Pages

Wednesday, June 26, 2013

Putih dan Hitam.

Solat subuh pagi ni macam biasa. Apa yang tak biasanya banyak kereta tersusun di depan masjid, di sepanjang jalan raya menghala ke stesen minyak. Disebabkan sbg psediaan menghadapi 30/6 nnti. 


****


Solat subuh juga spt biasa. Kebiasaannya ada seorang makmum, org arab, berkulit hitam, akan solat di tepi mimbar. Cumanya sebelum solat harini sy xnampak dia. Dok mencari-cari pun tak jumpa.


Selepas solat, baru perasan, rupanya dia di depan saya. Tak nampak sbb biasanya dia pakai jubah krim. Harini pakai jubah putih.


****


Harini kabilah arab badwi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Morsi. Jumlah mereka mencecah 30 Juta.



****


Ada seorang hamba Allah di zaman Tabi' Tabiin, bernama Mubarak (Bukan Husni Mubarak.) beliau merupakan seorang hamba kepada Musa bin Nuh. Berkulit hitam. Pd satu ketika Musa bin Nuh meminta Mubarak menjaga kebun limaunya selama 3 bulan ketiadaannya. Setibanya Musa bin Nuh selepas 3 bulan bermusafir, dimintanya Mubarak mengambilkan buah limau yang paling manis. Lalu dibawa kepada Musa bin Nuh sebiji limau. Apabila Musa bin Nuh memakan limau tsebut, ternyata limau itu sangat masam dan diminta Mubarak untuk mencari yang lain. Akhirnya selepas 3 kali dibawa limau tetapi masih masam, Musa bin Nuh bkata "Wahai Mubarak, aku tinggalkan kebun ini selama 3 bulan kepada kau. Mengapa kau masih tidak dapat membezakan limau yang masam dan manis?"


Lalu dijawab Mubarak, "Aku menerima arahan untuk menjaga kebun ini sahaja. Lantas aku menjaga kebun ini tanpa memakan walaupun sebiji limau dpd kebun ini."


****


Dizaman Rasulullah saw, ada seorang sahabat yang bernama Saad bin Muaz. Saad merupakan seorang manusia yang berkulit gelap. Ada yang mengatakan kulitnya lebih gelap dpd Sayyiduna Bilal bin Rabah.


Sampai pd satu ketika Saad berhasrat untuk bernikah, lalu dirisiknya gadis di Madinah. Ternyata ramai yang menolak pinangannya kerana kulitnya yang gelap. Hal ini diceritakan kepada Rasulullah saw. Lalu Rasulullah menjamin Saad bin Muaz. Baginda Rasulullah saw memanggil para sahabat untuk berbincang dan menunjukkan di manakah rumah gadis yang paling cantik. Akhirnya Rasulullah meminta untuk para Sahabat yg lain menghantar rombongan meminang gadis ini.


Setibanya di rumah gadis tsebut, rombongan tsebut disambut oleh ayah wanita tsebut. Ayah wanita tsebut menyatakan kegembiraannya kerana menyangka bahawa Saad bin Muaz mewakilkan Rasulullah saw untuk meminang anaknya. Sifat jujur yang ada pada Saad bin Muaz membuatkan beliau menceritakan hasrat yang sebenar. Ayah gadis tersebut terus memarahi Saad bin Muaz lantas Saad terus melarikan diri utk mengadu dengan Rasulullah saw.


Gadis tsebut menegur ayahnya kerana tindakannya memarahi Saad bin Muaz. Anaknya mengingatkan bahawa Saad bin Muaz telah dijamin oleh Rasulullah saw dan pastinya Saad bin Muaz adalah yang terbaik utk dirinya. Lantas ayah gadis tersebut mencari kembali Saad bin Muaz utk meminta maaf.


Lalu persiapan perkahwinan dijalankan. Ada sahabat menyumbang sejumlah wang kepada Saad bin Muaz untuk dibelanjakan bg perkahwinannya.


Ketika mencari kelengkapan untuk pernikahannya, seruan Jihad berbunyi lantas Saad menggunakan wang yang ada untuk membeli kelengkapan perang. Dan pada hari peperangan Saad berpakaian lengkap hingga tiada sahabat yang mengenalinya. Dan dalam peperangan itu Saad bin Muaz telah terbunuh. Syahidlah seorang pencinta syurga.


Saad bin Muaz menganut agama Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37 tahun menjadikan tempoh beliau menganut dan menyumbang kepada agama Islam selama 6 tahun sahaja. Pun begitu, arasy Allah bergegar ketika kematian Saad bin Muaz


****


Dikalangan para sahabat seperti Bilal bin Rabah juga berkulit hitam. Namun lihatlah kecintaan Bilal bin Rabah kpd Baginda saw. Laungan azannya terhenti ketika menyebut nama Rasulullah saw selepas kewafatan Rasulullah saw. Seolah-olah beliau ternampak Rasulullah saw keluar dpd rumah Baginda untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid.


****


Meskipun berkulit hitam dipandang hina oleh sebahagian manusia, namun Allah mengangkat darjat mereka lebih tinggi dpd mereka yang berkulit putih. Adakah kerana mereka berkulit hitam? Tidak. Sama ada mereka berbangsa Arab, Melayu atau berkulit apa pun, apa yang dipandang oleh Allah swt adalah ketakwaan kita.


Ternyata iman mereka lebih tinggi dan terpuji berbanding kita pada hari ini. Walaupun berkulit hitam, namun mereka telah dimuliakan oleh Allah swt.


****


"Kalaulah dosa itu boleh dihidu, nescaya aku akan bersembunyi dpd manusia kerana bimbang bau busuk aku dihidu ramai"



Moga kita bertemu lagi. Yakinlah, kalau bukan aku, ada yang lebih baik untuk dipertemukan. Aku hanyalah hamba yang jaganya melambatkan kemenangan Islam, tidurnya merugikan Islam.



30


No comments: