Pages

Tuesday, June 25, 2013

Nikmat dan Hikmah.


"Satu kerugian apabila kita tahu, dengan menyebut (سبحان الله وبحمده) sebanyak 100 kali akan menhapuskan dosa, tapi kita masih tak amalkannya"


Jalan untuk kembali kepada Tuhan sentiasa terbuka. Tak kisah siapa kita, pemerintah, pengikut, kalau kita nak kembali kepada Allah, tak da sapa boleh menghalang.


Adakalanya kita berdoa mengharapkan ehsan dpd Allah, tapi ada juga waktu kita mengambil mudah kepentingan doa. Lepas wirid, tadah tangan, baca doa tapi otak ke lain.


"Mulut kita hanya jurubahasa. Tetapi Doa yang sebenar adalah daripada hati kita"


Sebab itu ada pepatah "Pahala itu nikmat, Dosa itu hikmah"


Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup baik. Percakapan kita kemas, bila berjalan mata hanya membumi. Tapi kita tak sedar 'rasa' itu dah cukup membekaskan penyakit dalam hati kita. Sebab itu apabila kita terpijak duri baru kita menjerit. Kalau terpijak kemuncup, tak rasa apa.


Kemuncup ini ibarat perasaan 'rasa baik' yang timbul dalam diri. Kita tak sedar bila ia datang. Datang pula membekas titik hitam dalam hati. Kita memandang hina orang yang berkelakuan keji. Itulah kemuncup.


Dosa yang dizahirkan seperti mencuri. Ia umpama duri yang dipijak, bagi orang mukmin, umpama gunung yang sedang rebah ke atas dirinya. Ketika itu dia akan menjerit.


Ketika itulah kita akan menangis kesakitan, meraung meminta tolong. Malam yang sunyi menyaksikan kita bersungguh-sungguh bertaubat atas dosa yang dilakukan. Kerana luka yang membekas ini rasanya sakit. Pedih sgt.


Itulah maksud 'Dosa itu Hikmah' kerana Iman kita ada waktu dia naik, ada waktu dia turun. Sebab itu dalam berdoa, jangan lupa utk mendoakan agar Hati kita ditetapkan imannya. Biar terpijak duri sebelum terjatuh terus ke dalam gaung maksiat.



"Ya Allah, aku bermohon agar ditempatkan daku di tempat yang tertinggi di dalam Syurga Firdaus bersama ibu bapaku dan dengan ciptaanMu yang aku cintai"


Hari akhirat juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya yaumul Hasrah yang bermaksud Hari penyesalan.


Menyesal seorang hamba yang berdosa dan tidak sempat bertaubat.


Bagi orang yang memasuki ke syurga pun menyesal. Sebab tidak ditempatkan di Syurga Firdaus. Kerana itu dinamakan hari Penyesalan. Baik orang mukmin atau bukan, semuanya akan menyesal.


Belum terlambat untuk berubah. Siapa lagi yang kita nak harapkan kalau bukan dari diri sendiri utk berubah.

No comments: