"Sebelum kamu menggalas pedang untuk memerangi musuh Allah dan musuh Islam, hendaklah kamu menumpukan sepenuh kekuatanmu bagi mengekang hawa nafsu yang berada di antara dua lambungmu, berjihadlah menentang hawa nafsumu, kekanglah ia dengan muqarabah, mujahadah dan muhasabah."
"Agar kamu dapat mengatasi goncangan hawa nafsu, dorongan dosa pada setiap waktu lalu kamu diangkat daripada dibelenggu dengan kekotoran harta benda dan fitnah dunia."
"Kerana orang yang mampu menewaskan hawa nafsunya akan mampu menjadi singa di lapangan jihad. Manusia sentiasa berada dalam pertempuran yang getir antara roh yang mengejar seruan jihad dan goncangan hawa nafsu yang menghumbannya ke lubang neraka."
"Tiada perkara yang boleh dilakukan melainkan memenangkan dorongan kebaikan ke atas ajakan kejahatan, memenangkan kuasa keimanan ke atas was-was syaitan sehinggalah dia tergolong di dunia dari kalangan muttaqin dan solihin dan di akhirat menjadi orang yang berjaya dan bahagia."
والذين جهدوا فينا لنهدينهم سبلنا
وإن الله لمع المحسنين
No comments:
Post a Comment