Pages

Wednesday, June 19, 2013

Bicara seorang Hamba

Semasa Ramadan lepas, takdir Allah menentukan kami utk berada di bumi 1000 menara. Tahun ni pun nampaknya begitu.


Tahun lepas, tahun yang mencabar. Tahun 3 memang menjadi mimpi ngeri buat pelajar medic di sini (ngeri buat org mcm saya je) Subjek tahun lepas memang sgt berat. Dengan corak peperiksaan yang membebankan.


Dijadikan cerita, ketika pengumuman keputusan peperiksaan ulangan, saya dan beberapa rakan yang lain berada di Universiti. Seorang rakan baik saya, taraf murobbi dah, yang selalu bagi kalam taujihad, kalam semangat akhirnya diuji dengan kegagalan.


Natijah yang baik masih tak mampu mengubati hati untuk melihat seorang murobbi diuji sebegitu rupa. Ketika pulang ke rumah, dia membonceng saya sambil teresak-esak. Ketika itu saya kelu. Nasihat yang selalunya diterima dpdnya menjadikan saya serba salah. Nak cakap apa-apa ke, atau diam?




Setibanya di rumah beliau, dia terus membersihkan diri, mimik muka macam biasa, dan terus tidur. Sahabat-sahabat ahli beit yang lain tak tahu nak buat apa. Kami cuba membeli pelbagai makanan utk menghiburkan hati dan jiwanya yang sedang diuji.


Sejam kemudian, dia berjaga. Selepas tidur sebentar, dia melihat ramai kawan-kawan yang lain menziarahinya. Dia berkelakuan biasa (luar biasa bg org yg mcm tu) Dia membeli air (sebab tadi kami beli makanan je) dan menghidangkannya kepada kami. Semuanya menjadi biasa.


Pesan dia pada saya dengan sepotong hadis Baginda saw,


(وإنَّ اللهَ إذا أحَبَّ قَوماً اِبتَلاهُم ، فَمَن رَضِيَ فَلَهُ الرِّضا ، ومَن سَخَطَ فَلَهُ السَّخَطُ)


"Sesungguhnya, Sekiranya Allah taala menyukai sesuatu kaum itu, Allah akan menguji mereka. Sekiranya mereka redha dengan ujian tersebut, maka Allah akan redha dengan mereka. Sekiranya mereka mencela ujian tersebut, maka Allah akan mencela mereka"


Ujian itu bukan melemahkan, tetapi menguatkan. Bukan menjauhkan, tetapi mendekatkan diri dengan pintu syurga. Cumanya apa yang beza ialah bagaimana cara kita menghadapi ujian tersebut. Adakah kita redha atau sebaliknya?


Adakalanya Allah mencampakkan rasa takut dalam diri, mungkin kecewa dengan soalan exam, kecewa dengan program yang tergendala dsb, semata-mata kerana mahu hambaNya kembali menangis memohon kepadaNya, merintih mengadu padaNya.




Kadang-kadang kita mampu memberikan kata-kata semangat, kalam taujihad, tapi mampukah kita mengingat kembali kalam-kalam yang telah kita lafazkan bilamana kita pula yang diuji?