Quran. Jalan kebenaran (Islam) itu hanyalah satu, akan tetapi kebatilan itu datang dalam pelbagai cara dan rupa.


****

Kenapa perlu memilih sosialis, kapitalis lis lis sedangkan Islam sudah mendatangkan cara yang terbaik? Cumanya Allah menjanjikan kemenangan itu selepas usaha, ujian dan kepayahan yang berpanjangan. Jangan pernah bersangka buruk pada Allah ^^


****


Harini abg sedara bernikah. Sejak anak mak long bnikah sampailah anak bongsu dia menikah, tak pernah lagi bkesempatan utk hadir T.T dulu sbb SPM, pastu exam, pastu fly zzz


Moga selamat ye Abg Faisal dan pasangan (بارك الله لك في اهلك ومالك)


Adik bongsu tanya: "Along, abg faisal ni setahun tua dpd kamu kan? Cey cey"

Along menjawab: "Aah, setahun tua. Yang cey cey tu soalan ke ape?"



Exam ENT. Paling best sebab tarikh exam tak konfem lg. zzz

Saturday, June 22, 2013

Kemuncup itu biasa.

Apabila Abu Ubaidah al-Jarrah memeluk agama Islam, maka ayah beliau telah bersumpah untuk membunuh anaknya. Maka sewaktu pertempuran dalam medan Uhud, Abu Ubaidah al-Jarrah sengaja mengelak dpd berjumpa dengan ayahnya.


Ayahnya tetap mahu membunuh anaknya. Lalu terjadilah pertempuran antara 2 anak beranak ini yang menyaksikan Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa membunuh ayahnya sendiri. Peristiwa itu menyebabkan sahabat yang dijanjikan syurga ini menangis lalu turunlah ayat 22 surah al-Mujadilah.


Begitu juga dengan beberapa Sahabat yang lain yang diuji dengan ujian terhadap orang yang mereka kasihi. Berhadapan dengan Ibu bapa mereka sendiri sebagai mehnah dalam perjuangan. Anak mana yang sanggup menderhaka kepada kedua ibu bapa mereka.


Kisah seorang sahabat yang bernama Mus'ab bin Umair. Beliau telah dikurung oleh ibunya setelah mendapat tahu bahawa anaknya memeluk Islam. Penderitaan yang paling hebat apabila Ibunya bersumpah untuk tidak makan dan minum selagi anaknya masih memeluk Islam. Mus'ab bin Umair bersahaja dengan menjawab "Sekiranya Ibu mempunyai 100 nyawa lalu dicabut satu per satu, maka aku tidak peduli sekiranya semua nyawa tersebut habis dicabut, aku tetap dalam Islam"


Mus'ab bin Umair meneruskan hidupnya dalam perjuangan Islam sehingga berlakulah sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Ketika dalam peperangan Uhud, beliau ditugaskan untuk memegang panji Islam dan akhirnya syahid apabila kedua-dua tangannya dipotong. Meskipun begitu, beliau tetap memegang panji dengan dadanya sehingga syahid dibunuh dalam peperangan tersebut.


Kisah ini tidak terhenti begitu sahaja. Lebih menyayat hati apabila kain untuk menutupi jenazahnya tidak mencukupi. Apabila ditutup mukanya, maka menampakkan pula kakinya. Apabila ditutup pada kakinya, kepalanya pula terdedah. Kisah ini menyebabkan Rasulullah saw menangis melihat keadaan Mus'ab yang mengenepikan kemewahan dunia kerana kecintaannya pada Allah dan Rasulnya. Akhirnya daun-daun kayu dijadikan penutup pada kaki Mus'ab.


Ikramah Abu Jahal. Diuji dengan ayahnya sendiri digelar sebagai firaun umat ini. Namun kecintaannya pada Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya. Banyak lagi ujian dan penderitaan yang berlaku pada sahabat-sahabat, golongan Qaidatul Sulbah dalam memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini.




Adakalanya kita diuji apabila ahli cuba menjatuhkan gerak kerja kita. Cacian dan perlian dijaja sesuka hati. Umpama memberi peluru kepada musuh. Belum lagi dengan usaha musuh untuk menghancur leburkan perjuangan kita.


Sakit juga apabila anak buah sendiri menuduh kita dengan pelbagai cacian dan labelan. Semua ini sememangnya mengusik jiwa kita yang rapuh ini dpd terus berdiri tegak memegang panji perjuangan.


Hebat kita ditekan, tapi hebat lagi golongan Qaidatul Sulbah diuji. Belum lagi orang yang kita sayang menekan perjuangan kita. 


Sebab itukita diajar untuk melihat orang lain yang telah diuji. Apabila ditimpa kesusahan, jangan pendam. Berjumpa dengan orang untuk membersihkan hati yang telah dikotori dengan kejian orang lain.


"Pelik kalau kita bawa Islam tapi sedikit pun tidak diuji"

Bulan

Mereka telah dtg dan bertanya kepada aku,


"Manakah yang paling cantik? Ibumu atau Bulan itu?"


Lalu aku berkata kepada mereka,


"Apabila aku melihat kepada Ibuku, aku akan melupakan bulan itu"

"Dan apabila aku melihat kepada bulan, ia amat amat mengingatkan aku kepada ibuku"


***


Tak leh blah mimpi sampai dkt Msia, lepas tu terlepas flight balik ke sini =.="

Peliharalah.

2 tahun lepas, sebelum melaksanakan tawaf wida' tanda bakal meninggalkan tanah haram, saya menghabiskan selepas waktu subuh hingga ke waktu dhuha utk melihat dan menghayati suasana tawaf di Kaabah. Kalau tak salah, dah masuk 10 malam terakhir dah waktu tu.


Memang sgt ramai. Itulah kali pertama saya melihat dan merasai secara live berada di kawasan yang dipenuhi jutaan manusia.


Kali kedua dan ketiga ialah sejak pindah di Rabaah setahun lepas. Kali kedua tak dapat stay lama sebab ada urusan. Alhamdulillah kali ketiga sempat merasa dari waktu subuh sehingga waktu Isya (sekarang jalan penuh dgn sampah 😅)




Secara kasarnya, himpunan ini bagi menyatakan pendirian rakyat Mesir utk menolak sebarang bentuk keganasan yang memaksa pletakan jawatan Presiden Mesir sekaligus menyatakan sokongan kepada Dr Mursi


Acara secara rasminya dimulakan sekitar jam 4.30 petang. Dengan ucapan daripada setiap NGO Jemaah Islamiyah yg berada di Mesir. Rata-rata ucapan adalah daripada wakil Ulama. Sesungguhnya ulama menyokong penuh kepimpinan Mesir.


Laungan Takbir, kalimah Jihad menjadi laungan dan sorakan sepanjang Hari. Di waktu Maghrib, kami bsolat Jemaah secara serentak. Di atas jalan bhamparkan kertas dan poster juga bendera, kemudian diiringi dengan bacaan doa qunut yang betul-betul menyentuh hati.



"Allah adalah tujuan kami, Rasulullah teladan kami, al-Quran perlembagaan kami, Jihad jalan kami, mati syahid di jalan Allah, cita-cita kami tertinggi."


"Peliharalah presiden kami, gagalkanlah perancangan mereka yang mahukan Islam ini lesap di muka bumi Mesir"


30 hb ni puak Mubarak pula yang akan mengadakan himpunan, mendesak Presiden Mursi meletakkan jawatannya. Pada 28/6/2012 yang lalu, Presiden Mursi diangkat menjadi Presiden Mesir yang pertama melalui pilihanraya yang bersih.


Saya tak tahu lah pengisian bagaimana dalam perhimpunan 30/6 nnti. Kalau hari ini rakyat Mesir bergantung harap kepada Pemilik Segala Kerajaan untuk menggagalkan perancangan musuh. Kalau 30 Jun nnti apa pula pergantungan mereka.


Masa solat Jumaat tadi, sempat terdetik dalam hati "Panas bak hang jalan raya ni, cmna nak sujud lama-lama ni 😣 tiba-tiba ada orang arab hamparkan poster sebagai lapik 😭😭😭"


****


Tak lama dah dekat Mesir ni. Apa lah yang aku dapat sumbangkan di Msia nanti. Kalau jadi doktor pun, bukannya hebat sangat. Nak jadi orang masjid pun, bacaan tunggang langgang, haih 😰

**Mintak maap Soleh, x dpt nak ziarah baby, terkurung dkt Rabaah 😭


Friday, June 21, 2013

Sayyiduna Khabbab ra.

Sebagai seorang yang melibatkan diri dalam gerakan Islam, wajib untuk kita mengetahui setiap sirah yang berlaku di zaman Rasulullah saw juga di zaman para sahabat. Kisah yang telah dinukilkan sebagai kisah yang mempunyai pengajaran wajib dihadam oleh setiap pemuda.


Nama-nama sahabat, golongan Qaidatul Sulbah semestinya wajib dihafal. Menjadi bekalan bg booster utk menghadapi plbagai mehnah dlm pjuangan.


Ada satu kisah, seorang sahabat iaitu Sayyiduna Khabbab ra. Kisah yang masyhur. Rasulullah saw apabila melihat Sayyidatina Sumayyah diseksa dan dibunuh, kemudian melihat Sayyiduna Bilal bin Rabah dijemur, Rasulullah tidak menitiskan air matanya.


Akan tetapi seksaan pada Sayyiduna Khabbab ra terlalu perit sehingga meninggalkan kesan yang sangat dahsyat. Melihat kesan seksaan itu Rasulullah terus menangis.


Bentuk seksaan yang dikenakan pd Sayyiduna Khabbab ra ialah belakang badannya telah dipanggang sehingga lemak dan daging dari belakang badannya jatuh sehingga memadamkan api yang memanggang badannya T.T


Hebat mereka diuji T.T




Hari ini, bkesempatan utk solat Jumaat di Masjid Rabiatul Adawiyah. Btempat di Medan Rabaah. Solat di atas jalan tar. Nak dijadikan cerita cuaca hari ini sangat panas. Dan Allah jualah yang tahu mcm mana seksanya bila sujud atas Tar yang membahang ni T.T


Barulah tergambar kembali masa silam, maksiat yg bertimbun, dosa yang menggunung, dimanakah aku dalam neraka nanti? #Nangis




Sayyiduna Khabab boleh menggenggam erat kalimah syahadahnya sbg jaminan kemanisannya di syurga. Mcm mana pula aku nanti? T.T



Situasi selepas solat Jumaat di Medan Rabaah. Acara belum bermula lagi tapi dah penuh mcm ni.


Moga Allah pelihara Mesir dan kepimpinannya bserta rakyatnya yang ikhlas. 

Medan mulia

"Esok aku akan berjumpa para kekasih, Muhammad dan para sahabatnya.."


Ada pula yang mengatakan saat dia ditewaskan di medan yang mulia, "Ini adalah hari kegembiraan yang paling besar"


Berkata pula mereka yang dihukum bunuh dihadapan musuh yang pelbagai, "Aku tidak peduli tatkala aku dibunuh sebagai seorang muslim. Dari arah manapun, untuk Allahlah pertarunganku"


Sama ada di medan jihad, atau di atas katil, kematian akan tiba juga. Tiadalah beza antara matinya seekor unta dan seorang lelaki di atas katilnya. Siapa yang menjangka, di medan itu dia terhidu haruman wangian syurga.




Banyak terjadi di zaman para sahabat, zaman pemerintah Nabawi sendiri, ketika seruan jihad berbunyi, akan berlaku pengundian antara seorang anak dan seorang ayah. Ketika anaknya dicabut untuk turun ke medan jihad, berkatalah ayahnya "Biarlah ayahmu yang pergi berjihad. Akukan ayahmu." Lalu anak mereka membalas, "Ia adalah syurga wahai ayah. Sekiranya selain syurga, nescaya aku mendahulukan mu"


Dalam konteks kita sebagai seorang pemuda, yang bergerak dalam masyarakat, mengapa kita tidak meletakkan sesuatu bebanan, amanah dan taklifan itu sebagai kunci ke syurga? 


"Aku kena stay Mesir time musim panas ni, dan aku melihat Malaikat berbaris menyambutku ke pintu Syurga, sekiranya selain syurga, nescaya aku menidakkan taklifan ini."


Walaupun begitu, Syurga tetap makhluk. Allah jua lah yang menciptanya. Molek lagi kalau Allah sbg tujuan utama kita.




Jumaat kali ini tidak seperti biasa. Medan Rabaah (Depan Rumah saya ^^) menjadi medan kumpulan Haq bagi menyokong kepimpinan Islam. Kepimpinan ini harus dipertahankan.


Moga Allah melindungi Mesir dpd segala kejahatan Firaun masa kini.

Nuhibbak ya Mursy.

Thursday, June 20, 2013

Roh dan Nafsu

"Wahai pemuda. Kamu adalah harapan kebangkitan dalam setiap medan jihad."


"Sebelum kamu menggalas pedang untuk memerangi musuh Allah dan musuh Islam, hendaklah kamu menumpukan sepenuh kekuatanmu bagi mengekang hawa nafsu yang berada di antara dua lambungmu, berjihadlah menentang hawa nafsumu, kekanglah ia dengan muqarabah, mujahadah dan muhasabah."


"Agar kamu dapat mengatasi goncangan hawa nafsu, dorongan dosa pada setiap waktu lalu kamu diangkat daripada dibelenggu dengan kekotoran harta benda dan fitnah dunia."


"Kerana orang yang mampu menewaskan hawa nafsunya akan mampu menjadi singa di lapangan jihad. Manusia sentiasa berada dalam pertempuran yang getir antara roh yang mengejar seruan jihad dan goncangan hawa nafsu yang menghumbannya ke lubang neraka."


"Tiada perkara yang boleh dilakukan melainkan memenangkan dorongan kebaikan ke atas ajakan kejahatan, memenangkan kuasa keimanan ke atas was-was syaitan sehinggalah dia tergolong di dunia dari kalangan muttaqin dan solihin dan di akhirat menjadi orang yang berjaya dan bahagia."




والذين جهدوا فينا لنهدينهم سبلنا

وإن الله لمع المحسنين



Wednesday, June 19, 2013

Bicara seorang Hamba

Semasa Ramadan lepas, takdir Allah menentukan kami utk berada di bumi 1000 menara. Tahun ni pun nampaknya begitu.


Tahun lepas, tahun yang mencabar. Tahun 3 memang menjadi mimpi ngeri buat pelajar medic di sini (ngeri buat org mcm saya je) Subjek tahun lepas memang sgt berat. Dengan corak peperiksaan yang membebankan.


Dijadikan cerita, ketika pengumuman keputusan peperiksaan ulangan, saya dan beberapa rakan yang lain berada di Universiti. Seorang rakan baik saya, taraf murobbi dah, yang selalu bagi kalam taujihad, kalam semangat akhirnya diuji dengan kegagalan.


Natijah yang baik masih tak mampu mengubati hati untuk melihat seorang murobbi diuji sebegitu rupa. Ketika pulang ke rumah, dia membonceng saya sambil teresak-esak. Ketika itu saya kelu. Nasihat yang selalunya diterima dpdnya menjadikan saya serba salah. Nak cakap apa-apa ke, atau diam?




Setibanya di rumah beliau, dia terus membersihkan diri, mimik muka macam biasa, dan terus tidur. Sahabat-sahabat ahli beit yang lain tak tahu nak buat apa. Kami cuba membeli pelbagai makanan utk menghiburkan hati dan jiwanya yang sedang diuji.


Sejam kemudian, dia berjaga. Selepas tidur sebentar, dia melihat ramai kawan-kawan yang lain menziarahinya. Dia berkelakuan biasa (luar biasa bg org yg mcm tu) Dia membeli air (sebab tadi kami beli makanan je) dan menghidangkannya kepada kami. Semuanya menjadi biasa.


Pesan dia pada saya dengan sepotong hadis Baginda saw,


(وإنَّ اللهَ إذا أحَبَّ قَوماً اِبتَلاهُم ، فَمَن رَضِيَ فَلَهُ الرِّضا ، ومَن سَخَطَ فَلَهُ السَّخَطُ)


"Sesungguhnya, Sekiranya Allah taala menyukai sesuatu kaum itu, Allah akan menguji mereka. Sekiranya mereka redha dengan ujian tersebut, maka Allah akan redha dengan mereka. Sekiranya mereka mencela ujian tersebut, maka Allah akan mencela mereka"


Ujian itu bukan melemahkan, tetapi menguatkan. Bukan menjauhkan, tetapi mendekatkan diri dengan pintu syurga. Cumanya apa yang beza ialah bagaimana cara kita menghadapi ujian tersebut. Adakah kita redha atau sebaliknya?


Adakalanya Allah mencampakkan rasa takut dalam diri, mungkin kecewa dengan soalan exam, kecewa dengan program yang tergendala dsb, semata-mata kerana mahu hambaNya kembali menangis memohon kepadaNya, merintih mengadu padaNya.




Kadang-kadang kita mampu memberikan kata-kata semangat, kalam taujihad, tapi mampukah kita mengingat kembali kalam-kalam yang telah kita lafazkan bilamana kita pula yang diuji?




Seni Doa

Apabila seorang anak menginginkan sesuatu dpd bapanya, pasti ada cara dan adab yang bersesuaian untuk dirinya meminta sesuatu kpd ayahnya.


Begitu juga dengan seorg pekerja kpd tuannya. Kalau nak mintak cuti, pinjam duit pd majikan, ada caranya.


"Boss, aku nak cuti, nak balik awal, boleh?" End up with penampar 2 das -,,-


Begitu juga dengan seorang Hamba kepada Tuannya, seorang hamba kepada penciptanya. 


-Apabila kita berdoa, berdoalah sebagai seorang hamba-




Hari ni ada terbaca status seorang senior (senior lagi) tentang satu hadis dpd Rasulullah saw. Hadis yang berkaitan Qadar, dan adab kita berdoa dengannya, ni dalam bahasa arab, dalam kitab Sahih Muslim, bab  al-Qadar,




Dalam bab Qadar. Start dr (عن عبد الله بن مسعود قال قالت أم حبيبة)


Ok baca, dan maksudnya ialah


"Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi S.A.W berdoa:"Ya Allah, panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah S.A.W dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah."


Maka bersabda Nabi S.A.W: "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus."


Mcm apa yang disebut di atas,


Apabila berdoa, berdoalah sebagai seorang hamba.


Jangan berdoa agar diringankan beban yang berat, tapi berdoalah agar diberikan kekuatan untuk mengangkat beban yang berat.


Dalam doa pun ada seni :)







Tuesday, June 18, 2013

Li f e

Dunia tempat bekerja.

Di dunia sahaja kita dpt bersolat, bersedekah, berpuasa.


Di dunia sahaja kita dapat bermujahadah nafsu,

Kalau tak dicipta nafsu, tiadalah namanya mujahadah.




Jangan dalam kubur baru nak solat, baru nak bermujahadah nafsu.

Dalam syurga ada ke org bermujahadah nafsu?

Peluang hanya sekali. Jom kita bekerja ^^


(وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ)

Ayah dan Mak

Hari ni baru dapat topup voip. Baru dpt call family :D


Si adik mulakan bicara "Along, sy dpt interview buat medic, under UiTM dkt Indonesia, tapi kalau nak p interview tu kena bayar 100++USD, saya tak nak. Tapi lepas ayah tahu, ayah terus pg cari duit nak bayarkan."


Sy faham je. Dulu masa b4 buat medic, ayah juga yang berusaha lebih utk setlekan dokumen KPT, surat scholarship bagai, time tu memang hati berat nak habiskan je engine dkt UIA. At last, skrg da nak masuk tahun 5 :0


Time tu teringat ayah cakap, "Ayah dengan Ma nak yang terbaik untuk anak-anak dia, kalau along rasa di UIA yang terbaik, ayah akan sokong dan support usaha along"


Satu hari, dapat surat. "Ayah, ritu along dah tolak p Ain shams, ni awat dapat Azhar plak?


"Ayah rasa di Mesir jugak yang terbaik untuk kamu." T.T




Kemudian mak saya pun memberi pendapat. Kata mak, cukuplah saya sorg yg tcampak jauh. Dah la belajar susah, lepas tu kerja susah, nanti tak jumpa anak bini, asyik jumpa patient je <-- dah hafal ayat ni :3


Kalau ckp dgn mak saya, mesti mak salahkan ayah sbb beriya-iya nak hantar saya blaja medic. Lepas saiko anak dia ni, mak akan ckp, "Tapi nak buat cmna, dah belajar sana, takkan nak patah balik"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Saya teringat, cth teladan yang ditunjuk oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra. Beliau pernah mewasiatkan agar tiada pun ahli keluarga beliau yang memegang jawatan Khalifah selain beliau. Hal ini diungkit kembali oleh anak Sayyidina Umar sendiri iaitu Abdullah bin Umar ketika dia diminta untuk menjadi Khalifah menggantikan Sayyidina Uthman yg telah dibunuh.


Sayyidina Umar juga sengaja tidak mencadangkan Sayyidina Ali untuk menjadi penggantinya, walaupun layak, tapi berat untuk Sayyidina Umar meletakkan beban Khalifah ke atas Sayyidina Ali.


Bukan kerana apa, tapi kerana beliau bpendapat, biarlah dirinya sahaja yang merasa bebannya menjadi Khalifah sehingga beliau dibunuh disebabkan jawatan itu.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Biarlah Ami buat dkt local je ayah, along rasa itu yang terbaik sekarang. Dia pun dah apply dentistry dengan chem engineering. Ada rezeki tu Insyaallah." Cadang saya pada ayahanda.


Ayah pun bersetuju. Ayah nak yang terbaik untuk anak2 dia.


*ceh bajet biar kau sorg je la yang rasa penderitaan buat medic ni ye* bermonolog ku sendirian




Adik2, belajar betul-betul tau (y)



Sunday, June 16, 2013

Ahli solat

Kalau semasa berpuasa, seseorang itu diajar untuk menahan diri dpd berbuat maksiat dengan mengatakan "Inni So'im" (Sesungguhnya aku sedang berpuasa)




Tapi, adakah lepas kita berpuasa kita bebas untuk melakukan maksiat? Mestilah tidak. Kerana orang yang solat tidak akan melakukan maksiat.


Tapi saya solat, tapi masih melakukan maksiat?


Kalau orang berpuasa diajar untuk berkata Inni So'im, cuba kita rasakan bahawa kita ni Ahli Solat. 


Ahli yang memelihara solatnya walaupun selepas solat. Berbeza dengan puasa. Puasa ada waktu berbuka. Tapi solat mana ada waktu berbuka.


Azam, tekad, itqan melawan maksiat 😤



Persediaan

Bila kita nak pergi ke satu tempat, cth melancong, backpackers plak, perancangan kena mantap. Persediaan dari segi belanja tu dalam setahun dua jugak. Survey tempat, ajak member. Then bila dah cukup 3 atau 4 orang, start agih tugas. 


Pengalaman 2 tahun lepas berbackpackers mmg best. Saya kne survey tempat di Spain. Kawan2 lain ada tugasan depa.


Dia ni kena bawak roti, laptop, maggie, saya kena bawak sardin 6 tin. Sardin cap king plak tu .___.


Perancangan kalau teliti, dengan orang yg bpengalaman, insyaallah perjalanan tu baik dan best. Sebab perancangan kita kemas dah, persediaan mantap. Belanja cukup.


Kita merancang, Allah tentukan.



Penulis di German bersama rakan-rakannya di SEPINTAR #ceh



Macam tu juga dengan Ramadan. Ramadan ni ibarat satu negara. Dalamnya penuh dengan tempat-tempat yang menarik. Yang mempunyai pelbagai keistimewaan. 


Tapi untuk menempuh Ramadan selama sebulan, kalau tiada persediaan yang mantap, maka sia-sia lah Ramadan kita. Boleh jadi puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.


Bila nak bersedia? Haa sekarang lah. Syaaban. Tumpukan pada latihan. Asah rohani kita, biar Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya (y)


Rejab aku teruk seh T.T




Jom bersedia yuk !



Bukti



Teringat masa ustaz Don dtg Mesir, kebetulan Isteri dia masih study di sini, dan ustaz sempat la bg ceramah dekat student medic Cairo U. 


Antara petikan ceramah tu ialah apa bukti kita ni betul-betul cinta pada Nabi Muhammad saw? Selawat? Berapa kali je kita selawat? Sunnah baginda saw mcm mana? Kita amalkan ke?


Ustaz menghafal nama Rasulullah saw berserta dengan salasilah baginda saw. Hebatnya ustaz. Dari nama Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim sampailah ke Nabi Ibrahim. Kata ustaz, sekurang-kurangnya, dia ada sesuatu untuk dibuktikan bahawa betapa cintanya pada Nabi Muhammad saw.




Kalau kita cinta Nabi, apa buktinya.


Kalau nak masuk syurga, apa usahanya?


Macam kita nak p europe la. Contoh, nak p Paris. Sebab? Mesti dah google. Ada eiffel tower, disneyland, bla3. Yela, sebab kita nak p mestila kita tahu kan :)


Bila nak masuk syurga, kena lah tahu apa yang ada dalam tu. 


Hafal dah ke 10 nama sahabat yang dijamin ke Syurga?


Tak nak tahu ke nama jiran di syurga? 


Daripada menjerit melalak dekat Imam Muda Korea tu baik la korang buat benda lain. Astaghfirullah


1) Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq

2) Sayyidina Umar al-Khattab

3) Sayyidina Uthman ibnu Affan

4) Sayyidina Ali ibnu Abi Talib

5) Sayyidina Thalhah bin Ubaidillah

6) Sayyidina Zubair bin al-Awwam

7) Sayyidina Sa'ad bin Abi Waqas

8) Sayyidina Sa'id bin Muaz

9) Sayyidina Abdul Rahman bin Auf

10) Sayyidina Abu Ubaidah al-Jarrah


Q: Berapa orang dan siapa antara 10 sahabat ini yang terlibat dalam pemilihan Khalifah ketiga?



Saturday, June 15, 2013

7 Pemuda

Mei sampai Julai. Satu tempoh yang lama untuk saya duduk dalam 'gua' dan study semata-mata untuk final exam. Dan benda ni tiap-tiap tahun berlaku. Awal bulan rasa semangat. Bila dah hujung-hujung ni memang rasa malas nak study/pasrah/target lulus je dan mcm2 lah.


Disebabkan tba2 ada rasa pasrah, maka baru bukak buku, terus jadi mukabuku. Scroll sana, scroll sini, klik sana, klik sini, sampailah dekat profile senior saya. Dia upload gambar dekat Jordan.


Dekat Jordan ada tempat yang tak da dekat europe/UK atau tempat yang manusia dok rasa hebat sgt nak p . hoho :P iaitu Gua 7 Pemuda al-Kahfi




Bila tengok gambar ni, saya teringat dalam satu tazkirah pendek, masa tu dalam 2 3 bulan lepas kot. Ustaz memetik beberapa ayat dalam surah Kahfi utk dijadikan hubungkait dengan medic.


Saya akan kongsikan apa yang saya ingat je. Sebab time tu dok pikiq nak cakap apa masa majlis perasmian ni. Zzz (Pesan Sayyidina Umar: تفقهوا قبل ان تسودوا) <-- makna carik sendiri



Pintu masuk Gua Kahfi.



Ayat 17 dalam surah Kahfi




Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.


Saya tak ingat macam mana keadaan dalam Gua tu. Dekat mana pintunya, menghadap ke barat atau ke timur, atau ada lubang di atas gua yang cahaya matahari boleh masuk ke dalamnya.


Dalam ayat ni, Allah menceritakan bagaimana ketika waktu pagi, Allah menggerakkan mereka ke arah pintu/lubang gua tersebut dan bila senja Allah menjauhkan mereka daripada pintu/lubang tersebut. Supaya? Yela, pagi kan Cahaya matahari ni baik untuk badan. Ada vit D. Jadi badan pemuda-pemuda ini akan bergerak ke arah lubang/pintu gua agar cahaya matahari diwaktu pagi kena tepat pada badan mereka. Kalau tengahari dan petang cahaya matahari tak elok. Ada sinar UV. Kan? Jadi mereka pun menjauhkan diri dpd kawasan pintu/lubang gua tsebut.






Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.



Seterusnya, kita teruskan bacaan pada ayat 18. Ayat yang menceritakan keadaan 7 pemuda ini semasa mereka sedang tidur. Bagaimana Allah memelihara tubuh mereka iaitu dengan cara menggerakkan pemuda ini ke kanan dan ke kiri. Kenapa Allahbuat macam tu? Sebab kalau selama 309 tahun mereka static je, maka terkenalah Bedsores//Pressure Sores//Pressure Ulcers. 


Kalau ada patient yang terlantar sakit cth Lumpuh, nurse, atau penjaga mereka kena menggerak-gerakkan mereka sebabnya ni lah, tak nak bagi tkena Bedsores. Mcm biasalah, kalau dah jd ulcer, senang pulakkena infection lain etc2.




Kawasan tempat tidur 7 pemuda dalam Gua tersebut



Kadang-kadang, dalam usrah, kita boleh je jumpa sendiri ayat-ayat cmni, tapi moleknya kita rujuk ustaz/ahli dia dulu, sebab setiap ayat Al-Quran ada sebabnya diturunkan. Dan penafsiran setiap ayat kena pada ilmunya.


Jadi kita ni, yang bukan ahlinya elok Tadabbur sahaja. Tadabbur dan Tafsir ni beza tau.



Itu lah antara apa yang saya ingat. Maklumlah, otak ni slow sikit. Susah nak ingat lama-lama. Sebelum tu nak tanyalah dekat readers sekalian. (bajet mcm blogger famous banyak viewers plak) ceh



Q: Antara penglihatan dan pendengaran. Mana yang lebih penting? He


Jawab dalam hati. Lepas exam saya kasik jawapan :P


Ya Allah, awat aku tak leh study ni >.<





Penat

Disebabkan semalam seharian ulang alik naik motor, dengan cuaca yang panas, maka selepas subuh tadi terpaksa sambung tidur sampai lah jam 10.00. Itu pun bangun bersebab.


Mungkin disebabkan terlalu penat, meeting waktu pagi, malam lagi, ulang alik, sampai bawak motor hampir 3 kali mau kena langgar. *Masa break mati tu sempat mengucap/beristighfar*


_____________________________________________________________




Dekat satu highway, dia ada satu selekoh standard dkt karak. Tapi xde gaung mcm dkt karak. Just selekoh je. N jalanraya dekat Mesir ni berlubang dan berbonggol. Kadang2 tiba2 je ada lubang. Padahal minggu lepas xde pun. 


Time tgh turun bukit dengan lajunya, tiba2 terlanggar satu bonggol dekat dengan selekoh Karak tu. Kebetulan Hamzah yg tgh membonceng sdg minum air, jadi bila motor tercampak sikit dia x sempat nak ready apa2.


Dengan penuh harap, time tu fikir biar Hamzah selamat dlu, aku ckp dkt Hamzah "nanti lompat siap2 b4 rempuh divider dkt selekoh tu" Hamzah menggangguk tanda faham.


Motor yang terseret macam buat lap tu memang x mampu aku diri kan balik. Sebab terlalu berat kot. Bila Hamzah sempat lompat, aku pulak yang x sempat nak bertindak.


Bom. "Gua terjaga"


Mimpi rupanya *sambil menutup muka*


Tula, baru penat sikit dah x qiam


Mungkin kurang lagi Zikrullah ni.




Esok exam. Mohon doanya secara rahsia ;)



Senyum

Sebagai seorang manusia yang mempunyai cahaya iman dalam dirinya, kita diajar untuk terus bekerja bagi memenuhi tuntutan agama. Ada yang sedang belajar, mengajar, berniaga dan sebagainya. Tidak lain tidak bukan kerana Allah swt.


Dalam kehidupan juga akan ada dua natijah. Berjaya atau gagal.


Sebagai manusia, natijah itu bukan kerja kita untuk terlalu memikirkannya, kerana itu ketetapan Allah yang terbaik buat kita.


Jadi, sebenarnya ada satu natijah sahaja. Iaitu Berjaya.


"Kita hanya mampu melakar takdir, akan tetapi Allah lah yang berhak mewarnakan ia"



Senyumlah :)



Kahwin awal

Hari ni cuaca boleh tahan. Tak panas, tak sejuk. Berangin. Mata berair2 bila naik motor dari sayyeda ke rabaah. Dah macam muhafazah sbb jauh dan dah jd cawangan.


Seorang kawan mulakan bicaranya tatkala matahari mula beransur pulang..


"Aku ni dah nak masuk tahun 6. Sampai masa aku kena berfikir tentang masa depan" Err selama ni kau xde rancang pape untuk masa depan kau ke =.="


"Aku rasa aku nak kahwin sebelum grad" kata si A. Air liur ku telan pelan pelan menandakan kesungguhan aku untuk mendengar luahan perasaan beliau.


"Aku tengok, ramai kawan-kawan, junior aku pun, semua peringkat dah melangkah ke peringkat Bait Muslim. Macam mana nak bina Daulah Islamiyah kalau Bait Muslim pun x bina" aku suspek hang ni baru tengok KCB, Ayat2 Cinta n DMC lah =.=


Nabi sebut, "wahai pemuda, barangsiapa yg dah bkemampuan, bernikahlah" sambung si A. 


Sedang asyik bercerita, si A pun bertanya, "Asyik aku je bercerita, nak tanya kau plak. Bila kau nak bina masjid?"



Salah sebuah masjid yang sudah dibina



Lantas aku memegang tangan sahabatku, dengan nada suara yang bersungguh 


"Jom p masjid sekarang"


"Hoi! Hang gay ka?"



"Dah Qamat wey. P semayang la. Memang elok kawen awal. Tapi semayang pun kena awal jugak"



*adaptasi novel Motorku warna Merah*




Friday, June 14, 2013

Nikmat yang hilang

Ada satu kisah, ketika mana di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad.


