Pages

Saturday, June 22, 2013

Kemuncup itu biasa.

Apabila Abu Ubaidah al-Jarrah memeluk agama Islam, maka ayah beliau telah bersumpah untuk membunuh anaknya. Maka sewaktu pertempuran dalam medan Uhud, Abu Ubaidah al-Jarrah sengaja mengelak dpd berjumpa dengan ayahnya.


Ayahnya tetap mahu membunuh anaknya. Lalu terjadilah pertempuran antara 2 anak beranak ini yang menyaksikan Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa membunuh ayahnya sendiri. Peristiwa itu menyebabkan sahabat yang dijanjikan syurga ini menangis lalu turunlah ayat 22 surah al-Mujadilah.


Begitu juga dengan beberapa Sahabat yang lain yang diuji dengan ujian terhadap orang yang mereka kasihi. Berhadapan dengan Ibu bapa mereka sendiri sebagai mehnah dalam perjuangan. Anak mana yang sanggup menderhaka kepada kedua ibu bapa mereka.


Kisah seorang sahabat yang bernama Mus'ab bin Umair. Beliau telah dikurung oleh ibunya setelah mendapat tahu bahawa anaknya memeluk Islam. Penderitaan yang paling hebat apabila Ibunya bersumpah untuk tidak makan dan minum selagi anaknya masih memeluk Islam. Mus'ab bin Umair bersahaja dengan menjawab "Sekiranya Ibu mempunyai 100 nyawa lalu dicabut satu per satu, maka aku tidak peduli sekiranya semua nyawa tersebut habis dicabut, aku tetap dalam Islam"


Mus'ab bin Umair meneruskan hidupnya dalam perjuangan Islam sehingga berlakulah sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Ketika dalam peperangan Uhud, beliau ditugaskan untuk memegang panji Islam dan akhirnya syahid apabila kedua-dua tangannya dipotong. Meskipun begitu, beliau tetap memegang panji dengan dadanya sehingga syahid dibunuh dalam peperangan tersebut.


Kisah ini tidak terhenti begitu sahaja. Lebih menyayat hati apabila kain untuk menutupi jenazahnya tidak mencukupi. Apabila ditutup mukanya, maka menampakkan pula kakinya. Apabila ditutup pada kakinya, kepalanya pula terdedah. Kisah ini menyebabkan Rasulullah saw menangis melihat keadaan Mus'ab yang mengenepikan kemewahan dunia kerana kecintaannya pada Allah dan Rasulnya. Akhirnya daun-daun kayu dijadikan penutup pada kaki Mus'ab.


Ikramah Abu Jahal. Diuji dengan ayahnya sendiri digelar sebagai firaun umat ini. Namun kecintaannya pada Allah dan Rasulnya melebihi segala-galanya. Banyak lagi ujian dan penderitaan yang berlaku pada sahabat-sahabat, golongan Qaidatul Sulbah dalam memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini.




Adakalanya kita diuji apabila ahli cuba menjatuhkan gerak kerja kita. Cacian dan perlian dijaja sesuka hati. Umpama memberi peluru kepada musuh. Belum lagi dengan usaha musuh untuk menghancur leburkan perjuangan kita.


Sakit juga apabila anak buah sendiri menuduh kita dengan pelbagai cacian dan labelan. Semua ini sememangnya mengusik jiwa kita yang rapuh ini dpd terus berdiri tegak memegang panji perjuangan.


Hebat kita ditekan, tapi hebat lagi golongan Qaidatul Sulbah diuji. Belum lagi orang yang kita sayang menekan perjuangan kita. 


Sebab itukita diajar untuk melihat orang lain yang telah diuji. Apabila ditimpa kesusahan, jangan pendam. Berjumpa dengan orang untuk membersihkan hati yang telah dikotori dengan kejian orang lain.


"Pelik kalau kita bawa Islam tapi sedikit pun tidak diuji"

2 comments:

AtiqahHanisMustapa said...

Setiap kali diuji rasa ayat ini amat membantu & heals the pain

“Apakah manusia itu mengira, bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, sehingga Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pendusta.” (Q.S. al-Ankabut [29]: 2-3)

in shaa Allah!

AriFrukAi!! said...

@AtiqahHanisMustapa

Al-Baqarah: 214 👍