Kisah yang bermula apabila seorang wanita muslimah, yang sedang berjalan di sebuah pasar yang terletak di dalam kawasan jajahan Romawi di utara benua Asia, kota Ammuriyah (Hari ini menjadi kawasan Turki). Wanita ini diganggu oleh sekumpulan pemuda yahudi, dan apabila salah seorang daripada mereka memijak kain wanita ini sehingga menampakkan aurat wanita tersebut, lalu menjeritlah muslimah ini dengan jeritan:


"Ya Mu'tasim!! Ya Mu'tasim!!"


Mu'tasim (معتصم) merupakan gelaran al-Mu'tasim Billah kepada khalifah ketika itu iaitu Khalifah Muhammad bin Harun al-Rashid.


Ketika berita tersebut sampai kepada pengetahuan beliau, beliau yang pada ketika itu sedang memegang gelas untuk meminum air tersebut terus membatalkan hasratnya lalu mengarahkan ribuan tentera muslim bergegas ke kawasan tersebut bagi membela maruah seorang muslimah yang dicalar sesuka hatinya oleh pemuda yahudi tersebut.


Kisah ini berlaku pada April 838 Masihi.


Akhirnya kota Ammuriyah ini terus dikepung selama 5 bulan dan tumpas ke tangan tentera Islam dek kerana angkuhnya pemuda yahudi ini yang berani mencabar maruah seorang muslimah (umat Islam). Kota ini jatuh ke tangan tentera Islam pada 13 Ogos 838 Masihi.




Kini, nyawa umat Islam dinodai sebegitu sahaja. Oleh Syiah, Israel, golongan Kafir, mereka bebas berbuat apa sahaja kerana Islam tiada kuasa yang dinamakan kuasa Politik. Kuasa memerintah.


Kita dulu satu payung. Kini payung aku, payung aku. Payung kau, payung engkau.


Inilah antara nikmat yang sudah ditarik. Nikmat berada di bawah satu pemerintah. Satu hari nanti, saat ini pasti tiba. Kemenangan itu pasti, bukan esok. Tapi pasti dan sangat dekat. Kita sbg hamba terus berjuang. Sucikan fikrah, mantapkan ibadah. Moga bersedia berjuang bila semboyan dibunyikan.


Hari untukmu Syria.14/6/2013


Thursday, June 13, 2013

Rindu

Lepas solat subuh td, otw naik tangga rumah mmg akan lalu rumah bawab (baca: penjaga rumah), kebetulan bawab dah tidur tp tv nya masih terbuka. Bunyi bacaan Imam Maher, tak igt surah apa. Usha dkt tv tu, rupanya channel live dpd masjidilharam




Kerinduan yang tiada tolok bandingnya. Rindu pada 2 tanah haram (Haramain) T.T


Moga diizinkan lg untuk menjejakkan kaki dengan jasad di sana sekali lagi :')

Wednesday, June 12, 2013

Kahwin

2 tahun lepas, rakan sekelas melangsungkan perkahwinan mereka. Tahun ni depa dah dapat anak pertama.


Akhir Jan lepas, kawan baik masa dkt SEPINTAR plak yang kahwin. 


Bila rakan-rakan kahwin, tetiba rasa dah bersedia nak kahwin :p


Bila tengok kawan2 dah bergelar ayah, ibu, tiba-tiba rasa nak juga mendukung anak sendiri.


Tengok semua benda, semua rasa bersedia.



*Comelnya*


Dekat masjid Rabiatul Adawiyah ni, disebabkan belakang masjid ni memang ada hospital, jadi selalu lah jugak ada solat Jenazah.


Biasanya lepas Zuhur akan ada solat Jenazah.


Tengok jenazah ni, dah bersedia ke belum nak jadi jenazah?

Pandangan



Manusia mempunyai mata. Sama ada mata, ataupun hati, kedua-duanya mampu melihat dan mentafsir. Dijadikan pula pelbagai situasi, agar kita dapat melihat dan mengambil ibrah dpd apa yang berlaku.


Sama ada kesan bencana alam, kesan penyakit, kesan kegagalan, kesan gempa bumi dan sebagainya.


Hatta manusia juga boleh ditafsir oleh manusia yang lain. Yang melihat.


Apabila kita melihat seorang lelaki membuat maksiat, apakah tafsiran kita? Adakah kita melihat lelaki ini dengan maksiatnya? Atau melihat kejinya dosa yang dilakukan? Adakah kita mencemuh dan menjauhi lelaki ini kerana maksiatnya?


Atau adakah kita memandang lelaki ini dengan penuh penyesalan? Menyesal kerana dakwah kita kepada masyarakat tak pernah berkesan. Menyesal kerana selama ini kita hanya gah di gelanggang kita sahaja?


Bagaimana kita memandang maksiat itu sebenarnya?







Bagaimana pula mahasiswa sains kesihatan memandang situasi di atas? Adakah menghentam mereka? Atau menghentam diri sendiri?


P/s: macam mana nak jadi doktor, dalam exam pun meniru hek3